Saturday, June 27, 2020

PASANGAN REMAJA DI SAMUN, RABA! PAU RM5K!

Pasangan kena ‘PAU’ RM5K dgn 2 lelaki! 

Terjawab Trend Rakyat Muak dan Bosan Dengan Drama Pakatan Harapan

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata, 'trend' rakyat khususnya anak muda yang sudah muak dengan Pakatan Harapan (PH) jelas masih dapat dilihat hingga kini.

Ujar beliau, sikap pemimpin PH yang masih sibuk berebut kuasa menyebabkan rakyat kembali menyokong Barisan Nasional (BN) seperti siri-siri Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.

"Kalau kita tengok PRK sebelum PH tumbang, jelas 'trend' pengundi muda kembali kepada BN dan Muafakat Nasional pada ketika itu.

"PRK Chini adalah ujian pertama selepas BN menjadi sebahagian daripada kerajaan... adakah pengundi muda kembali menyokong kita bukan hanya kerana protes kepada atau kali ini percaya dan sokong BN itu sendiri.

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

Thursday, June 25, 2020

Pedas Ahmad Maslan 'Bahankan' Tun Mahathir - 'Sape Suruh Atok Letak Jawatan' LOL!

Panas telinga kuncu-kuncu Atok dengar ni haha!

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan kepada rakyat agar jangan dipadam rekod kegagalan Pakatan Harapan (PH) mentadbir dan mengurus negara ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.

#AhmadMaslan #TunMahathir #PakatanHarapan

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

#BroJinggoChannel #BroJinggo #Malaysia2020 #BeritaSemasa #BeritaTerkini #BeritaMalaysia #BeritaSensasi #MY2020 #ArtisMalaysia #PolitikMalaysia #ViralMalaysia #MalaysiaPolitics

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:
Facebook : https://www.facebook.com/BroJinggoChannel
Twitter : https://twitter.com/BroJinggo
Twitter : https://twitter.com/BJC_my

KEPANASAN TOK SINGA JAWAB SAMAN RM2 JUTA DARI LONG TIGER!

Ikuti penjelasan dari Tok Singa berhubung isu saman RM2 Juta!

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

Wednesday, June 24, 2020

Pakatan Harapan Sendiri ‘Bunuh Diri' Bukan Kami Gulingkan - Khairy Jamaluddin

UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengadakan perancangan untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya tertubuh selepas PH 'membunuh diri', susulan pergelutan dalaman antara parti dalam gabungan itu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, apabila kerajaan PH terbubar dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan beberapa pemimpin PH keluar daripada gabungan itu, pilihan yang ada hanyalah mengadakan PRU atau pihak yang ada majoriti menubuhkan kerajaan.

"Kami tak gulingkan sesiapa, sebaliknya fokus menjadi pembangkang. Namun, peluang muncul sendiri selepas PH membunuh diri dan ketika itu, negara memerlukan sebuah kerajaan tertubuh, selaras Perlembagaan Persekutuan.

"Pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin tawarkan kepada UMNO dan BN untuk tubuhkan kerajaan, dan kita tiada masalah dengan beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO. Beliau (Muhyiddin) berjaya dapatkan majoriti dan buktikan kepada Yang di-Pertuan Agong, yang kemudiaan berkenan supaya (PN) menubuhkan kerajaan.

"Memang berdasarkan PRU-14, mandat rakyat pada PH tetapi kerajaan itu sudah tiada. Apabila sudah tiada, pilihannya sama ada diadakan PRU atau pihak yang ada majoriti menubuhkan kerajaan," katanya dalam temu bual bersama BH dan NST, baru-baru ini.

Beliau ditanya mengenai 'Langkah Sheraton' pada hujung Februari lalu serta sama ada beliau bersetuju dengan usaha PN merampas kuasa daripada PH untuk menubuhkan kerajaan.

Khairy mengakui ada pertemuan antara pemimpin UMNO dengan pemimpin parti lain sebelum itu, namun ia bukan bagi merancang rampasan kuasa, sebaliknya berbincang mengenai kebimbangan masyarakat yang wujud ketika PH memerintah.

"Perbincangan itu biasa dalam politik. Bila orang nak jumpa bincang kebimbangan masyarakat Bumiputera dan Melayu pada zaman pemerintahan PH, sebab itu wujud Muafakat Nasional (MN).

"Kita juga bincang soal keresahan dalam isu seperti ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), soal pemotongan bantuan terhadap rakyat di bawah Lim Guan Eng dan sebagainya," katanya.

Ditanya sama ada tidak timbul kekhuatiran dalam kalangan ahli UMNO untuk bekerjasama dengan pemimpin yang dilabel 'pengkhianat', Khairy menegaskan semua parti dalam PN perlu bersangka baik sesama mereka dalam keadaan sekarang.

"UMNO cukup disiplin dan matang untuk tidak bergaduh di khalayak umum. Kerjasama dengan rakan dalam PN ini kita ambil selangkah demi selangkah," katanya.

