Monday, November 21, 2011

Apa Dah Jadi... Ustazah Dicekup Berkhalwat



Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.

Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur, singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.

“Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu.

“Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini.

“Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka,” katanya.
-hmetro-

Ni mesti orang PAS...

Nurul Izzah Lavocah Pertahankan Pengganas Untuk Apa?


Terdesak sangat Izzah ni... Kerana mahu publisiti murahan, Izzah sanggup pertahankan pengganas yang merbahaya di seluruh rantau Asia Tenggara... Izzah sengaja mainkan isu ini untuk meraih simpati, kononnya Pakatan Pembangkang prihatin dengan rakyat!

Izzah tidak fikir ke, bagaimana pula dengan keselamatan rakyat di negara ini??? Jangan fikir pasal kepentingan politik saja lah Izzah! Tanggungjawab keselamatan kepada rakyat dan negara perlu dijaga!

Mungkin bila dah ada letupan bom sana, sinun baru Izzah nak tangkap pangganas tersebut agak, tapi masa tu semuanya sudah terlambat...

Jangan jadi gadaikan negara untuk kepentingan politik semaata-mata Izzah!

Terdahulu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbohong apabila menjanjikan pembaharuan politik sedangkan pada masa yang sama menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

September lalu Najib berjanji akan memansuhkan ISA.

“Ia (apa yang diperkatakan) hanya kerja perhubungan awam di pihak perdana menteri. Anda telah berbohong kepada rakyat Malaysia,” kata beliau selepas melancarkan Program Sumbangan Yayasan Aman di pejabat Pusat Perkhidmatan Ahli Lembah Pantai di sini hari ini.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 September lalu, Najib berkata akan memansuhkan ISA dan akan digantikan oleh dua akta baru.

“Jika ada bukti yang membuktikan mereka (13 tahanan) amat berbahaya kepada masyarakat, maka dakwa mereka di mahkamah terbuka,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu lalu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Sunday, November 20, 2011

DS Najib Lancar Slogan 'BN Pilihan Orang Muda'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), 'BN Pilihan Orang Muda' khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu.

Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan berkenaan akan digunakan sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Peningkatan sokongan golongan muda selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain selepas itu telah mencetuskan idea kepada sayap UMNO untuk memperkenalkan slogan tersebut.

BN Youth Job Fair 2011 Bukti “Brand” BN Terus Diterima Generasi Muda #BNYJF


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan BN Youth Job Fair 2011 membuktikan “brand” Barisan Nasional (BN) masih lagi mendapat tempat di hati rakyat khususnya di kalangan generasi muda.

Menurut beliau kehadiran ratusan ribu pengunjung terhadap karnival berkenaan jelas memperlihatkan kepada umum bahawa BN bergantung kepada produk yang ditawarkan serta perkhdimatan yang diberikan.

“Atas dasar itu saya melihat sambutan kepada BN sebagai satu jenama itu sebenarnya bergantung kepada pengisiannya iaitu apabila produk yang dikaitkan dengan BN serta apakah perkhidmatan yang diberikan.

“Sekiranya kalau ada mana-mana pihak yang sangsi pada peringkat awal kot-kot ianya tidak boleh dipasarkan lagi, hari ini mereka nampaknya tersasar dengan kejayaan BN Youth Job Fair ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup BN Youth Job Fair 2011 Grand Finale yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pemdua BN, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, pimpinan Pemuda dan parti komponen lain.

Berucap lebih lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN seterusnya berkata kejayaan itu juga satu ingatan kepada semua yang mana jika BN itu satu jenama dan untuk mendapat sambutan yang tinggi ianya mestilah dikaitkan dengan produk lain.

“Begitu juga dengan soal perkhidmatan yang baik yang mana sudah tentu apa sahaja yang kita lakukan atas “branding” BN itu akan berjaya,” katanya.


Datuk Seri Najib juga turut menyentuh dalam soal pilihan raya yang mana kejayaan BN itu dikaitkan dengan “winnable candidate”.

“Menjadi kesalahan apa yang kita sediakan serta janji yang tidak ditunaikan dan apa yang kita tampilkan baik produk, perkhidmatan serta orang yang tidak sampai tahap kepuasan terhadap rakyat sudah tentu BN akan menghadapi masalah.

“Jadi mesej hari ini jelas….kejayaan BN sebagai satu jenama bergantung kepada apa yang kita tawarkan dan perlu dilihat oleh semua pihak,” katanya.


Kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah dibuat sebelum ini di lima negeri.

Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair adalah 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini.

Secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencacatkan lebih 400,000 pengunjung.

Golongan Artis Turut Teruja Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011


Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada ahli UMNO sendiri, namun golongan artis juga tidak ketinggalan berasa teruja menanti perhimpunan yang kebarangkalian menjadi perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diadakan.

Bagi pelakon dan pengarah, Rashdan Baba, beliau amat berharap agar perhimpunan Agung kali ini akan dapat membawa satu hala tuju untuk menyatukan orang Melayu.

Ini kerana kata beliau senario masa kini semakin jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu semakin berpecah dan bertelagah sesama sendiri.

“Asas orang Melayu untuk kuat adalah kerjasama dan bersatu padu. Sebab itu saya amat berharap agar Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menjadi satu titik tolak persefahaman bagi menyatukan orang Melayu. Namun, jangan lupa untuk memberi tumpuan terhadap golongan muda.

“Perpecahan yang berlaku sekarang ini banyak melibatkan orang muda kerana mereka merasakan kerajaan tidak memberi perhatian kepada mereka. Sebab itu mereka mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” ujarnya.


Pelakon dan penyanyi kumpulan rock Wings, Awie juga melahirkan rasa kebimbangannya melihat perpecahan orang Melayu masa kini.

“Saya sebagai rakyat biasa berharap agar jangan ada politik dalam politik. Mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO dan mewakili setiap bahagian sendiri perlu memperkukuh dan menyelesaikan masalah dalaman kerana ini akan membantu menyatu padukan bangsa Melayu.

“Selain itu, semua penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO perlu seia sekata dalam apa juga perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. Jangan kita menambah pecah belah yang sedia ada kerana sekarang ini bangsa kita telah berpecah kepada tiga benua iaitu Pas, UMNO dan Adil. Jadi, di manakah hala tuju Melayu itu sendiri,” ujarnya yang turut menjelaskan bahawa perpecahan besar ini akan menyebabkan kejatuhan bangsa Melayu itu sendiri.

Seorang lagi pelakon terkenal tanahair, Zed Zaidi turut menyokong dan bersetuju bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini perlu menjadi penyuntik semangat dalam menyatu padukan orang Melayu.

“Saya berharap agar perhimpunan kali ini akan mecapai satu kata sepakat tambahan lagi dalam keadaan kritikal sekarang ini untuk kita berhadapan dengan PRU.

“Penumpuan terhadap golongan muda juga perlu diberikan kerana golongan muda adalah pemangkin bangsa dan Negara. Harapan saya, janganlah kita terus berpecah belah sehingga kita terpinggir di negara sendiri, di tanah Melayu ini,” ujarnya. –MediaUMNO.

Ahli PAS Kelantan Menyokong UMNO!


Siapa sangka program Forum Perdana yang membahaskan mengenai Undang-Undang Syariah anjuran Urusetia Penerangan UMNO Negeri Kelantan yang berlangsung dua hari yang lepas di Kota Bharu mendapat sambutan yang baik dikalangan hadirin. Senario ini jelas sekali menyaksikan satu titik perubahan kepada rakyat Kelantan kerana sebelum ini kebiasaanya sambutan yang seumpamanya dilihat begitu terpinggir oleh rakyat Kelantan. Kehadiran melebihi angka 200 orang sudah cukup untuk membuktikan sokongan rakyat mula kembali kepada UMNO jika dibandingkan dengan angka 70-90 orang sebelumnya.

Lebih menarik program ini dihadiri majoriti peserta yang berkopiah, serban, jubah dan berkain pelikat dan ada sebilangannya masih menjadi ahli PAS. Sekali pandang majlis tersebut seolah-olah anjuran Pas yang dihadiri penyokong-penyokong setianya terdiri dari muslimin dan muslimah. Salah seorang daripada mereka (ahli PAS) tidak mengaku bahawa dia ahli PAS tetapi setelah diselidiki, ternyata yang hadir ramai dikalangan ahli-ahli PAS.

Dakwa salah seorang yang tidak mahu 'dikenali' kehadiran di program anjuran UMNO kali ini disebabkan kerelaan dirinya sendiri dan mengaku terpaksa mengubah arah selepas rasa keliru dengan fahaman parti pembangkang itu yang didakwanya semakin bercelaru sejak kebelakangan ini. Yang nyata sejak bersekongkol dengan PKR dan DAP seolah-olah PAS sanggup menggadai prinsip sendiri dan ini semua sudah diketahui oleh rakyat Kelantan.

