Saturday, October 9, 2010

Najib Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Sayap Umno



Gambar gambar sekitar: Majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Pemuda, Wanita, Puteri Umno

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa selama satu jam menjamu selera dan beramah mesra dengan anggota Umno pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Pemuda, Wanita, Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Jumaat.

Ketibaan Najib disambut ketua-ketua sayap parti iaitu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut sama, Naib-naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Majlis Tertinggi dan Exco-exco sayap parti.

Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden Umno telah menyampaikan cenderahati kepada bekas ketua sayap antaranya Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Tan Sri Aishah Ghani dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa mereka yang memperjuangkan agenda parti sejak dulu lagi.

Shahrizat berkata majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan di antara Pemuda, Wanita dan Puteri di samping dapat berkumpul dan beramah mesra dengan anggota Umno di peringkat akar umbi.

Rosnah pula berkata majlis seperti itu perlu diadakan pada tahun akan datang kerana ia memberi kesan positif bukan sahaja di kalangan pemimpin parti tetapi juga kepada anggota-anggota di semua peringkat.

(Source: Bernama)

Wednesday, October 6, 2010

Sidang media Rahimi diserang samseng PKR

Bekas pembantu Anwar, Rahimi telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yg mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat Saiful.

Namun sekumpulan samseng PKR menyerbu lokasi sidang media itu sebelum Rahimi bertemu pemberita dengan menggesa beliau agar menghentikan sidang media tersebut.



Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

“Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful.

“Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.

“Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel,” kata Rahimi.

Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah.

Laporan polis hari ini juga menyebut bahawa Rahimi ada membuat satu akuan bersumpah yang baru.

“Kandungan akuan bersumpah sebelum ini tidak benar... jadi saya membuat akuan bersumpah baru.

“Saya mahukan perlindungan saksi daripada polis. Saya khuatir akan keselamatan diri saya dan keluarga saya,” katanya lagi.

Malah dalam laporan polis itu, Rahimi mendakwa Latheefa juga adalah berusaha untuk menghubungi agar menyediakan akuan bersumpah yang baru memandangkan yang sebelum ini sudah hilang.






Terima Kasih kepada blogger http://darulehsantoday.blogspot.com/ kerana menyiarkan video ini

Rahimi diliwat Anwar Ibrahim

Rahimi Othman Pembantu Peribadi Anwar Ibrahim baru buat report polis di Balai Polis Klang bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim, 4pm Rahimi buat PC. Malam ini dijangka Anwar akan buat PC tuduh PM upah Rahimi untuk memfitnah dirinya. Tak serik-serik Pak Sheikh ni

‎​Satu persoalan, PKR tu masih ada kemaluan ke?

Jika sesiapa ada info berkenaan laporan polis tersebut, tolong sahkan disini... Betul ke Rahimi diliwat????

Tarih penamaan calon dan mengundi PN.45 Galas

Pilihanraya Kecil N.45 Galas: Suruhanjaya Pilihanraya SPR menetapkan hari penamaan calon pada 26 Okt 2010 (Selasa), manakala pengundian pada 4 Nov 1010 (Khamis).

Tuesday, October 5, 2010

Forum Gaji Minimum



Pemuda Barisan Nasional ("Pemuda BN") bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 ini bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang.

Forum ini adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja terbesar negara iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui Makmal Pemuda BN.

Isu gaji minimum adalah suatu yang amat penting bagi seluruh golongan pekerja di Malaysia terutama bagi membantu mereka menangani kos sara hidup dan inflasi yang meningkat disamping memastikan bahawa kebajikan pekerja di negara ini terbela dengan kadar gaji yang setimpal. Keperluan ini dilihat semakin meruncing apabila 34 peratus daripada kumpulan pekerja di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu lebih rendah daripada Pendapatan Garis Kemiskinan Semenanjung (PGK) - RM720 sebulan. Malahan berdasarkan kajian Bank Dunia, secara puratanya gaji para pekerja di Malaysia hanya meningkat pada kadar 2.6 peratus dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu yakni lebih rendah jika dibandingkan dengan purata kenaikan gaji dunia iaitu pada tahap 3.2 peratus, sebagaimana laporan Pejabat Buruh Antarabangsa.

