Tuesday, January 5, 2021

Gempar Annuar Musa Dipecat Ganti Ahmad Maslan!


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).


Sumber BN yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara itu, serta memaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan akan mengambil alih tugas Annuar selepas ini.


"Pecat jawatan (Setiausaha Agung BN) saja," katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.


Difahamkan, keputusan itu dibuat Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO, hari ini.


Ahmad Zahid pada hari ini juga, mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua UMNO bahagian bagi mendapatkan penjelasan berhubung usul UMNO bahagian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.


Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dikritik hebat akar umbi UMNO yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam BN.

Banjir Buruk Tenggelamkam Satu Taman Perumahan. Rumah TMJ Hanya Tinggal Bumbung!


MARAN: Taman Maran Jaya (TMJ) antara kawasan paling teruk dilanda banjir apabila hanya tinggal bahagian bumbung sebilangan besar rumah di situ tidak dinaiki air.


Difahamkan, kali terakhir kawasan perumahan ber­kenaan dilanda banjir buruk adalah pada 2017, itu pun air hanya pada paras dada.

Monday, January 4, 2021

BOT KARAM Ketika Bawa Mangsa Banjir


Bot karam ketika membawa mangsa banjir, smog dipermudahkan segala urusan mereka...

ISU ROBOH KEDAI : NGO DAN PENIAGA PUCHONG PERMAI MENGAM0K DENGAN YB PAN, ADUN SERI SERDANG


Perjumpaan Kecoh, NGO dan Peniaga ‘Serang’ ADUN Seri Serdang. 


Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Datuk Mohd Ridzuan Abdullah dan peniaga Puchong Permai meluahkan rasa tidak puas hati kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud mengenai isu roboh tapak gerai ketika hadir membuat perjumpaan di Dataran Puchong Permai, Selangor.



Thursday, December 31, 2020

Wednesday, December 30, 2020

MBSJ Am0k Roboh Gerai Makanan! Menteri Besar Selangor Pekak, Buta ke?


Badan Perhubungan UMNO Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merobohkan gerai makan milik sekumpulan 43 penjaja di Puchong Permai ketika rakyat sedang bergelut dengan Covid-19.


Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar melahirkan rasa kesal dengan tindakan terburu-buru itu sambil menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai buta, tuli dan pekak kepada masalah rakyat.

Syed Saddiq Mohon Maaf Selepas TMJ Sound!



Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) atas sumbangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada penduduk Muar.


Dalam satu kenyataan di akauan media sosialnya, TMJ mengumumkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada anak-anak Muar.


“Patik menjunjung kasih kepada Tunku kerana sudi menyumbangkan RM300,000 kepada anak-anak Muar. Patik dan orang Muar terhutang budi pada jasa baik Tunku.


“Patik percaya, yang kita perlu sentiasa membuat baik dan berlumba-lumba untuk membuat perkara yang baik," jelas Syed Saddiq.


Dalam masa sama, Syed Saddiq memohon maaf kepada Tunku Ismail di atas kesilapannya yang dilihat cuba untuk meminta simpati daripada rakyat supaya menghulurkan bantuan kepadanya.


“Sebagai manusia biasa, patik tidak terlepas daripada membuat kesilapan, patik mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun, sekiranya ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga.


“Sebagai anak jati kelahiran Johor, yang membesar di Johor dan sekolah di Johor, patik dan seluruh keluarga amat terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga selaku pemerintah kerajaan negeri Johor.


"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi Tunku dan keluarga,” kata Syed Saddiq lagi.


Terdahulu, Syed Saddiq menyatakan kempen tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan Parlimen yang diwakilinya.


Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga sebelum ini melancarkan kempen #1keluarga1laptop tersebut dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.


Tuesday, December 29, 2020

Daging Kartel Haram: NGO BUAT LAPORAN P0L1S | Daging Import Diragui Stat...


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung isu kartel penyeludupan serta pengedaran daging import diragui status halalnya, hari ini.


Presiden Persatuan Pengimport Daging Halal Muslim Malaysia Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar berkata, beliau bersama NGO lain menggesa kerajaan mengambil tindakan pantas, menjawab keraguan orang ramai berhubung isu berkenaan.


“Bagaimana pengendalian kemasukan daging ini perlu diteliti serta disemak semula, kerana orang ramai perlu mengetahuinya secara jelas. Pekara ini memerlukan penjelasan menyeluruh kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai.


