Friday, July 29, 2011

Najib: BNYHOPE Pendekatan Model Politik Baru Selesaikan Isu Rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa badan-badan politik dan sayap-sayap parti mengambil pendekatan berasaskan ‘model politik baru’ berbanding cara konvensional dalam usaha mereka menuntut kerajaan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat yang difikir perlu dilakukan.


Jelas Perdana Menteri langkah itu merupakan satu daripada cabang transformasi politik yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan ketika ini.

Beliau berkata mengikut cara konvensional, lazimnya suatu usul ataupun ketetapan dibuat oleh parti politik atau sayapnya bagi mendesak kementerian yang berkenaan atau kerajaan bagi melaksanakan sesuatu yang difikirkan perlu.


“Sebaliknya melalui model politik baru, badan-badan politik dan sayap-sayap dalam pertubuhan seperti Barisan Nasional (BN) dianjur mengambil inisiatif untuk mengadakan sesuatu program yang hasilnya akan dapat menyelesaikan isu dan masalah rakyat yang dibangkitkan.

“Dengan cara ini, kita akan mendekatkan parti dengan rakyat, (dan) rakyat tidak perlu bergantung kepada pihak lain,” katanya yang juga Pengerusi BN ketika melancarkan Pameran Program Miliki Rumah Sendiri Pemuda BN (BNYHOPE) 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Selanjutnya klik disini...

KJ Ditangkap Malam Tadi

KJ ditangkap semalam :


Mungkin ramai yang tak tahu kenapa KJ di tangkap...

Semalam, Jumaat sudut lensa kami berjaya menangkap berberapa foto Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin semasa menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia lawan Singapura di Stadium Bukit Jalil.

Ini bukan foto KJ ini foto Tian Chua ditangkap kerana merusuh

Tiba di Stadium Bukit Jalil dengan menaiki LRT

Foto kenangan bersama penyokong pasukan Harimau Malaysia

Santai je bro...
Beli tiket sama macam orang lain jugak... RM30,
bukan tak mampu sebenarnya KP Umno lebih gemar santai bersama rakyat...

Ini bukti pemuda Umno turun padang, bersama rakyat... Jauh berbeza dengan juak-juak pembangkang yang suka menghuru harakan Malaysia ni... Dimanakah Shamsul Iskandar Mat Akin Ketua AMK PKR semalam agaknya? Mungkin Shamsul sedang sibuk membakar lilin di luar Stadium atau sedang merancang untuk menyarang PM sekali lagi? atau sedang sibuk mencanang fitnah disana sinun....

PM Najib Lancarkan Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE)

Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd Najib Razak hari ini melancarkan Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE) di Dewan Tun Razak, PWTC.

Dalam ucaptama Dato' Seri Najib, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berjaya menjadikan satu program yang baik bagi membantu rakyat khususnya golongan muda.

Selanjutnya selepas ini...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone