Wednesday, September 28, 2011

Isu Kuota Bumiputera: Melayu Seharusnya Berasa Malu Dengan Hak Keistimewaan Kouta!



Orang Melayu hanya akan memiliki keuntungan sebenar apabila mereka mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menyaingi kaum Cina dan India dalam bidang ekonomi tanpa menagih sokongan kuota.

Melayu seharusnya berasa malu dengan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka seperti hak kouta kerana ia menunjukkan mereka masih lemah dan perlu dilindungi.

Bangkitlah Melayu!

Kaum Melayu perlu membuat perubahan budaya untuk membolehkan kita memiliki daya saing yang setaraf dengan kaum lain dan ia sekali gus akan dapat menghapuskan rasa takut atau sangsi terhadap kaum lain dan membantu menyatukan semua kaum yang terdapat di negara ini!

Ulasan Najib Mengenai Kuota Bumiputera.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.

"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau," kata Perdana Menteri dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011. Selasa.

Beliau berkata kuota menghindari keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka.

Najib khuatir "sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan."

Beliau berkata satu kritikan masa lalu yang beliau hadapi mengenai sistem kuota ialah orang yang patut tidak dipromosi. Tindakan afirmatif kini perlu berfasarkan meritokrasi.

"Jadi, anda perlu menggalakkan calon Bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan Bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka," katanya.

Najib juga memuji Unit Peneraju Agenda Bumiputera di Jabatan Perdana Menteri yang telah mengenal pasti lebih 1,000 syarikat yang akan dibantu bagi berkembang.

Perdana Menteri juga berkata Kabinet akan membuat keputusan esok mengenai garis masa cadangan pindaan kepada undang-undang media cetak dan keselamatan untuk meningkatkan kebebasan awam dan menjadikan Malaysia lebih moden dan vibran demokrasinya.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, beliau berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Sambil menegaskan kerajaan adalah serius dalam melakukan pembaharuan, Perdana Menteri berkata: "Sesi Parlimen akan datang, kamu akan menyaksikan perundangan atau tindakan baru."

Tindakan Biadap Guan Eng… Pemuda Akan Serah Memorandum Kepada DAP


Pemuda UMNO menerusi Pemuda UMNO Johor akan menyerahkan memorandum kepada DAP negeri itu berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memburukkan negeri Johor baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada DAP Johor agar Setiausaha Agung mereka menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada Sultan dan rakyat Johor serta rakyat Malaysia.

"Pemuda melihat kenyataan tersebut tidak bertangungjawab serta biadap apabila memburukkan negeri lain dalam usaha menarik pelabur ke Pulau Pinang.

"Cara beliau jelas memperlekehkan negeri lain dan saya melihat kenyataan beliau itu sama dengan apa yang pernah dikeluarkan Lee Kuan Yew sebelum ini.

"Justeru kita akan hantar memorandum dalam masa terdekat dan kita juga mahu tahu daripada mana Guan Eng mendapat statistik berhubung apa yang disebut itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Shah Alam, di sini hari ini.

TV3 menerusi Buletin Utama semalam mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng pada majlis makan tengah hari dengan persatuan Wartawan Asing Singapura telah memburukkan negeri Johor yang dianggap tidak selamat apabila berdepan kemungkinan diculik berbanding keselamatan di Pulau Pinang.

Khairy seterusnya menegaskan situasi di Johor sebenarnya jauh lebih baik daripada apa yang disebut oleh Guan Eng kerana Johor hari ini menjadi tumpuan rakyat Singapura untuk membeli belah dan sebagainya.

"Saya rasa kes penculikan bukanlah sesuatu yang berleluasa hingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa,"

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata mesyuarat Exco Pemuda UMNO akan diadakan di setiap negeri sehinggalah pilihan raya akan datang.

“Hari ini Selangor telah dipilih sebagai lokasi pertama mesyuarat Exco Pemuda di Luar Kuala Lumpur. Menerusi kaedah ini, kita ambil kesempatan untuk berjumpa dengan kepimpinan Pemuda di peringkat negeri untuk mengetahui dengan lebih dekat persiapan menghadapi pilihan raya nanti.