“Kami selaku pengimport daging setuju supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, bagi menyiasat sama ada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sudah memadai atau perlu ditambah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini. 


Sementara itu, Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup menggesa pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa lain bekerjasama memastikan kilang dipercayai berlindung di sebalik kegiatan penyeludupan serta pengedaran daging import diragui statusnya itu, ditutup.


Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Dua Kumpulan Samseng Merusuh Berebut Kawasan !


15 ditahan bergaduh berebut kawasan


Ampang Jaya: Polis menahan 15 lelaki kerana terbabit dalam pergaduhan dipercayai berebut kawasan di sebuah restoran di Pandan Indah semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada jam 10.30 malam apabila sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah terserempak dengan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan.


"Semua lelaki terbabit dipercayai terbabit dalam pergaduhan. Polis terus membuat tangkapan 15 lelaki yang berusia lingkungan 17 hingga 35 tahun.


"Semua individu yang ditahan adalah warga tempatan, empat daripadanya mempunyai rekod lampau kes curi dan merusuh serta seorang lagi suspek juga pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati dua kumpulan itu terbabit dalam pergaduhan yang bermula di kawasan Lembah Jaya dan terus membawa ke sebuah restoran di Pandan Indah.


"Punca kejadian dipercayai perebutan kawasan. Usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas masih dijalankan.


"Terdapat lima suspek mengalami kecederaan di kepala dan luka di badan. Mereka mendapat rawatan pesakit luar manakala seorang lagi suspek ditahan wad di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya.


Katanya, kumpulan terbabit menggunakan kayu dan topi keledar ketika pergaduhan.


"Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 1 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh," katanya.

Ini Respon KJ - Jangan Sebabkan Saya Menteri, Baru Nak Ambil Berat

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjelaskan tujuan beliau memuat naik insiden beliau terjatuh ketika berbasikal menerusi Twitter adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan lain. 

Namun, Ahli Parlimen Rembau itu tidak menyangka perkongsian ciapan Twitter beliau itu mendapat perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Monday, December 28, 2020

Cik B Akui Susah Jadi Datuk Seri Vida!


Cik B akui susah jadi Datuk Seri Vida, mujur dapat tiru gaya tangan dan cakap Kelantan - “Saya tak gedik, mama gedik!”


#MuzikalLawakSupertar2 #CikB


Isu Kartel Daging Haram - Dedahkan Nama Orang Kenamaan Yang Terlibat!


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan mendedahkan senarai pemegang permit import (AP) daging sejuk beku yang disyaki terlibat dalam sindiket kartel daging haram ke negara ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya tidak mahu kerajaan melindungi mana-mana pihak termasuk orang kenamaan yang menjadi dalang sindiket ini yang beroeprasi sejak 40 tahun lalu.

Neelofa Tak Pakai Cincin Tunang, Buat Ramai Tertanya Tanya...


Semalam Neelofa telah menjawab segala dakwaan dan tuduhan dari orang ramai tentang hubungannya dengan PU Rizz. 


Neelofa telah memuatnaik video penjelasan dan kini telah mendapat lebih 2 Juta tontonan.


Menerusi video dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media, Neelofa menafikan sudah berkahwin dengan Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail di Kelantan seperti yang tersebar.


Dalam masa sama, Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.


Soal hubungan mereka, Neelofa berkata, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.


Sementara itu, dari mata tajam netizen, ada yang mula menyedari apabila melihat Neelofa tidak memakai cincin ketika memuat naik video di Instagram, semalam.


Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarga Neelofa



Tidak kisah sama ada Neelofa pakai atau tidak cincin di jari, harap, peminat di luar di sana tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. 


Neelofa pun ada menegaskan, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Sunday, December 27, 2020

Akhirnya Neelofa Jawab Segala Spekulasi Status Hubunganya Bersama PU Riz!


Dakwaan kononnya dia terkena buatan minyak pengasih seperti yang tular di media sosial merupakan tuduhan yang amat berat.


Bahkan, usahawan dan selebriti yang disegani ramai, Neelofa berkata, ketika ini dia berada dalam keadaan yang baik.


“Cerita itu (terkena minyak pengasih) adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.


“Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya,” kata Neelofa.


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan kepada media.


Bekas pengacara program MeleTOP itu juga mengeluarkan kenyataan sama dalam hantaran di Instagramnya.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh Neelofa susulan spekulasi mengenai hubungan dia dengan tunangnya, PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir yang rancak didebatkan di media sosial.