Thursday, March 14, 2013

Azmin Tak Tahu Khalid Ada Tarikh Bubar DUN


Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat, Azmin Ali belum mendapat sebarang maklumbalas daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa mempunyai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau yang ditemui berkata PKR akan membincangkan mengenai perkata itu dalam mesyuarat biro politik.

“Mungkin malam ini (semalam), ada satu mesyuarat biro politik dan kita akan bincangkan perkara ini,” jawabnya ringkas.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei yang dihubungi Antarapos semalam walau bagaimanapun mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat Selangor telah membuat ketetapan tentang tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri dan mandat diserahkan kepada Khalid untuk mengumumkan tarikh berkenaan.

"Sekarang ini, mandat itu terletak dalam tangan MB Selangor untuk umumkan, tetapi pastinya sebarang tindakan atau pembubaran itu pastinya dalam pengetahuan pimpinan tertinggi dan ia akan diumumkan oleh MB bila waktu, masa dan ketika itu sampai," kata beliau.

Khalid pada Isnin lalu berkata pihaknya sudah mendapat tarikh untuk membubar DUN Selangor.

Bagaimanapun tarikh itu akan diumumkan pada masa yang sesuai, katanya.

"Sudah tapi belum diumumkan. Dalam bulan ini, kalau tiada apa halangan, kita mungkin (bubar)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di SUK kelmarin.

Untuk rekod, ini adalah pengumuman kali ketiga Khalid berhubung pembubaran DUN lebih awal daripada kerajaan Persekutuan.

Namun sehingga kini ADUN Ijok itu masih bermain tarik tali dan enggan mengumumkan tarikh itu.

Pada awal tahun lalu, Khalid mengumumkan akan membubarkan DUN lebih awal dan mengugut akan membuat pilihan raya secara berasingan jika kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen pada 2012.

Namun beberapa hari sebelum sambutan Chap Goh Meh, Khalid sekali lagi mengumumkan akan membubarkan DUN lebih awal walaupun tanpa persetujuan Putrajaya.

Pengumuman itu dilihat sebagai gertakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Najib dalam reaksinya berkata, beliau tahu masa yang sesuai untuk berjumpa Yang Di-Pertuan Agong untuk meminta perkenan baginda sultan.

Mahkamah Kecoh Apabila Tian Chua Cuba Melarikan Diri


Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua cuba melarikan diri dari polis yang menghampiri Tian Chua.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian Chua bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Berlaku pertengkaran kecil antara penyokong Tian Chua dengan anggota polis di kafeteria Mahkamah Tinggi apabila sekumpulan lapan orang anggota cuba untuk 'mengiringi' pemimpin PKR itu ke pejabat polis di bangunan sama.

Tahu pulak takut....


Pagi Khamis Naib Presiden PKR yang membuat kenyataan celupar dakwa insiden Lahad Datu sandiwara UMNO akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Batu itu tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi diteman peguamnya.

Dia kemudian masuk ke kamar mahkamah sesyen pada jam 10 40 pagi.

Lebih 300 laporan polis dibuat seluruh negara terhadapnya oleh rakyat pelbagai lapisan kaum yang marah sangat pada gelagatnya.

Tian Chua dijangka akan diwakili oleh peguam N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Kenyataan Tian Chua disiar dalam akhbar Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari Selasa berkata ' mana boleh lepas ' Tian Chua  nyata bukan cakap kosong.

YB Lokap

Badrul Hisham Shaharin @chegubard Liabiliti Kepada Anwar Dalam PKR


Kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang... benar rupanya khabar yang bertiup dan ini lah puncanya mengapa Chegubard terpaksa melakukan apa saja untuk menarik perhatian Pusat dan juga Bossnya Anwar Ibrahim kerana Chegubard bukan lah “winnebale” candidates bagi PKR lagi.

Chegubard kini terpaksa menjadi jaguhan bagi membuktikan bahawa beliau masih relevan dalam PKR atau boleh sajalah lupakan PKR jika usaha menarik perhatian Boss PKR gagal lagi.


