Tuesday, August 9, 2011

Suhakam Tolak Kes Mat Sabu Di Rempuh Polis


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan agensi itu tidak boleh memanggil Mohamad Sabu dalam perbicaraan inkuiri awam agensi itu sekiranya Timbalan Presiden PAS itu telah memfailkan saman ke atas polis.

Selain itu jelas Pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha’ani Abdullah, mana-mana kes termasuk dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang telah dibawa ke mahkamah secara automatik pihaknya tidak boleh memanggil untuk memberikan keterangan.

Kah Kah Kah! Tu la Mat Sabu terlalu rakus sangat semua benda dia nak langgar... patut la kepala lutut dia tercabut!



Boleh bergurau senda pulak ye! hari tu aku dengar Mat Sabu Cedera Parah!! Dasar kaki pembohong Mat Sabu ni!




Mula-mula cakap kena langgar dengan Pajero polis. Lepas polis tunjuk video tiada perlanggaran dengan Pajero, Abg Mat putar cakap kena rempuh dengan Waja yang dok tolong bawak dia pi hospital. Inikah 'pemimpin' yg dikatakan berwibawa?

Minyak Dunia Turun, So What Anwar Ibrahim?

Minyak naik kecoh! minyak turun pun kecoh kah! kah! kah!

Dari maklumat yang aku dapat Anwar Ibrahim kini mengarahkan bloggers Puak Pembangkang untuk menyerang Kerajaan Barisan Nasional BN dengan membuat spekulasi bahawa harga minyak dunia sedang menurun. Seribu macam andaian dibuat oleh puak pembangkang, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu. 

Bila ada yang tidak puas hati, (tunjuk perasaan) BERSIH la konon menjadi kecenderungan mereka untuk melahirkan rasa tidak puas hati.



Baca blog puak pembangang yang cuba mencetuskan kemarahan rakyat disini.... 

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selalu berkata kononnya dia mampu menurunkan harga minyak dengan mudah. "Hari ini perintah, besok harga minyak turun" kata Anwar. Tiga tahun aku tunggu, sampai sekarang habuk pun tarak...

 

Sila tonton video ni aku buat tiga tahun yang lalu, masa PRU ke12...

Dulu Anwar, cakap pakai air liur sekarang sudah ada buku Jingga a.k.a buku Jinggay bukan buku Jinggo rrr...... kata harga minyak dunia sudah turun, so what Anwar! turunkan lah harga minyak di Selangor, Penang dan Kelantan.

Mari kita pakat ramai-ramai cabar parti pembangkang menurunkan harga minyak di negeri-negeri yang mereka kuasai dan tidak sekadar terus berjanji.

Kalau dulu masa pilihan raya dulu pun mereka janji macam-macam tapi sampai hari ini mereka tidak tunaikan.

Kalau hendak kurangkan harga minyak, berilah subsidi untuk kurangkan harga minyak di Selangor dan Penang dan Kelantan dulu. Kalau tidak boleh buat untuk semua negeri buat di negeri Selangor pun sudah memadai.. yang penting kotakan janji!

Kalau itu pun tidak boleh buat, tidak payahlah kecoh-kecoh. Kita tahu pembangkang sentiasa ada benda untuk mengkritik dan bikin kecoh.

PM, Datuk Seri Najib Razak begi duit raya tahun ni kepada rakyat, walaupun tak banyak syukur alhamdullilah... Anwar, Lim Guan Eng dan Nik Aziz bagi apa tahun ni?

Politik Harian/Bro Jinggo

Isu Gereja DUMC: Jais Pohon Waran Ke Atas 12 Individu Yang Engan Hadir Beri Keterangan


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 indvidu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan.

Jelas beliau, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

“Kita telah meminta kesemua 12 individu ini agar hadir di pejabat (Jais) memberikan keterangan tentang kehadiran mereka dalam majlis itu tapi sehingga kini mereka tidak menghadirkan diri dan saya difahamkan mereka dinasihatkan peguam masing-masing supaya tidak hadir.

