Tuesday, July 19, 2011

Marina Seharusnya Menghormati Mukhriz dan Tun Mahathir

Melayu Mudah Lupa...

Kenyataan Marina yang disiarkan di Malaysiakini telah menconteng arang ke atas muka Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan adiknya juga seorang Timbalan Menteri MITI, Dato' Mukriz yang juga bersama Umno.

Perkara seperti ini seharusnya tidak boleh berlaku, dimana tindakan yang lakukan oleh Marina ini adalah tidak tepat dan seperti mahu mahu membunuh karier adiknya disaat Dato Mukhriz dilihat begitu lemah didalam Umno  sewaktu ini?

Marina terlupa bahawa Umnolah beliau dibesarkan dengan kehidupan sempurna! Sanggup Marina belot kepada bapanya dan menyokong Pertubuhan Haram yang bertuankan Anwar Ibrahim! Harap Tun Mahathir dapat bersabar menghadapi perilaku anaknya yang diluar kebiasaan ini.


Tun Mahathir bekas Perdana Menteri dan seorang negarawan terulung banyak memberikan nasihat dan tindakan untuk kepentingan rakyat. Begitu banyak jasanya kepada UMNO, orang Melayu dan negara. Tetapi bagaimana rakyat mahu mendengar nasihat dan pandangan Tun selepas ini andai anaknya sendiri membawa haluan berbeza?

Baca artikel ini juga : Big Dog Dan Parpukari Tutup Mulut Bila Marina Mahathir Sertai Perhimpunan Haram...!!

DAP Rela Cerai Dan Pijak Kepala PAS

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Pembangkang ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan.

Pua melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter dengan berkata, beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Pembangkang jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini.

Pandangan itu dikeluarkan di sebalik laporan media bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.


Tahniah Anwar, kita berjaya perkudakan PAS...
Nanti lu boleh bikin kelab gay pada bulan puasa ni..


PAS dilihat semakin tunduk dengan sergahan DAP. Pas telah terbukti mempergunakan agama dalam usaha mendapatkan sokongan masyarakat tetapi tidak sanggup untuk memperjuangkan tuntutan Islam apatah lagi bagi mempertahankan kenyataan yang telah diluahkan.

Melayu PAS diluar sana janganlah jadi bachul untuk mempertahankan hak sendiri! Kalau anak jantan sahut cabaran mereka! Bangkitlah Melayu PAS!! Bangkit!! Ceraikan saja DAP seperti mana yang ditutut oleh mereka! Pesanan nenek moyang kita dulu.... Pantang maut sebelum ajal, pantang Melayu dicabar!

Nizar Semakin Gila ?

Gambar ini dirakam ketika pengebumian Arwah Dr. Lo`lo. Kelihatan Bekas Menteri besar Perak seperti orang mabok pakai baju bersih yang berSHIT di hari pengkebumian tersebut!! Dua kali tenguk macam orang dah kemaruk cinta bayangan Ambiga pun ada... hormat lah sikit... di hari pengkebumian pun kau nak berpolitik?

Apa tujuan nizar datang di hari pengkebumian ni? Mungkin aku ada jawapannya... sebenarnya.. Nizar hadir dengan berbaju kuning berSHIT ni sema-mata kerana nak tarik perhatian orang ramai... gile glamer!

Ingat dia sedih ke, masa hari pengkebumian tu? sorry la beb... sikit pun tak... dia berharap agar dia di tangkap masa tu... nanti boleh jadi hero.. bila dia kena tangkap, puak-puak pembangkang akan spin cerita bahawa polis buat kacau sewaktu pengkebumian tersebut berlangsung...

Terdahulu polis memberi amaran keras dimana baju kuning berSHIT diharamkan... sesiapa yang memakainya akan ditangkap! Betul betul otak udang la Nizar ni!!!!