Diberitahu satu pertemuan sulit telah diadakan oleh beberapa orang kuat PKR bagi memastikan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard disingkirkan terus dari PKR.

Beberapa tindakan juga akan diambil bagi menghalang penglibatan Chegubard di pentas politik dan segala perbincangan berhubung Chegubard juga telah disampaikan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Pada 16 March ini Anwar Ibrahim dijangkakan turun berceramah di Batu 3, Pedas Rembau, Negeri Sembilan bersama angkatan penceramah lain, namun nama Chegubard langsung tidak ada sebagai penceramah di Rembau.

Adakah ini langkah awal untuk memalukan Chegubard?


Ramai yang meluat sebenarnya apabila, Chegubard cuba meletakkan dirinya sebagai “ahli keluarga” Anwar setelah bernikah dengan anak saudara Anwar iaitu Zareera Hanim Zaki. Allahyarham Capt Zaki adalah suami kepada kakak kandung Anwar...

Sebagai "ahli keluarga" Anwar, Chegubard sering melobi diri untuk menjadi calon PKR dan ini amat tidak disenanggi oleh ahli PKR.


Diberitahu juga Kumpulan (orang kuat PKR) berpendapat bahawa Chegubard adalah liabiliti kepada PKR dan harus disisirkan terus dari PKR.

Antara faktor lain untuk menyingkirkan Chegubard dari PKR ialah kerana Chegubard telah banyak mendatangkan masaalah dalam PKR, malah beliau langsung tidak membantu dalam misi menyelamatkan Anwar Ibrahim, sebaliknya Chegubard dilihat sibuk mempromosikan dirinya yang telah kehilangan sokongan dari kalangan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Segala propaganda yang dilancarkan oleh chegubard langsung tidak mendatangkan apa-apa hasil, malah misi sulit yang ditugaskan kepada Chegubard tidak berkesan sebaliknya mendatangkan backfire kepada PKR.

Selain daripada itu Chegubard juga dilaporkan tidak mendapat sokongan ahli PKR Rembau kerana sebahagian darinya memihak kepada Nazri Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan yang mahu bertanding di sebagai Ahli Parlimen Rembau.

Nazri Yunus merupakan anak saudara kepada YB Datuk Kamarul Bahrin, Pengerusi PKR Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan umum, nama Chegubard juga telah digugurkan dari senarai calon PRU ke 13.

Datuk Kamarul Bahrin tidak senang dengan keceluparan mulut Chegubard yang banyak mengkritik sistem pentadbiran PKR Negeri Sembilan dan peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk “sideline” anak muda yang terlalu ghairah memfitnah Rosmah Mansor...

Chegubard juga pernah mengugut PKR pusat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Cabang Rembau kerana tidak berpuashati dengan kedudukannya telah dicabar sendiri oleh anggota PKR Negeri Sembilan.

SAMM dianggotai oleh beberapa kerat anak muda 
yang masih berhingus didalam dunia politik...

Dan kini Chegubard langsung tidak mengambil tahu tentang hal PKR Rembau... lebih banyak membawa haluan sendiri bersama kumpulannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ternyata sekali segala kerja gila yang dilakukan oleh Chegubard adalah sia sia...

Pada PRU ke 12 tahun 2008, Chegubard bertanding di Parlimen Rembau dan tewas ditangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Jika usaha membodek Anwar Ibrahim gagal kemungkinan besar Chegubard akan bertanding atas tiket DAP jika mendapat restu dari Pusat dan jika tidak Chegubard mungkin akan bertanding atas kerusi bebas pada PRU 13 ini.

Bro Jinggo/Politik Harian


Pengakuan Yuktes Vijay, Peguam Kes Liwat II Anwar


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila pembantu kepada salah seorang peguam bela utamanya dalam kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan menarik diri daripada pasukan berkenaan.

Yuktes Vijay, 25, turut mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes berkenaan menerusi dua pucuk surat terbuka.

Beliau turut mencabar Anwar menyamannya ekoran pendedahan melalui surat-surat itu.

Suka Anwar Ke Benci Anwar – Dakwaan Peguam Dia Ini Perlu Dibaca!

Mynewshub – Menarik!!!…Kenyataan oleh bekas peguam yang terbabit di pihak Anwar Ibrahim dalam Liwat II, Yuktes Vijay yang mendedahkan kisah sebenar apa yang terjadi (di sebelah pihak pembelaan Anwar) semasa kes dibicarakan…

Selama ini kita tahu bahawa para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim melarikan diri daripada membela beliau. Sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak ada langsung peguam Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.

Mungkin mereka tahu sesuatu yang menyebabkan mereka malas nak mewakili Anwar.

Takpe…itu kisah lama.

Kali ini, seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan.

Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim.

Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.

Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.

Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.

Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.

Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.

Antaranya:

-Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.

-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?

-Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?

-Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?

-Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.

Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.

Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.

Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya.

Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.

“Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.

Mengenai Saiful

Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.

“Satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.

“Memang ada DNA Anwar dalam dubur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.

Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.

Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.

APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.

Di bawah adalah kenyataan asal Yuktes yang dikarang dalam bahasa Inggeris.

LETTER: From Yuktes Vijay, via e-mail

I read with anger the news that Saiful’s dad has joined PKR. I knew from Day 1 that the party was devoid of any integrity but for it to stoop to this extent is just mind boggling. I was working with one of Anwar’s long-time lawyers during the whole course of Sodomy 2 and was involved in A-Z of the trial itself.

When I say A-Z, it means from meeting the forensic and DNA experts to reviewing of the documents to finding case laws for his submissions. I was involved in everything. I do not wish to mention the name of the lawyer here as I revere him as my mentor and I do not wish to drag him into this frustration and anger pouring of mine.

Why Anwar never took the stand?

Anwar claimed that he was never offered a fair trial. The truth is he was never brave enough to take the stand. He was never going to withstand the questions that were about to be put forward to his now ally Datuk Yusof. If you Pakatanians have doubts, why not ask him these questions and get valid, acceptable and not logically challenging answers for it.

Why did Anwar personally and specifically request his Chief of Staff, Ibrahim Yaakob to send Saiful to the apartment carrying documents when there were other staff there;

How come Saiful was aware of the code to enter the apartment which was ‘Mokhtar’, the name of Anwar’s security chief and brother-in-law? ;

Video evidence that was sent to Gandhi Labs in New Delhi confirmed the presence of Saiful in the apartment, so how can Saiful’s presence in the apartment be refuted;

Why was Saiful afforded special treatment i.e. he was given his own room, privilege of following Anwar for overseas trips though he was a new staff;

Anwar’s current aide, Najwan Halimi had previously e-mailed Anwar and told him about Saiful’s apparent afflictions to BN. Why was the call not heeded by Anwar?

Fearing that Anwar will not be able to withstand the onslaught by the Prosecution, the defence team then decided to ask him not to take stand uder the pretext that he was not offered a fair trial. Anwar excelled in conning, deceiving and cheating the public by assuming a Mandela like persona. He is no Mandela, merely a good con artist.

Fund for the overseas experts

The surprising factor here is why no one has ever questioned the fees that were involved in paying the forensic experts, Dr Brian Macdonald and Dr David Wells. Contrary to what the general public have been made to believe, they were paid hefty sums to defend him. When they were here, they stayed in Shang-ri La Hotel for a number of days.

Where did the money to pay the hotels come from? Did Anwar pay from his own pocket? No, he does not even pay his lawyers. So, he had very rich Datuks funding him. I do know the name of the Datuk, but for the reasons known close to me I will not disclose the name.

The problem is if PKR can throw questions as to the wedding expenditure of the Prime Minister, why not question where the money to pay these experts came from? If a former convict and a mere Opposition Leader can have Datuks funding his legal expences, what is wrong in having Datuks funding the wedding of the PM’s daughter?

Saiful

I don’t know much about Saiful. The only thing I can say is that the reason he was denied justice is that the Investigating Officer, Jude Perreira, ignored the protocols told to him by Jabatan Kimia and decided to do his things his own way.