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

Tuesday, June 23, 2020

Budak Mukhriz Merapu, Meroyan Nak Jatuhkan Muhyiddin!

Budak Mukhriz meroyan kononnya boleh jatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional, Muhyiddin!

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

Sunday, June 21, 2020

Tular Foto Youtuber Pavithra (Sugu Pavithra) Persis Model Terkemuka!

Foto YouTuber popular, S. Pavithra, 28 tahun, mencuri perhatian wargamaya selepas tampil dengan wajah dan penampilan yang berbeza.

Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Instagram jurusolek selebriti terkenal Razzi Musa, dia memuat naik hasil wajah cantik Pavithra selepas disolek.

Persis Model, Netizen Terpukau Kecantikan YouTuber Sugu Pavithra dalam photoshoot Ini!

Siapa je yang tidak kenal dengan Sugu Pavithra?

Pasangan suami isteri yang cukup terkenal dengan rancangan memasak mereka di saluran YouTube.

Saluran YouTube Sugu Pavithra merupakan hasil kolaborasi si isteri, S. Pavithra bersama suaminya, M. Sugu.

Pasangan suami isteri keturunan India ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral. 

Selain kepelbagaian menu yang disediakan termasuk masakan India, penggunaan bahasa Melayu oleh Pavithra dalam semua video, dan sifatnya yang lemah lembut itu telah berjaya menambat hati ramai orang dari pelbagai kaum dan peringkat umur.

Bukan setakat rakyat marhaen, malah Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tular di laman sosial, foto Pavithra membuat photoshoot yang ternyata telah membuat netizen sampai terpukau!

Manakan tidak, rupa Pavithra benar-benar cantik seperti model terkemuka. Bukan itu sahaja, Pavithra turut mengenakan busana daripada pereka fesyen tempatan yang cukup terkenal, Dato' Bernard Chandra.

Make-up yang dipakai Pavithra merupakan hasil tangan Razzi Musa manakala styling pula dibuat oleh Zulherizal Studio. Photoshoot berkenaan dilakukan oleh Pinography, dan videographer yang terlibat adalah daripada Nabil Hussin.

Hasil tinjauan di laman Twitter, rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan asli Pavithra dan caranya ber-posing

Saturday, June 20, 2020

Tergempar Pakatan Harapan Diambang Perpecahan! Rakyat Muak Dan Bosan Drama PH!

Walaupun negara masih lagi dalam usaha pemulihan dari serangan pandamik covid-19 , namun semakin rancak pula persengketaan dalam perebutan kuasa antara Anwar dan Mahathir. 

Pakatan Harapan (PH) kini dilihat sedang bergolak menuju perpecahan yang amat ketara dalam menentukan siapa bakal Perdana Menteri (PM) mereka. Bayangkan jika perkara ini terjadi sewaktu mereka memerintah Malaysia, apakah nasib rakyat jelata pada ketetika ini?

Setelah menunggu lebih dari seminggu dan mesyuarat demi mesyuarat untuk mengumumkan siapakah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, dan rancangan untuk merampas semula negara dari Perikatan Nasional, jelas dan nyata kali ini Anwar tidak lagi mahu tunduk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam PKR telah bermesyuarat dan memutuskan untuk menolak kemahuan Dr. Mahthir yang mahu menjadi Perdana Menteri untuk kali ke 3 sekaligus menjadikan Anwar PM Tepi sekali lagi.

PKR memuktamadkan keputusan untuk kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke-9 dan menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan tersebut.

PKR, dalam satu kenyataan berkata menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan Amanah yang secara konsisten menyokong pencalonan Anwar sebagai calon PM.

Bagaimanapun, menurut MPP, permasalahan berbangkit apabila bekas perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir berpendirian mahu kembali buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.

Berikut petikan dari mesyuarat tersebut.

“KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai PM, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM,” kata MPP.

Dalam pada itu Selepas Warisan menjadi antara parti yang terawal menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, PKR mendapat tentangan hebat dari DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang mana telah mendedahkan pilihan PH untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM tidak berjaya mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan.

Oleh sebab itu, PH meneruskan dengan pilihan kedua dengan mengemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM dan Anwar sebagai timbalannya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad dan Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP.

Dalam kenyataan tersebut, DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama hanya mampu mendapat sokongan maksimum 96 anggota parlimen iaitu 91 daripada PH termasuk 38 PKR, 42 DAP dan 11 PAN.

Manakala lima dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Dr Mahathir.

Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

Menghentam dengan lebih kuat lagi katanya, usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

Ini sesuatu yang agak mengejutkan apatah lagi pemimpin tertinggi DAP, Amanah dan Warisan kebelakangan ini dilihat sangat akrab dengan Anwar, beralih sokongan kepada Tun Mahathir.

