Saturday, July 30, 2011

Pembebasan PSM06 Mengundang Kemarahan Orang Ramai


Pembebasan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengundang kemarahan orang ramai, rata-rata menyatakan ketidak puas hati mereka kerana PSM boleh mengugat keselamat rakyat dan negara.

Terdahulu PSM dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Kepala Batas.

Mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara.


Logo berbentuk tangan adalah logo yang digunakan oleh komunis


Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Gagal Tukar Nama: Ashraf @ Aleesha Meninggal Dunia


Al-Fatihah. Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, disini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untukmembincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Lim Guan Eng Terima Hadiah Seluar Dalam, Coli Corak Harimau

Abdul Ghani memasuki perkarangan Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi pakaian dalam corak harimau buat Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta ADUN Komtar, Ng Wei Aik kerana kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa menganiaya peniaga.

Haaaaa... Ini cerita benar bukan cerita wayang kulit...

Kerajaan “Khalifah” Guan Eng yang menjadi rujukan Pas kini bergelar Tarzan pulak dah hahaha... Memang sesuai sangat lah tu... Bila lah agaknya Puak Pas nak sedar? Asyik kena tarik hidung sana sinun dengan Puak DAP kafir haribi ni...

Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Sabtu, kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.


"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. -Laporan Bernama.

Pas harus ceraikan DAP, kerana Pas dilihat tidak mempunyai pendirian teguh apa bila bersama DAP!

Perhimpunan Agung Umno 29 November- 3 Disember 2011


Perhimpunan Agung Umno ke-62 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn pada Jumaat.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Sementara itu, Najib yang juga Presiden Umno turut mengumumkan menarik semula penggantungan terhadap empat orang ahli Umno Bahagian Rantau Panjang.

“Mereka ialah, Datuk Mohd Zin Ismail, Ghazali Ismail, Fauziah Wok dan Mohd Fauzi Omar.

"Majlis Tertinggi turut melepaskan Amran Mat dan Rosli Mat Hassan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan akan mengambil alih pentadbiran Umno Bahagian Padang Serai sehingga masalah pada peringkat bahagian itu dapat diselesaikan.

Berikut adalah atur cara program sepanjang perhimpunan Agung Umno.

29 November 2011:

Forum bersama delegasi luar negara Pra-mesyuarat Perhimpunan Agung Umno Perasmian ketiga-tiga sayap, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

30 November 2011:

Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

1 hingga 3 Disember 2011:

Perhimpunan Agung Umno.

Friday, July 29, 2011

Najib: BNYHOPE Pendekatan Model Politik Baru Selesaikan Isu Rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa badan-badan politik dan sayap-sayap parti mengambil pendekatan berasaskan ‘model politik baru’ berbanding cara konvensional dalam usaha mereka menuntut kerajaan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat yang difikir perlu dilakukan.


Jelas Perdana Menteri langkah itu merupakan satu daripada cabang transformasi politik yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan ketika ini.

Beliau berkata mengikut cara konvensional, lazimnya suatu usul ataupun ketetapan dibuat oleh parti politik atau sayapnya bagi mendesak kementerian yang berkenaan atau kerajaan bagi melaksanakan sesuatu yang difikirkan perlu.


“Sebaliknya melalui model politik baru, badan-badan politik dan sayap-sayap dalam pertubuhan seperti Barisan Nasional (BN) dianjur mengambil inisiatif untuk mengadakan sesuatu program yang hasilnya akan dapat menyelesaikan isu dan masalah rakyat yang dibangkitkan.

“Dengan cara ini, kita akan mendekatkan parti dengan rakyat, (dan) rakyat tidak perlu bergantung kepada pihak lain,” katanya yang juga Pengerusi BN ketika melancarkan Pameran Program Miliki Rumah Sendiri Pemuda BN (BNYHOPE) 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Selanjutnya klik disini...