There were traces of Anwar’s DNA in his rectum. The only thing that stopped the judge from convicting Anwar was the “break in the chain of evidence”. I will write a full piece on this soon. This drama itself deserves a full piece write up.

In a nutshell, there was evidence of Anwar’s semen in Saiful’s rectum. However, due to a break in chain of evidence and the question mark over the integrity of the samples, the evidence was not used.

So the judge had no other way of corroborating Saiful’s evidence.

Conclusion for Part 1

Anwar is a consummate liar. He is using Saiful’s dad to play up his victim role in order to garner votes. We all know for a fact that since he got acquitted he has lost that bit of “charm” about him as he has nothing to yell about anymore. I really hope he sues me so that I can prove in Court what I have just mentioned.

Remember Anwar Ibrahim, I grew up adoring you. I know your modus operandi and I aspired to be you. Sue me please. Let the public watch Anwar vs Anwar clone (which is me) in action. And remember the e-mails, Astroboy? I have all of them saved. Come get me!

The writer, a former Anwarista, worked in Anwar’s Sodomy 2 trial for the defence – FMT

Klip Video Tali Barut Bersama Komander Musa Didedahkan


Sebelum ini kami menyiarkan dua keping gambar memperlihatkan Jeneral Musa, orang nombor dua pengganas di Lahad Datu bersama seorang tali barut wagra tempatan.

Berikut adalah klip memperlihatkan secara lengkap pertemuan lelaki itu dengan Musa.

Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.

Untuk melihat klip video tersebut sila klik di sini...

Wednesday, March 13, 2013

Azmin Sebarkan Berita Anwar Ibrahim Bakal Ditangkap


Menjelang PRU 13 pelbagai usaha dilakukan oleh puak pembangkang bagi meraih simpati dari orang ramai... terbaru Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar Ibrahim bakal ditangkap dalam masa terdekat lapor Free Malaysia Today (FMT) menyatakan Timbalan Presiden PKR itu mendakwa sebagai usaha menutup kelemahan kerajaan menangani isu pencerobohan Lahad Datu.

“Sepanjang 15 tahun dulu, mereka (kerajaan) berusaha untuk menuduh Anwar tentang semua kesilapan yang berlaku dalam negara.

“Tetapi untuk mengaitkan beliau dengan insiden Lahad Datu adalah sangat tidak munasabah,” katanya.

Portal itu mendakwa pihaknya turut menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin untuk mendapatkan pengesahan berkenaan spekulasi penangkapan tersebut.

“Anda perlu bertanya kepada Ketua Polis Polis Negara atau pesuruhjaya polis Sabah, “kata Bakri dilaporkan FMT.

Menurut sumber laman portal AIDC pula, usaha mencanang Ketua Umum PKR bakal ditangkap sudah disebar sejak semalam, apabila media internet pro Pakatan Rakyat, Malaysia Chronicles, menyiarkan kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa terdapat spekulasi bahawa Anwar Ibrahim akan ditangkap tidak lama lagi kerana dituduh sebagai dalang pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Kalau dah bersalah tetap bersalah juga!

Bila Anwar Hendak Melakukan Sumpah Laknat


Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.

Habis sidang akhbar secara tertutup, sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR. Hebat sandiwara yang dimainkan, seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.

Walhal bukan satu rahsia pun, sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.

Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya, Saiful.

Waima sebelumnya, semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat), si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T.

Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya, timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa, Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam?

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam.

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat".

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.

Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, "Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan."

Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah s.w.t akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun.

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.

Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t. Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah.

Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.

Pas Tak Perlu Berkias-Kias, Malu-malu Kalau Idam Jawatan Perdana Menteri


Kepimpinan Pas diminta untuk tidak berkias-kias dan berterus terang dalam menyatakan pendirian menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa, memandangkan perkara ini sudah menjadi rahsia umum di kalangan ahli dan penyokong parti tersebut di peringkat akar umbi.

Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada ahli-ahli Pas sendiri, boleh dikatakan rata-rata ahli dan penyokong akar umbi Pas tidak bersetuju apabila Anwar diletakkan sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Pembangkang.