Tambahnya lagi, perasaan takut untuk menyertai UMNO langsung tidak ada tetapi buat masa ini terpaksa menjaga hubungan sebab beliau cukup masak dengan tohmahan dikalangan pemimpin-pemimpin Pas. Bahkan, jika dilihat kepada hubungan PAS DAP dan PKR hari ini, rakyat Kelantan seharusnya melakukan perubahan besar kepada kepimpinan kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, turut mengaku bahawa ramai dikalangan rakan-rakannya yang merupakan penyokong PAS telah beralih arah menyokong UMNO tetapi sengaja tidak mengisytiharkannya.

Info : Anti Jumud

DS Najib: Barisan Nasional Mampu Membawa Perubahan! #BNYJF

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak hari ini merasmikan BN Youth Job Fair 2011 (BNYJF), bertempat di PWTC.

Beliau mengucapkan syabas kepada Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin diatas kejayaan program BNYJF yang mendapat sambutan yang mengalakkan.

Katanya lagi Pemuda telah membawa jenama Barisan Nasional (BN) dengan tanpa sangsi dan diterima oleh rakyat.

Dengan kejayaan terbesar BNYJF, juga bermakna peluang pekerjaan bertambah di Malaysia dan ianya membuktikan BN mampu membawa kejayaan dan perubahan kepada negara.

BNYJF Bukti BN tunaikan janji tidak seperti Pakatan Pembangkang cakap tak serupa bikin.

Datuk Seri Najib menyifatkan kejayaan BNYJF adalah satu kejayaan yang besar dalam membantu generasi muda.

Sebenarnya generasi muda bersama BN.

Air Di Kelantan Disahkan Terancam Bakteria Merbahaya!

Tengkorak PAS! Nak bunuh rakyat Kelantan ke?!!

MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Keadaan ini sangat berbahaya buat kira-kira 1.54 juta penduduk negeri itu. Ini kerana penggunaan air mentah dan tidak dirawat dalam kehidupan seharian bakal mengundang risiko kepada kesihatan.

Sepanjang dua bulan ini, Mingguan Malaysia telah melakukan pemerhatian dan siasatan secara klinikal di Kelantan malah mengambil sampel air dari semua jajahan untuk diuji kaji kualitinya di makmal bertauliah.

Hasilnya memeranjatkan. Selain bahaya air mentah yang tidak bersih dan tidak dirawat, ujian mendapati air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) juga kurang berkualiti.

Malah air dibekalkan oleh AKSB itu khususnya di Bachok mengandungi logam arsenik dan besi yang boleh menyebabkan kanser dan juga komplikasi kepada hati serta jantung.


Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.

Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.

Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan.

Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan.

Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut.

Ujian makmal itu, memfokus kepada kandungan beberapa logam berat antaranya merkuri; arsenik; kadmium; kromium; perak; zink; sodium; sianida; kuprum; dan magnesium.

Rumusan laporan sembilan muka surat makmal tersebut mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan.

Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan.

Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l.

Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati.

Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan.

PAS is DEAD!

13 Ditahan ISA Di Tawau Amat Bahaya... Senjata Dan Bahan Letupan Ditemui!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap mempertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu di bawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.

Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggungjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.

Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

Beiau menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di Kluang Sabtu,beliau menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.

Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.

Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.

"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.

Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. -Agendadaily

BN Youth Job Fair Grand Finale 2011 Mencatatkan Lebih 400,000 Pengunjung


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan menjadikan BN Youth Job Fair sebagai “touch point” selain acara rasmi tahunan pergerakan terbabit.

Menurut beliau program tersebut memberi peluang pekerjaan bukan sahaja kepada pencari kerja, malah kepada mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik selain peluang-peluang lain yang terbuka luas.

“Program ini sudah jadi sinonim kepada Pemuda BN dan kita akan teruskan program ini sebagai salah satu “touch point” kita yang mana kalau sekiranya generasi muda memikirkan tentang soal masa depan mereka atau soal pekerjaan mereka akan fikir BN akan dapat menyediakan satu platform yang baik.

“Kita lihat kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah kita buat sebelum ini di lima negeri. Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair kita 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pameran berkenaan, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah maklum balas yang diterima adalah cukup baik dan amat membanggakan.

“Untuk hari pertama hari ini, lebih 25,000 pengunjung telah mengunjungi pameran ini dan secara keseluruhannya sejak daripada awal BN Youth Job fair yang dilancarkan dahulu hingga program ketujuh ini, ianya mencatatkan lebih 400,000 pengunjung.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat baik pihak swasta, agensi kerajaan dan sebagianya yang sedia bekerjasama dengan kita untuk menjayakan program BN Youth Job Fair Grand Finale 2011 ini,” katanya.

Final Bola Sepak Sukan SEA: Harimau VS Garuda

JAKARTA - Malaysia sekali lagi akan berdepan kegilaan 100,000 penyokong tuan rumah pada perlawanan akhir Isnin ini apabila Indonesia menewaskan Vietnam 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir hasil jaringan Patrich Wanggai dan Titus Bonai.

Terdahulu, Malaysia menang perlawanan menentang Myanmar dengan jaringan 1-0.

Jaringan tersebut disempurnakan oleh Fakri Saarani pada separuh masa kedua.

Indonesia akan bertemu Malaysia pada aksi akhir perlawanan bola sepak Sukan SEA XXVI pukul 8.30 malam di Gelora Bung Karno, Indonesia.

Ayuh kita beri sokongan padu kepada Harimau Muda Malaysia! Malaysia Boleh!

Kita akan saksikan sekali lagi Harimau membaham Garuda! AAUUMMMMMM!

P/S: Tolong stanbykan kereta perasai untuk bawa pulang player Malaysia dengan selamat nanti!

Saturday, November 19, 2011

Pas Kedah Roboh Madrasah Salihiah Kanchut Berusia 100 Tahun

Bangunan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak, Alor Setar Kedah bakal dirobohkan untuk dibina Plaza Tunku Yaacob. – utusan/ Kamal Basir

BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.

Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.

Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.

Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.

Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.

Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.

Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.

Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?

Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.

Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.

Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?

Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.

Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.

Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.

Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.

-Zaini Hassan

Khalid Ibrahim Akui PKR Selangor Memang Hancor! Habok Pun Tarak!


Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga 2013 untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri jika kerajaan pimpinan beliau benar-benar mantap.

Sebagai Menteri Besar yang menganggap dirinya menerima sokongan kuat semua ahli Exco, Abdul Khalid sepatutnya tidak gentar untuk memberi mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan negeri yang baharu.

Keengganan Menteri Besar membubarkan DUN membuktikan pakatan pembangkang masih belum sepakat untuk memilih calon bertanding dan ini membuktikan mereka memerlukan masa menyelesaikan masalah yang kritikal dalam pakatan itu.

Terdahulu Khalid memberitahu, DUN Selangor tidak akan dibubarkan sekali pun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.


Rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang hanya pandai menabur janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, tetapi tidak berkemampuan untuk memenuhinya setelah diberi kuasa oleh rakyat.


Sudah pasti dalam situasi sekarang sudah pasti kerajaan negeri tidak berani terlibat dengan pilihan raya kerana mereka tidak sanggup lagi mengeluarkan manifesto baharu kerana yang lama masih banyak tertunggak!


PKR hanya pandai berjanji tapi tak pandai nak tunaikan. 
PKR Selangor Memang Hancor! Habuk Pun TARAK!

Projek Fidlot, Lembu PKR Rafizi Ramli Bertukar Menjadi Jenglots Haha!

Wajah Rafizi Ramli bertukar menjadi Jenglot!

NFC di fitnah

Operasi fidlot


Kini ia jelas (sekurang-kurangnya) bahawa tiada unsur penipuan atau apa-apa tanda-tanda kegagalan di Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang. Walaupun KPN Ismail Omar memberi jaminan bahawa pihak polis masih menyiasat dakwaan itu, semua pihak telah dinasihatkan supaya berhenti membuat spekulasi apa-apa.

Kasihan Shahrizat kerana menjadi subjek serangan politik oleh Pakatan Pembangkang. Walaupun beliau menafikan sebarang tipu muslihat dalam perjanjian itu, tiada siapa yang seolah-olah percaya, termasuk beberapa Penyokong BN yang melihat beberapa 'keuntungan peribadi' di dalamnya.

Hanya sejumlah sahaja yang mempertahankan Shahrizat, terutama Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang berkata tuduhan terhadap kerajaan dan Shahrizat 'serangan liar politik' dan 'lemah dari segi fakta'.