“Kita akan mohon perintah mahkamah ini dalam tempoh terdekat, kita hanya mahu mereka memberikan keterangan dan membantu siasatan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Jelas Sharom, sekiranya kesemua 12 individu itu tetap enggan menghadirkan diri walaupun perintah mahkamah dikeluarkan kelak, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memohon perintah tangkapan terhadap mereka.

“Kita akan pohon supaya mereka hadirkan diri ke pejabat untuk memberikan keterangan dan kalau mereka tetap enggan hadir, kita mungkin akan dapatkan perintah menahan ke atas mereka,” katanya.

Tambah beliau, kesemua 12 individu yang ditahan semasa serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petalin Jaya Rabu lalu rata-rata berasal dari Selangor.


Kenapa isu Agama dijadikan isu politik tuduh Barisan Nasional BN? Amat Kecewa PAS tidak sokong JAIS dalam usaha banteras gejala Murtad! PAS Sesat!

Berita terdahulu : Cerita Sebenar Yang Berlaku Ketika Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC

Liwat II: Temubual Saksi Bekas Polis Dibatalkan Kerana Kehadiran Anwar


Satu lagi usaha Anwar untuk melengah-lengahkan kes liwatnya... sengaja sabotaj temubual saksi!

Temu bual terhadap dua saksi bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan, dibatalkan selepas kedua-dua mereka membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi berkata anak guamnya berhak untuk hadir semasa temu bual dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, yang diadakan di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan kedua-dua saksi membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan esok untuk bertemu pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah mengatur untuk menemu bual saksi yang lain, Nair berkata pendakwaan belum memberi maklumat mengenainya kepada pembelaan setakat ini.

Kepada soalan sama ada Musa dan Rodwan datang ke mahkamah bersama peguam mereka, Nair menjawab “tidak”.

Semalam, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.

Hakim turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan. Pada mulanya mahkamah menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.

Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.

Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama – bernama

Pakatan Pembangkang Terus Berebut Kerusi Di Sabah


Pakatan pembangkang sekarang semakin kelam kabut apatah lagi mereka impikan sebuah kerajaan di Sarawak menjelangnya pilihan raya yang akan dilaksanakan akan datang.

Sabah, dipercayai gerombolan Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAS sudah mengatur langkah awal bila berebut mengenai kawasan-kawasan yang berpotensi dan bakal dimenangi parti masing-masing pada PRU13.

DAP yang merupakan parti paling dominan dalam gerombolan Pakatan sudah meminta untuk bertanding di kawasan yang dikuasai oleh PKR iaitu Parlimen Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN iaitu Dun Melalap dan DUN Kemabong.

Berikutan tindakan DAP itu, penyokong-penyokong PKR kawasan Parlimen Tenom melenting terhadap keputusan itu.

Ramai yang menyifatkan keputusan itu tidak adil kerana DAP tidak mempunyai ‘Political base’ di situ berbanding PKR yang sudah bertungkus lumus mengukuhkan pengaruhnya sejak lebih tiga tahun lalu, berserta dengan penubuhan beberapa ranting.

Beberapa pemerhati politik di Tenom berpendapat DAP kurang pengaruh jika dibandingkan dengan PKR atau SAPP kerana kedua-duanya mempunyai Pejabat Perhubungan dan siap dengan kakitangan menjalankan jentera pentadbiran parti masing-masing.

DAP bersikap diktator dan kuku besi didalam pembahagian kerusi untuk ditandingi didalam PRU13 akan datang.

Jelas Pakatan pembangkang terbukti tidak sehaluan apabila masing-masing cuba menegakkan benang yang basah dengan mahu bertanding dalam setiap pilihan raya tanpa sebarang kompromi dengan anggota dalam pakatan tersebut.

Info- MPP