“Bila saya berborak-borak dengan ahli atau penyokong Pas, ternyata daripada kata-kata mereka membayangkan hati kecil mereka tidak bersetuju jika Anwar menjadi calon PM sekiranya Pakatan berkuasa. Kebanyakkan ahli dan penyokong Pas, tidak suka kepada Anwar kerana dibelenggu pelbagai isu moral serta pendirian Islam yang terlalu liberal.

“Namun perkara ini tidak dapat diluahkan secara terbuka kerana mahu menjaga hubungan dan kepentingan politik bersama. Bagi saya, Pas sepatutnya berterus terang dan bukannya bermain teka teki seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Mereka juga usah malu-malu sebab kita juga tahu Pas juga idam jawatan Perdana Menteri,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sikap kepimpinan Pas yang tidak berterus terang dan suka berkias ini kata beliau, sedikit sebanyak merupakan cerminan pendirian dan perjuangan Pas hari ini yang tidak jelas matlamatnya.

“Bagi saya, kalau tak suka cakaplah tak suka. Buat apa nak sorok-sorok. Ini soal pemerintahan negara. Bukan soal main-main. Jika kita tersalah pilih pemimpin untuk tadbir negara, maka rakyat juga akan menanggung musibahnya. Pas sepatutnya lebih tegas menyatakan pendirian. Bukan hanya berkias-kias seolah-olah takut untuk berterus terang,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut meminta rakyat membandingkan antara pentadbiran kerajaan BN di bawah teraju Datuk Seri Najib yang jelas hari ini memperlihatkan kejayaan di dalam program transformasi yang dilaksanakan sepanjang tempoh pemerintahannya.

“Dalam kerajaan BN hari ini tidak mendapat 2/3 majoriti, Datuk Seri Najib mampu untuk melaksanakan dasar transformasinya yang amat berjaya. Pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan kepada rakyat biarpun tidak sampai lima tahun pentadbirannya.

“Saya yakin, jika rakyat memberikan mandat 2/3 kepada kerajaan BN di bawah teraju Datuk Seri Najib pada PRU ke 13 ini, maka sudah pasti rakyat akan dapat melihat dasar transformasi beliau akan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang lagi. Malah saya yakin, rakyat akan mendapat pelbagai kemudahan dan bantuan yang lebih daripada apa mereka dapat pada hari ini,” ujarnya.

-MediaUMNO

Panglima Tentera Darat: "Kami Bertempur Dengan Pengganas Sebenar, Bukan Sandiwara"


Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas sebenar dan bukan satu sandiwara sebagaimana yang dicanangkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak faham jika orang kata sandiwara. Nyawa dipertaruhkan... kami menghadapi musuh sebenar dan bukan lakonan.


"Dua anggota tentera dan lapan anggota polis terbunuh, adakah itu sandiwara? Tepuk dada tanya selera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengkebumian Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Bayu Lalang, di sini, hari ini.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah.

Seorang lagi anggota tentera, Kpl Ahmad Farhan Ruslan pula terkorban dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Terdahulu, lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara itu, yang diterbangkan melalui pesawat Charlie C-130, pada kira-kira 9.50 pagi.

Jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh. Jenazah Ahmad Farhan dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor.

Menyifatkan Allahyarham seorang anggota yang berani, Zulkifli berkata siasatan mendapati Ammad Hurairah sempat berbalas tembakan dengan beberapa pengganas sebelum gugur di medan perang.

"ATM akan membantu keluarga Allahyarham, apa saja yang kita mampu," katanya.

(ATM) kepada Ismail Husin, 55, iaitu ayah kepada Ahmad Hurairah selepas pengkebumian tersebut.

Sementara itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang turut hadir pada pengebumian itu meminta rakyat Malaysia bersatu dan menghentikan spekulasi berhubung soal keselamatan negara memandangkan ramai anggota keselamatan gugur ketika berjuang di perbatasan.

"Hentikan sagala tohmahan dan fitnah ini yang akhirnya akan meruntuhkan kita dan kita bertanggungjawab sebagai warganegara yang setia pada negara.