Pertama, tuduhan mereka bahawa NFC telah diberikan 5,000 ekar (2023 hektar) tanah di Gemas, Negeri Sembilan, secara percuma adalah palsu. NFC tidak pernah diberikan tanah yang banyak. Sebagai penyepadu Pusat Fidlot Negara (PFN), KJ berkata ia telah ditawarkan 1,500 ekar secara pajakan oleh Negeri Sembilan Menteri Besar Incorporated (MBI), dan ini telah disahkan oleh Menteri Besar sendiri.

Ini bermakna tanah itu tidak hanya 70% peratus yang lebih kecil seperti yang didakwa tetapi ia juga atas dasar pajakan.

Jadi, dakwaan bahawa daging lembu mentah dari ladang telah dijual kepada restoran utama di Singapura, iaitu Meatworks, Senor Santos dan Brawn juga tidak berasas kerana mana-mana import daging lembu mentah ke Singapura adalah mustahil kerana Republik melarang import daging lembu mentah dari Semenanjung Malaysia kerana takut penyakit kaki dan mulut.

Dan seperkara lagi, 'jenglots' pembangkang yang membuat dakwaan-dakwaan tersebut tidak melakukan apa-apa penyelidikan untuk menyokong tuntutan mereka.

Projek NFC juga tidak gagal untuk mencapai sasaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), iaitu 60.000 lembu setahun walaupun ia hanya bermula pada penghujung 2008, tertangguh selama dua tahun selepas bermulanya RMK9.

Malah, dinyatakan pada muka surat 138 Laporan Ketua Audit Negara 2010 bahawa sasaran menghasilkan 8,000 lembu dalam tahun 2010 telah dicapai.

Dan kerajaan tidak menyembunyikan apa-apa yang berkaitan dengan pinjaman RM250 juta untuk NFC. Sebenarnya, tidak semua amaun yang dibayar bagi kegunaan NFC tetapi pihak pembangkang membuat dakwaan yang berdasarkan laporan kewangan NFC Dec 31, 2009 yang lapuk.

Kelihatan seperti parti-parti pembangkang sudah kehilangan banyak `peluru’ dalam 'kempen memburukkan kerajaan' ini. `Jenglots’ mereka (atau mayat hidup mereka) secara berterusan berusaha memperlekeh kerajaan dan melemahkan semua dasar-dasar pembangunan.

Saya rasa mungkin 'jenglots' ini harus pergi bercakap dengan 'lembu' yang berada di Fidlot bagi mencari kebenaran!

Just Read

Bola Sepak Sukan SEA, Malaysia Mara Ke Final! Malaysia 1 - Myanmar 0


Harimau Muda terus menganas!!!!!

Berikut merupakan keputusan Malaysia vs Myanmar separuh akhir Sukan SEA

Malaysia [ 1 ] – [ 0 ] Myanmar
Keputusan Penuh

Separuh akhir Sukan SEA 2011

Stadium Gelora Bung Karno

Malaysia ke final bolasepak sukan SEA 2011 menentang ? pada 21 November 2011

TUTUP MULUT MAT INDON SIKIT!!!!

Isu Fidlot: Rafizi Ramli aka Jenglot Tertekan Dengan Blogger Pro Umno


Bila Jenglot tertekan habis semua dia nak tembak! wahahaha! Apa kes mat Jenglot? Terserlah kebodohannya... Kalau dah penipu tu.. penipu jugak la!

Bukan setakat pendedahan dengan pembohongan dan fitnah Rafizi saja yang dibongkarkan oleh media dan blogger, malah Rafizi Jenglot juga bakal di berdepan tindakan saman oleh peguam NFC.

Woi Jenglot, KJ tunggu masa dan tempat untuk debat ngan lu.. siap sedia lah!

Suasana Meriah #YBsCanJump At Berjaya Times Square

Meriah... Orang ramai menyaksikan Empat Ahli Parlimen BN bermain basketball di Kejohanan YBs Can Jump bertempat di Berjaya Times Square.

KJ Sedia Debat Rafizi Ramli!

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini berkata beliau sedia terima cabaran debat dari Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung Isu Projek Fidlot.

Kata KJ lagi, beliau akan berbincang dengan pihak Rafizi mengenai masa dan tempat debat akan diadakan.

#YBsCanJump At Berjaya Times Square

Kejohanan basketball YBs Can Jump hari ini berlangsung di Berjaya Times Square, bermula 2.00pm - 6.00pm.

Marilah kita bersama-sama memberi sokongan dan menyaksikan @YBsCanJump 3 on 3 basketball tournament. YB KJ bersama rakan-rakannya turut menyertai perlawanan ini..

Selanjutnya selepas ini.