Malahan isu ini menjadi semakin relevan unjuran daripada usaha Kerajaan mentransformasi halatuju serta merancakkan aktiviti ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan sasaran pendapatan kapita rakyat di tahap USD15,000 atau RM49,500 setahun. Ini kerana adalah menjadi kebimbangan Pemuda BN dan MTUC akan risiko pelebaran jurang pendapatan antara yang berpendapatan tinggi dan rendah sekiranya kita masih lagi membiarkan kuasa pasaran menentukan tahap gaji terendah pekerja.

Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, objektif forum ini adalah bagi membincang dan menghalusi segala pandangan, cadangan serta permasalahan berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum sebelum menghantar segala rumusan terbabit kepada Kerajaan.

Sehubungan itu, pihak Pemuda BN dan juga MTUC dengan ini menjemput orang ramai untuk menghadiri forum tersebut dan turut serta memberi pandangan serta buah fikiran berhubung dengan topik gaji minimum di Malaysia.

Sumber : http://www.rembau.net.my/

Facebook Ketua Pemuda Umno Malaysia : http://www.facebook.com/Khairykj

Friday, October 1, 2010

Ketua Pemuda Persoal Pelawaan Nik Aziz

PETALING JAYA, 30 SEPT- Pelawaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya ahli Umno menyertai PAS demi menangani isu perpaduan Melayu hanya dilihat sebagai ‘gimik politik’ terutamanya menjelang pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan tidak lama lagi.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pelawaan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap terdesak PAS bagi meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

“Ini semua gimik politik semata-mata. Benarkah (matlamat) demi perpaduan Melayu? Tapi kenapa sekarang, kenapa dibuat ketika akan adanya pilihan raya kecil?” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz di Kota Baru hari ini yang mengajak ahli Umno menyertai sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini kerana PAS mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

Mengulas lanjut, Khairy turut mempersoalkan keikhlasan sebenar Nik Abdul Aziz untuk melihat orang Melayu bersatu.

“Benarkah Nik Aziz pentingkan perpaduan Melayu? Ataupun beliau hanya gunakan isu berkenaan untuk kepentingan politiknya semata-mata.

“Isu muzakarah antara Umno-PAS sudah lama diperkatakan, tapi sampai sekarang ia masih belum selesai,” katanya.

Selain itu Khairy sebaliknya membuat tawaran balas kepada ahli-ahli PAS agar kembali menyertai Umno bagi kepentingan orang Melayu.

“Kenapa Umno perlu masuk PAS, kenapa tidak sebaliknya? Lagipun mereka juga sebelum ini adalah serpihan daripada PAS.

“Jadi wajarlah jika serpihan berkenaan kembali kepada badan yang lebih besar seperti Umno untuk membela nasib orang Melayu,” katanya.

Pilihan raya kecil bagi DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS akibat barah usus.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham mendapat 4,399 menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan Paloh.

Mstar

Monday, September 27, 2010

PRK lagi.. ADUN Galas YB Che Hashim telah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah

ADUN Galas YB Che Hashim telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

Bersiap sedia jentera panglima perang untuk Pilihanraya Kecil Jumlah Dun Galas N45. Jumlah Pengundi Dun Galas, Parlimen Gua Musang : 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli).

Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Saturday, September 25, 2010

PKR ganas: Bertumbuk kerana gilakan jawatan .

PKR cabang Merbuk kecoh setelah ahli mereka bertumbuk kerana tak puas hati calon Ketua Datuk Rashid Din menarik diri setelah mendapat tekanan dari Anwar utk berundur.

Calon pilihan Anwar Saiful Izham Ramli menang tanpa bertanding seperti dikehendaki Anwar, Azmin dan Saifudin.

YB Manikumar, Adun Merbau Pulas, Exco kerajaan Kedah kini di IPD Kuala Muda untuk urus ahli PKR yang membuat laporan polis kerana ditumbuk.

Ahli PKR Sungai Petani akan membuat laporan polis jam 8.30pagi esok di IPD Sg Petani atas penipuan pemilihan Cabang PKR Sg Petani.