Kita tak mahu satu pun suara sumbang yang memberi kata-kata yang menunjukkan kita tidak peka dengan kehibaan (yang dialami keluarga mangsa).

"Kita semua rakyat Malaysia amat terhutang budi dan kita berdoa semoga barisan hadapan akan teruskan perjuangan mereka untuk pastikan negara
kita selamat sampai bila-bila," katanya.

Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Mohd Sharom Nordin berkata pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarham mencerminkan sikap taat dan setia kepada negara walaupun nyawa yang menjadi pertaruhannya.

"Kalau ada lagi orang mengatakan ini semua sandiwara, saya tak tahu nak cakap apa... rakyat kita, tentera kita sendiri... hari ini anak Kelantan telah
mempertaruhakan nyawa untuk kedaulatan negara.

"Hilangkan syak wasangka, ini satu pengorbanan yang diterima Allah S.W.T.," katanya.

-Bernama


Status FB Sokongan Nur Misuari Kepada Anwar Sudah Ghaib


Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah ingin menunjukkan sokongan dan mengambil hati Anwar Ibrahim, akibatnya ‘posting’ yang sebelum ini diletakkan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Saling tak ubah seperti perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika dahulu ‘sekejap ada, sekejap tak ada’.

Ia berhubung tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang secara tidak sengaja telah mengesahkan hubungan baiknya dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim seperti yang di dakwa sebelum ini.

Misuari (yang mengaku masih memimpin MNLF, walaupun pada hakikatnya telah lama disingkirkan) nyata tersilap langkah apabila memasukkan di dalam entri laman sosial Facebooknya mengenai sokongan kepada Anwar berhubung dakwaan liwatnya.

"We happy that the innocent are vindicated and that truth and justice should always prevails", katanya yang merujuk kenyataan bapa kepada mangsa liwat Anwar, Azlan Mohd Lazim.

Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, posting Misuari berkenaan kenyataan tersebut akhirnya ‘ghaib’ dari laman sosialnya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Atau mungkinkah bekas gabenor Mindanao itu telah dihubungi oleh ‘orang-orang tertentu’ yang melihat posting tersebut seperti membuka pekung di dada?

Walaupun secara dasarnya ia bukan merupakan satu kesalahan namun secara prinsipnya ia berkait dengan hubungan rapatnya dengan Anwar. Tambahan pula agensi berita antarabangsa dan media asing turut melaporkan kenyataan dari unit perisikan tentera Filipina yang mengaitkan Anwar terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah.

Malah kenyataan Misuari sebelum ini juga dilihat berbelit-belit, berbau propaganda dan penuh dengan tipu muslihat. Pada satu ketika, dia menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah namun di masa sama menyatakan akan menghantar tenteranya membantu pengikut Jamalul Kiram yang semakin tertekan di Sabah.

Tidak cukup dengan itu, Misuari juga turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang menurutnya ‘mendengar cerita’ kononnya kehadiran penceroboh adalah kerana jemputan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Untuk rekod, bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao itu sebelum ini telah di tolak oleh rakyatnya kerana gagal membangunkan wilayah kelahirannya, malah turut dikaitkan dengan amalan rasuah dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.

Tun Mahathir ketika diminta mengulas mengenai Anwar berhubung isu Sabah mengatakan hairan bagaimana boleh terpedaya untuk percaya kepadanya semasa di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

“Dia (Anwar) penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu. "Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam”.

Kesimpulannya sehingga kini, Anwar masih gagal menjawab beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya sebilangan besar rakyat berhubung tragedi berdarah yang melanda negara ini.

1. Mengapa Anwar ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah akan hilang. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

2. Apakah yang beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur Misuari sebelum itu?

3. Menjawab berhubung dakwaan, terdapat pemimpin PKR lain yang turut menemui pihak tertentu di selatan Filipina.

4. Dakwaan pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang, sebagaimana dilaporkan Reuters dan media Filipina.

5. Pencerobohan tersebut dikatakan ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Lahad Datu: Tentera Filipina Pintas 32 Lelaki Bersenjata Disyaki Pengikut Jamalul Kiram III


Tentera Laut Filipina merampas senjata api dan peluru dari 35 orang yang disyaki pengikut kesultanan Sulu, seorang daripadanya wanita, ketika memintas mereka di perairan sekitar Pulau Andolingan di Tawi-Tawi pagi ini.