"Menerusi kaedah ini kita harap jentera kita dapat menyalurkan maklumat serta masalah secara terus kepada keimpinan pusat," katanya. -MediaUMNO

[photo inside] Empire Tower Shopping Gallery Subang Meletup (Empire Subang Explode)


Pagi tadi dikejutkan dengan berita Empire Tower Shopping Gallery Subang (Empire Subang Explode) meletup, lihat gambar-gambar tersebut lagi menakutkan, macam baru lepas kena bom ke keadaannya, mujur juga kejadian tersebut berlaku pada 3.45pagi, kalau berlaku siang hari macam mungkin banyak nyawa yang akan terkorban kerana orang ramai yang akan berada disana untuk shopping dan berkerja.


Menurut laporan berita terkini tv3 kejadian berpunca dari letupan tangki gas bawah tanah di bangunan tersebut, 4 orang tercedera dan manakala 300 orang yang lain diselamatkan dan dipindahkan – Sumber berita terkini tv3, dan Selanjutnya baca di bawah ini, sumber dari TheStar:-


Two injured in shopping mall blast in Subang

SUBANG JAYA: Two people were injured while more than 300 people rescued and evacuated when an explosion occurred inside the Starbucks outlet at the Empire Subang here early Wednesday.

Four people, who were trapped in the lower ground floor of the shopping complex that also houses a boutique hotel, were rescued by firemen from the Subang Jaya Fire and Rescue Department.

The 3.45am gas tank explosion that happened at the outlet located on the lower ground floor also damaged two other floors of the complex.

The injured, a Nepali security guard and a local who sustained cuts caused by falling shattered glass, were sent to the hospital for treatment.

Subang Jaya Fire and Rescue department operations chief Harry said firemen from subang Jaya were assisted by their colleagues from PJ and surrounding areas in evacuating the hotel guests numbering more than 300 people.

Pemuda UMNO Minta Teliti Mansuh Seksyen 15 AUKU


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, permintaan memansuhkan Seksyen 15 itu disuarakan golongan mahasiswa menerusi kaji selidik yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas.

"Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Selangor semalam.

Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini

Burukkan Nama Baik Johor: Azalina Palam Guan Eng!


Agendadaily: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu meminta maaf kepada semua rakyat Johor berikutan kenyataan biadapnya mengatakan negeri itu tidak selamat untuk dikunjungi.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP itu berniat jahat dan amat dikesali..

"Johor lebih selamat dan stabil bukan sahaja aktiviti pelaburan malah untuk membeli-belah, bercuti dan bersiar-siar berbanding Pulau Pinang yang sering belaku demonstrasi dan bantahan berikutan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Guan Eng,"katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, setiap hari terutama hujung minggu berduyun-duyun warga Singapura memasuki negeri ini dengan berbagai tujuan.

"Jika kita perhatikan tiap kali petang Jumaat hingga mencecah pukul 12 malam banyak kenderaan Singapura memasuki Johor dan menginap sama ada di hotel-hotel ataupun rumah saudara mara hingga petang Ahad," katanya.

Bahkan jelas beliau, pada hari-hari perayaan dan cuti sekolah, pusat membeli-belah, pasar raya besar dan di Pasar Tani Larkin dikuasai oleh warga Singapura.

"Mereka bukan sahaja menjalankan aktiviti itu dengan santai malah keperluan seperti minyak petrol, mengubah suai dan menghias kenderaan dan mencuci kenderaan semua dilakukan di bandar raya ini,"katanya lagi.

Guan Eng dalam satu pertemuan dengan Kelab Wartawan Asing di Singapura baru-baru ini mengatakan Johor banyak berlaku kejadian jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Jelas Azalina, kenyataan Guan Eng tidak benar sama sekali kerana ramai warga Singapura memilih bercuti di Johor.

"Mereka memilih ke Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Punggai, Kampung Sungai Kapal dan banyak lagi dan kenyataan Guan Eng itu berniat jahat dan dia mesti meminta maaf kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan seluruh rakyat Johor amnya, " katanya.

Sebelum ini, Abdul Ghani ketika mengulas isu yang sama berkata, tuduhan Guan Eng itu tidak benar dan menegaskan Johor adalah negeri yang aman dan berkembang dari segi ekonomi selain kadar jenayah yang terkawal.

Dakwaan Guan Eng bahawa Pulau Pinang mendahului negeri lain dalam sektor pelaburan adalah tidak benar kerana Johor antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras yang tertinggi di Malaysia.

"Di Iskandar Malaysia saja, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun yang mendatang. Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka jauh ketinggalan," katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat Malaysia dan Johor khususnya menilai kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng dan tidak terpengaruh dengan cubaannya untuk memburukkan imej negeri.