Menurut 5 Pemerhati proses pengundian, YB Johari hanya mendapat sekitar 50 undi semasa kiraan pertama, manakala pencabarnya Kumar, seorang tukang besi mendahului lebih 400 undi.

Walau bagaimanapun, setelah berlaku kiraan semula,YB Johari yang merupakan orang kanan Azmin dan Saifuddin diistihar menang.

Friday, September 24, 2010

Bukti Bersurat dan Bergambar Oleh I'DA WORLD Bongkar Pembohongan Munafiq Pas Kelantan !!!

Berikut adalah respons daripada I'DA World Group tentang kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah ( Timbalan Pesuruhjaya 111 PAS Kelantan) dalam kenyataan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 September 2010.



















Link berkaitan :

Kelantan senarai hitam I'DA WORLD


Terima kasih kepada Blogger Minda Intelek atas info di atas dan marilah kita menyebarkan info ini di Blog dan Fb secepat mungkin.

Jangan lupa juga fokus utama kita pada PKR & DAP !!!

Sumber :http://penembak-tepat.blogspot.com

Thursday, September 23, 2010

Kasi bongkar: Kroni PKR Kaut untung untuk kepentingan diri sendiri.

Di Selangor masih belum nampak aktiviti-aktiviti membantu rakyat namun berbeza pula dengan Sulaiman, Naib Ketua Bahagian PKR Shah Alam boleh mencapai hidup mewah dalam masa yang singkat. Apa yang dia buat? berkhidmat kepada masyarakat ke? kayakan dirinya sediri?

Asalnya beliau hanyalah bekas pekerja kilang Good Year di Shah Alam kemudian dilantik menjadi pegawai khas Yaakob Sapari pada 2008.

Diatas arahan Yaakob Sapari, Sulaiman diberi keutamaan untuk mendapatkan kontrak bernilai jutaan ringgit dari MBSA, diberi tender pembersihan disekitar Shah Alam yang di kuasai sepenuhnya oleh beliau dan juga terlibat dalam pengagihan projek negeri itu.

Jumlah pendapatan sebulan dianggarkan RM 70k-90k sebulan.. Harap SPRM siasat dan istiharkan duit Sulaiman ni dengan segera.

Sila baca disini juga:

Merakyatkan Ekonomi Selangor, Inilah Hasilnya.




Rumah sebelum


Selepas renovate... Dengan anggaran bernilai 100k




Pada tahun 2007 Sulaiman hanya memiliki kenderaan Satria dan Kancil sahaja. 2008, BMW, Honda City keluaran yang terbaru dan Motosikal Yamaha R1.


kiriman email dari: Insan Selangor.

Tuesday, September 21, 2010

LOKMAN ADAM: PEMUDA UMNO BOIKOT MAJLIS PM DI SELANGOR ADALAH FITNAH!

Berikut adalah kenyataan Exco Pemuda Malaysia Lokman Adam, beliau dengan tegasnya menafikan kenyataan beberapa blogger yang menyatakan Pemuda Umno boikot Majlis Perdana Menteri di Selangor.

Menulis di ruang twitternya, Lokman berkata kenyataan tersebut adalah satu Fitnah.


Pejuangbangsa: Betul ka KP Umno dan beberapa pemimpin Pemuda Umno Selangor boikot program raya bersama PM?

Lokman Adam: Fitnah tu. Shah Alam bahagian saya, takkan KP nak boikot. Saya dengan dia ni. Dia dah inform, dia ada program kat bahagian.

Pejuangbangsa: Harap ia dapat dihebahkan perkara ini. Banyak blog dah main cakap KP umno shah alam....



Brojinggo: Ada sesuatu yang tak kena dengan blogger kita sekarang ni...

Lokman Adam: Dah setahun setengah pemilihan Pemuda berlalu, siapa jua yang bergaduh sampai ke media ni sebenarnya org yang secara tidak langsung mengagalkan usaha pengukuhan parti. Dah tiba masa tujukan muncung senjata pada lawan sebenar kita.

Ulusan Saya...

Sepatutnya selepas pilihan raya ke-12 cara berfikir blogger Pro UMNO sudah berubah, kalau masih ditakok lama tak payah berpolitik. Pemilihan UMNO bukan ‘hari raya’. Kita tak boleh tersalah sarong ‘stokin bosok’ kemudian bawa ke pejabat, nak tukar terlambat, nak balik rumah pula tak sempat.