Jurucakap Tentera Laut Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar jam 6.30 pagi.

Fabic berkata laporan awal menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.

Suspek dijangka tiba di Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.

Terdapat laporan mengenai orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan ini.

Filipina dan Malaysia telah menjalankan kawalan di laut untuk menghalang pengikut kesultanan itu menyertai yang lainnya di Sabah.

Sebelum kejadian ini, pihak berkuasa Filipina berkata mereka juga telah memintas 70 pengikut kesultanan yang sedang menuju ke Sabah.

Di samping itu, ratusan rakyat Filipina dari Sabah telah tiba di selatan Filipina selepas melarikan diri daripada apa yang ramai daripada mereka mendakwa, tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia.

- InterAksyon

Video Kantoi!! Calon PAS Tengah Bagi Rasuah


Wahahaha! Sudah kantoi beb!

Gambar diatas menunjukkan seorang bakal calon PAS Gaal, Tuan Mazlan sedang menghulurkan wang kertas sebanyak RM50 kepada setiap peserta konvoi PAS.

Masihkah ingat lagi... Nik Aziz pernah berkata penerima BR1M umpama haiwan (ayam dan lembu)? baca di sini

So... ini bermakna mat rempit PAS yang terima duit itu adalah ayam dan lembu PAS? huh kesian sungguh!

UMNO sendiri tak tergamak menyamakan rakyatnya sebagai haiwan.

Inilah contoh parti pembangkang yang kononnya bekerja ikhlas kerana Allah, tanpa upah! Jelas dan nyata semuanya adalah satu pembohongan!! Takbirrrr!!!

Parlimen Bubar Petang Ini?


Twitter Berita Harian dengan sepotong gambar menunjukkan kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana Negara telah mencetus khabar angin bahawa Parlimen akan dibubar hari ini.

Berita Harian memuat naik mesej Twitter : “Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.”

Mesej itu dimuat naik pada 11.29 pagi tadi.

Sejurus kemudian, akaun Twitter Berita Harian dihujani berdozen-dozen mesej respons, kebanyakannya membuat spekulasi tentang pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri memberitahu ABN News ia adalah satu kebiasaan bagi Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet diadakan.

Tian Chua, Mana Boleh Lepas.... Kata Timbalan Ketua Polis Negara


Bagi puak mulut celupar dan gatal tangan cuba nak perlekeh pasukan keselamatan kita yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu... awas, ini amaran Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Nada beliau nyata bukan nak main-main.

Memang ramai sudah mendidih kerana pada ketika satu negara perlu bersatu hati berdepan dengan pencerobohan ini.. ada juga puak yang nak tunjuk pandai komen bukan-bukan ikut suka sedap mulut.

Ini termasuk gelagat Naib Presiden PKR,Tian Chua yang kena hentam depan belakang di seluruh negara kerana senang hati main tuduh krisis keselamatan di Lahad Datu satu sandiwara UMNO.

Bagi Tian Chua... Khalid dengan tegas berkata, "mana boleh lepas".

Beliau memberitahu  polis akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.


Polis telahpun ambil keterangan darinya berhubung cakapnya yang disiarkan dalam akhbar Keadilan Daily baru-baru ini.

Manakala bagi yang cuba jolok nada-nada sama baik menerusi blog,facebook,twitter atau lain-lain,Timbalan Ketua Polis Negara mengingatkan mereka polis akan jejak sampai dapat.

Tindakan juga akan dikenakan terhadap pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara, katanya.

"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini...,"tegasnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur Selasa beliau berkata ,"Saya ingin memberi amaran kepada mereka-mereka ini, arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini. Ini satu perbuatan yang amat keji.

"Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.

Menurut beliau polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

Serentak dengan itu ,Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.

-Agendadaily