Persoalanyan adakah Anwar akan terus tunduk dibawah telunjuk DAP yang mahukan Tun Mahathir sebagai calon PM atau sebaliknya mengambil langkah untuk keluar dari Pakatan Harapan dan meneruskan cita-citanya untuk menjadi PM? 

Pergolakan politik dan polemik terhadap pelbagai isu dalam perebutan kuasa yang melibatkan pemimpin pembangkang ini bukan sahaja mengelirukan rakyat tetapi membosankan.

Sedangkan isu pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai YAB Perdana Menteri ke-8 dan pembentukan Kerajaan adalah secara sah dan rasmi dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seluruh rakyat, terutama pemimpin politik dan penyokong, wajar menghormati keputusan berkenaan, menerimanya dengan hati terbuka. Ketetapan YDPA tersebut tentunya tidak boleh dipersoal, apatah lagi untuk dirampas.

Ringkasnya, rakyat mahukan pentadbiran yang lancar bagi memacu pembangunan negara. Bukan menyaksikan drama perbalahan diantara pemimpin PH. 

Justeru, memang sesuailah PH ini dengan jiwa pembangkang. Eloklah menjadi pembangkang kerana walau 22 bulan memerintah telah terbukti gagal. Krisis dalaman tidak berkesudahan menyebabkan negara menghadapi kemelut politik negara.

Jadi pembangkang elok dah, cuma amalkanlah Politik Matang dan Sejahtera, jadi pembangkang yang bijak dan rasional agar dalam sistem demokrasi ini wujud suasana semak dan imbang (check and balance) yang baik. 

Pemimpin PH perlu sama-sama melihat ke hadapan dan memadamkan sengketa silam bagi memberikan fokus kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Bukannya jadi pembangkang yang meroyan berterusan tanpa kesudahan yang rakyat pun jemu, muak dan memualkan.

-Bro Jinggo

Friday, June 19, 2020

TINJAUAN PENEMPATAN HAR4M ROHINGYA TERBESAR DI MALAYSIA BUKIT MALUT LANGKAWI

Berikut rakaman tinjaun beberapa wartawan di penempatan terbesar Rohingya di Bukit Malut, Langkawi! 

#PATI #Malaysia #Langkawi #Rohingya #OpBenteng #BukitMalut #Pertahanan #Keselamatan Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih. #BroJinggoChannel #BroJinggo #Malaysia2020 #BeritaSemasa #BeritaTerkini #BeritaMalaysia #BeritaSensasi #MY2020 #ArtisMalaysia #PolitikMalaysia #ViralMalaysia #MalaysiaPolitics 

 Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo 

 Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Thursday, June 18, 2020

GEMPAR ROMPAK BANK KOTA TINGGI - SUSPEK 19 TAHUN DITEMBAK!

Seorang penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, dalam satu insiden rompakan membabitkan tebusan, petang tadi.

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

Wednesday, June 17, 2020

Panas! Long Tiger Hantar Bini Halau Tok Singa, Jebat Derhaka & The Geng!

Terjah Kedai Long Tiger

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

Video Kelakar Penyokong SENDU, Nak Cakap Hidup TUN Pun Ikut Skrip!

Lawak politik paling WIN! Jom tengok penyokong SENDU Tun MAHATHIR, menyalak tak ada hala tuju ikut skrip pulak tu...

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Social Media:

Tuesday, June 16, 2020

KEBENARANNYA... SHAFIE APDAL BAGAIKAN CACING KEPANASAN!

Ramalan kuat menyatakan Shafie Apdal, Presiden Parti Warisan Sabah bakal kehilangan kerusi majoriti DUN Sabah menjelang Julai ini.

Penulis Asal: Mohd Fadhil Nazrin Bin Mohd Rodhi

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

Subscribe to our channel here: https://www.youtube.com/c/BroJinggo

Subscribe to news service on Telegram : https://t.me/BroJinggoChannel

Monday, June 15, 2020

DUA ADUN SABAH UMUM KELUAR PARTI, WARISAN BAKAL TUMBANG?

Two Upko state assemblymen quit party!

The Warisan-led state government today said Sabahans are sick of the “political manoeuvres” that started in Peninsular Malaysia, following the resignation of two Upko assemblymen from the party.

---

ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib berbuat demikian kerana sudah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti terutama Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau selepas keluar Barisan Nasional (BN) untuk bersama Pakatan Harapan (PH).

Selepas menafikan khabar angin akan meninggalkan UPKO pada minggu lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu,  Datuk Limus Jury hari ini bagaimanapun meninggalkan parti itu.

Dalam sidang media hari ini, ADUN Sugut, Datuk James Ratib turut mengambil langkah sama.

Tindakan kedua-dua wakil rakyat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu keluar parti adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Ekoran pengumuman itu, kedua-dua mereka kini menjadi ADUN Bebas dan belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri," katanya James dan Limus.

Terdahulu, Limus Jury menegaskan beliau masih merupakan seorang Adun kerajaan dari UPKO ketika ditanya pemberita berkenaan khabar angin mahu meniggalkan parti itu.