Sejarah Mahsuri di Langkawi yang dibunuh akibat fitnah, Hang Nadim di buang ke laut juga kerana fitnah. Begitu juga dengan Hang Tuah. Kenapa ‘orang kita’ mudah sangat hendak percaya dengan fitnah dan cerita ‘half truth’ yang belum tentu kesahihannya? Kenapa tidak soal selidik terlebih dahulu sebelum terus percaya?

Siapa sebenarnya yang mengkhianati perjuangan agama dan bangsa kalau bukan mereka yang bangga menjadi penfitnah?

Masyarakat yang terlibat dengan budaya fitnah akan menganggap keterlibatan diri dalam fitnah satu perkara yang mendapat kepuasan dan satu tindakan yang dianggap baik.

Hari ini rakyat masih tak tahu siapa yang salah, siapa yang betul, pemimpin yang tak bersalah jadi mangsa.

Perkasa tiada hak pengaruhi Umno, desak pecat pemimpinya


Khairy: Mereka (Perkasa) terus-menerus berkata bahawa mereka tiada apa-apa motif politik, jadi mengapa mereka harus mengugut parti-parti politik, parti komponen terbesar (Umno) dalam kerajaan (BN) yang memerintah?

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan bela orang Melayu itu tiada hak untuk menentukan hala tuju perjuangan Umno ataupun mendesak membuang mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.

Khairy, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang secara konsisten mendesak agar parti itu menjauhkan diri daripada Perkasa mengulangi pendirian beliau tentang keperluan untuk beralih daripada ‘kebergantungan’ pada pertubuhan bukan kerajaan itu.

“Pendirian saya dalam isu ini sangat jelas dan tidak berubah. Umno tidak harus mempunyai sebarang kaitan dengan Perkasa,” kata Khairy kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Rembau ini enggan mengulas dakwaan berubahnya pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam isu berkaitan dengan keperluan menjauhkan diri daripada Perkasa.

“Mereka (Perkasa) terus-menerus berkata bahawa mereka tiada apa-apa motif politik, jadi mengapa mereka harus mengugut parti-parti politik, parti komponen terbesar (Umno) dalam kerajaan (BN) yang memerintah?

“Mengapa menggesa agar Presiden Umno memecat Ku Nan (Tengku Adnan)? Ku nan adalah pemimpin kanan parti dengan mempunyai rekod prestasi yang baik. Mengapa minta ketua Umno menyingkirkan setiausaha agung?” katanya.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung BN.

“Jika anda konsisten dengan pendirian anda, tak mengapa. Tetapi anda terus meniupkan retorik ekstremisme apabila anda mengikat kerjasama dengan beberapa pemimpin Umno... anda sebenarnya menyusahkan perdana menteri,” kata Khairy yang juga Ketua Pemuda BN.

Beliau memberi amaran kepada kumpulan itu agar berhenti daripada mempengaruhi Umno dari segi arah tuju parti.

“NGO tiada hak atau kedudukan politik untuk berbuat demikian,” katanya.

“Berhenti daripada mengatakan kami apa yang kami perlu lakukan dalam menentukan hala tuju politik kami. Saya akan terus dengan pendirian saya,” kata Khairy.

Semalam, Perkasa melahirkan pandangan agar Najib mempertimbangkan untuk memecat Tengku Adnan daripada jawatan setiausaha agung Umno dan BN.

Dalam gesaannya, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa Presidennya Datuk Ibrahim Ali sudah tentu telah memecat beliau jika membuat kenyataan yang menjatuhkan imej badan berusia dua tahun itu.

“Saya setiausaha agung agung Perkasa kalau buat kenyataan menyusahkan Perkasa, sudah tentu Presiden saya Datuk Ibrahim Ali akan pecat saya serta-merta.

“Tak tahulah Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) kalau dia masih nak simpan setiausaha agung macam ini,” kata Syed Hassan berpendapat kenyataan Tengku Adnan bahawa BN memutuskan untuk menjauhkan Perkasa bukan kecil telah menjejakan imej perikatan itu dan juga Umno.

Malah, semalam Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga mendesak Umno agar bekerjasama dengan Perkasa dan badan-badan bukan kerajaan Melayu lain yang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera.

Keputusan itu diambil oleh Dewan Tertinggi Penawar semalam di sebalik pandangan bahawa Umno dan BN harus menjauhkan diri daripada Perkasa jika tidak mahu sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 terhakis.

Presiden Penawar Tan Sri Adam Kadir berkata, pihaknya juga duka cita dengan kenyataan Tengku Adnan dan mahu beliau memohon maaf atau dipecat.

Sebelum ini, Perkasa dalam siri kenyataan berkontroversi membabitkan Khairy beberapa bulan lalu pernah meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno kerana menyokong pendirian rakan sejawatannya dari MCA dalam berkaitan soal biasiswa.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin Umno menegaskan parti itu sebenarnya tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan Perkasa meskipun pemimpin-pemimoin kanannya memperlihatkan perubahan pendirian dalam isu kontroversi menjauhkan diri daripada Perkasa.

Pemimpin-pemimpin Umno menekankan bahawa parti itu sebenarnya beralih daripada Perkasa, meskipun Najib tidak secara terbuka memperlihatkan pendirian tidak memihak kepada pertubuhan itu.

Malah kata mereka, dasar-dasar Perdana Menteri adalah “inklusif” dan kerajaan persekutuan adalah berdasarkan merit dan menuju ke arah liberasi ekonomi.

“Tindakan-tindakan adalah berkesan daripada perkataan. Umno bukannya, saya mengulangi Umno tidak tunduk kepada tuntutan Perkasa dalam erti kata tindakan.

“Dalam tindakan, Perdana Menteri sebenarnya bergerak jauh daripada Perkasa.

“Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh pentadbiran semasa, menerusi konsep 1 Malaysia, dari segi liberalisasi ekonomi, tindakan ke arah sistem berasaskan merit, kesemua ini dan semua yang ditentang oleh Perkasa,” katanya.

“Umno, BN tidak memberi mereka (Perkasa) apa yang mereka mahukan,” kata Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ketua Umno Pulai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib selaku Presiden Umno tidak mengarahkan partinya menyisihkan diri daripada Perkasa sebab beliau tidak mahu mendiskriminasikan mana-mana parti ataupun NGO.

“Dalam kenyataan-kenyataan ya, kerana beliau mahukan sifat inklusif. Beliau tidak mahu mendiskriminasi mana-mana pihak atau organisasi,” kata Nur Jazlan.

Pengerusi UDA itu berkata tindakan Tengku Adnan “berubah pendirian” tidak bermaksud Umno sudah tunduk kepada tuntutan Perkasa.

“Berapa banyak yang Perkasa telah lakukan? Meskipun mereka telah menyebabkan pemimpin-pemimpin membetulkan kenyataan mereka, ia tidak digambarkan dalam tindakan kerajaan semasa.

“Perkasa tidak memperoleh apa yang mereka mahukan. Dalam tindakan, kami tidak mendengar apa yang mereka lakukan,” kata beliau.

“Perkasa, (Datuk) Ibrahim Ali tidak penting, tetapi mereka dijadikan penting dengan cara pemimpin kita dan media memberi respons kepada kenyataan-kenyataan mereka,” kata Nur Jazlan lagi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mempertahankan pendirian Najib mengenai Perkasa dengan berkata, tidak kisah sama ada Perkasa menyokong Umno atau tidak setuju dengan Umno dalam isu-isu yang berkaitan dengan hak orang Melayu.

“Saya tidak menolak Perkasa. Tetapi bagi saya Umno perlu berubah dalam caranya memperjuangkan agenda orang Melayu.

“Ia perlu mencari cara baru. Saya tidak membangkang mereka, tetapi Perkasa menggunakan rangka kerja lama dalam mengetengahkan isu orang Melayu, Perkasa mewakili cara pemikiran lama, dan kami di Umno perlu merangka pendekatan baru.

“Jika Perkasa menyokong kami, OK. Jika tidak pun OK,” kata Ahli Parlimen Temerloh ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini menambah Umno perlu melihat kumpulan pendesak Melayu sebagai satu cabaran, dan parti memerlukan “bahasa politik yang baru” apabila menangani isu-isu berkaitan dengan hak orang Melayu, yang boleh diterima oleh bukan Melayu, tanpa dilihat sebagai rasis atau ketuanan Melayu.

Sumber: Malaysian Insider

Saturday, September 4, 2010

KJ: Kenyataan Kit Siang gila, tak masuk akal



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan tokoh popular DAP Lim Kit Siang yang mempertahankan penyanyi rap Namewee, sekaligus menyalahkannya kembali sebagai gila dan tidak masuk akal.

"Saya tergaman seketika (dengar kenyataannya). Kesimpulannya, apa yang Kit Siang cakap, kamu (Khairy) juga rasis, jadi jangan cakap pasal Namewee. Lebih kurang macam itulah.

"Jadi, sekiranya seorang itu rasis sebelum ini, orang lain juga OK menjadi rasis? Dua kali buat salah tidak menjadikan salah satunya benar," kata Khairy sambil menafikannya pernah membuat kenyataan rasis.

Semalam, Lim menyoal sama ada Khairy - yang mengkritik Namewee (nama sebenar Wee Meng Chee) kerana menghasilkan video kontroversinya Nah! - akan menyerah diri kepada polis kerana didakwa turut pernah mengeluarkan kenyataan rasis.

Dalam kenyataanya, Lim merujuk kepada ucapan Khairy dalam perhimpunan agung Umno pada 2007 dan ucapannya didakwa berkata orang Melayu dipinggirkan di Pulau Pinang.

Menurut Lim, tafsiran Khairy berhubung ayat "You tak baca? Siapa buat Malaysia kaya?" dalam video itu adalah ofensif kepada orang Melayu, sebenarnya terbuka kepada pelbagai tafsiran.

Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur berkata, ia tidak semestinya bermaksud orang Melayu memainkan peranan kecil dalam pembangunan ekonomi negara.

Mengakui bahawa video itu boleh jadi ada kesalahan dan lucah, Lim dilaporkan berkata, tiada isu kandungannya yang bersifat menghasut.

'Macamlah kita tak ada sumbangan langsung'

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Bukit Damansara hari ini, Khairy menjelaskan kenyataanya di Pulau Pinang itu sebenarnya ditujukan pada kerajaan negeri bahawa terdapat tanggapan orang Melayu dipinggirkan dalam pembangunan negeri.

"Saya tujukan pada kerajaan negeri BN (sebelum ini) yang dalamnya ada juga ahli Umno. Jadi, saya tidak tahu bahagian mana (dalam kenyataan itu) yang rasis?" katanya.

Sementara itu, merujuk kepada ucapannya dalam perhimpunan agung Umno, Khairy menjelaskan ia dibuat dalam konteks menghuraikan tentang penstrukturan semula ekonomi rakyat Malaysia Melayu Dasar Ekonomi Baru supaya tidak lagi berasaskan kaum.

Katanya, ketika membahaskan usul ekonomi dalam persidangan itu - yang kebetulan jatuh pada hari Deepavali - kerajaan masih gagal melaksanakannya penstukturan itu dalam sebilangan sektor ekonomi.
"(Kebetulan) banyak vendor akhbar daripada kalangan orang India, sebab itu kita tak dapat akhbar hari ini.

"Adakah itu (dikira) rasis? Tidak. Saya tidak marah mereka (orang India) sebab tak dapat akhbar pada hari itu," jelas Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Mengulas mengenai "You tak baca? Siapa buat Malaysia kaya?", Khairy sambil ketawa kecil berkata sekiranya perkara itu ditanya kepada 10 rakyat Malaysia, semuanya akan memberikan jawapan yang sama, bahawa sudah tentu ia ofensif terhadap orang Melayu.

Ini kerana, tambahnya, video itu sendiri dibuat sebagai respons kepada ucapan pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis kepada anak muridnya berbangsa Cina dan India.

"Kemudian Namewee (pula) jawab, siapa buat negara itu kaya? Secara konteksnya sudah tentu offensif pada Melayu. Macamlah kita tak ada sumbangan langsung," katanya.

Source: Malaysiakini

Sila layari : http://www.facebook.com/khairykj