Tuesday, October 4, 2011

Zahid AF Sertai PAS?


Isele.. Isele.. PAS Isele... PAS skrg dah WORLD!

Kelihatan Zahid AF bersama-sama Pemuda PAS dalam program ARC ( Alternatif Riding Club ) baru- baru ni..

Salah satu taktik kempen Pakatanis yang di kesan sekarang ialah menarik artis sertai parti mereka.... mungkin dengan cara ini dapat menarik minat anak muda untuk menyertai parti mereka... Gila glemer rupanya puak-puak ni!

Yang artis pulak sibuk nak berpolitik ape kes bro? tak cukup glamer atau dah tak ade job? Tak kisah lah... itu hak masing-masing, tiada paksaan....

Tapi kalau ye pun nak  terjun ke dalam bidang politik, mereka seharusnya memilih parti politik yang betul-betul terbaik, yang memperjuangkan hak rakyat, dulu kini dan selamanya... jangan tersalah terjun nanti tersesat pulak! Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka juga yang susah nanti....

Harap Zahid dapt memberi penjelasan dengan segera berhubung dengan isu ini, kerana gambar diatas sudah tersebar meluas di internet... Puak-puak pembangkang sudah mula claim nama Zahid milik mereka...

Melambong-lambong nama Zahid puak-puak Pakatanis mainkan... Nasib kau lah Zahid... Cuba kalau Zahid sertai Umno... tapak kaki mereka berikan kepada Zahid...

Al-fatihah: ADUN Johol Meninggal Dunia


Anggota Dewan Undangan Negeri Johol daripada Barisan Nasional, Datuk Roslan Md Yusof, 58, meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, kira-kira 4.45 pagi tadi.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.

Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

Hudud: PAS Tersungkur, DAP Menang Lagi...


Pas seolah-olah sedang dipermainkan rakan pakatannya dalam soal hudud yang menjadi duri dalam daging kepada pakatan pembangkang yang mana hingga ke hari ini perkara itu masih belum dapat diselesaikan secara tuntas.

Mana Satu Pendirian Rasmi Pakatan Pembangkang??

Aktivis UMNO, Ustaz Zainal Abidin Sakom berkata PKR jelas menggunapakai “stand munafik” yang mana pendirian mereka tidak jelas dan DAP pula hanya Karpal Singh yang konsisten sejak daripada beliau menyertai DAP hingga ke hari ini.

“Atas dasar itu, kita ingin tahu apakah dasar sebenar kedua-dua parti berkenaan dan Pas dilihat terloncat-loncat keseorangan mendendangkan lagu berhubung isu tersebut yang mana tujuannya tidak lain hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata.

“Saya sebutkan perkara itu kerana tidak jelas…. Apakah pendirian terbaru Karpal itu pandangan peribadi beliau atau merupakan pendirian daripada DAP. Begitu juga PKR… bagi saya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menggunakan “ayat selamat” demi menjaga hati Pas dan DAP,” katanya kepada UMNO-Online.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam pendirian terbaru berkata, parti itu tidak akan bersetuju pada bila-bila masa untuk melaksanakan hukum hudud termasuk yang pernah diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Sebelum ini mesyuarat Pakatan Pembangkang berhubung cadangan Pas untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan tidak mencapai kata putus walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, ketua umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan dan pada masa yang sama Majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Zainal seterusnya menegaskan apa yang terserlah hari ini hanya Pas yang terkontang-kanting mempertahankan ideologi mereka sedangkan PKR menggunapakai “stand munafik” dan DAP hanya bersuara menerusi Karpal.

Mungkin bagi beliau, kedua-dua sekutu Pas itu juga mempunyai nawaitu yang sama seperti Pas iaitu untuk kepentingan politik terutama melonjakkan populariti masing-masing menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

“Bagi saya soal hudud yang kembali bergema hanyalah lakonan Pas semata-mata kerana menyedari gendang pilihan raya umum mungkin akan dipalu bila-bila masa sahaja. Kita imbau kembali bagaimana kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas berjaya menawan Terengganu,hudud hanyalah 0.00001 peratus. Itu kalau tidak silap.

“Apa pun bagi saya hiruk pikuk yang berlaku di dalam Pas hari ini adalah berpunca daripada gaya permainan politik mereka sendiri yang menjadikan agama sebagai komoditi politik. Mungkin doa solat hajat mereka dimakbulkan Allah yang mana yang ditunjukkan kebenaran,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Zainal turut meminta umat Islam khususnya Pas menyelami titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang mengingatkan tentang kemusnahan Islam.

“Bukankah baginda bertitah antaranya Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah. Inilah yang perlu kita selami betul-betul agar agama terus berada pada landasan yang betul,” katanya. -Media Umno

Karpal Racun Anwar Secara Halus! Anwar is Dead!



Sama ada disedari atau tidak tindakan Karpal Singh yang bertindak sebagai Ketua Peguam Bela Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini lebih cenderung ke arah mempercepatkan Ketua Umum PKR itu didapati bersalah dan dipenjarakan.
Sejak proses pembelaan diri yang bermula 22 Ogos lalu, Karpal Singh, peguam veteran itu lebih banyak mendiamkan diri dan membiarkan peguam-peguam junior iaitu anaknya, Ram Karpal dan peguam peribadi Anwar, Sankara Nair memainkan lebih banyak peranan.
Menurut amalan biasa, dalam proses pembelaan, sepatutnya Ketua Peguam Bela yakni Karpal lebih banyak memainkan peranan berbanding dengan peguam-peguam junior.
Ini berbeza dengan pihak pendakwa, di mana Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sentiasa mengetuai sama ada di peringkat pembuktian ataupun peringkat pemeriksaan balas saksi-saksi pembela.
Satu lagi fakta yang tidak boleh dikesampingkan, dalam kes liwat I, Karpal Singh juga pernah tewas kepada Mohd. Yusof Zainal Abiden yang ketika itu merupakan Timbalan Kanan Pendakwa Raya dalam kes tuduhan Anwar meliwat Azizan Abu Bakar.


Ungkapan Karpal siang semalam di Mahkamah Tinggi yang membawa maksud peluang Anwar untuk memenangi kes ini makin tipis adalah luahan sebenar yang lahir dari hatinya.
“Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar“, kata Karpal.
Walaupun pada hakikatnya Karpal seolah-olah meletakkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai saksi pembela, namun peguam veteran itu sudah tahu risikonya jika permohonan mereka untuk mengenepikan sapina diterima mahkamah.
Jika mahkamah menerima permohonan Najib dan Rosmah untuk mengenepikan sapina yang bakal diputuskan Khamis ini, dengan memetik semula pendapat Karpal, ‘apa lagi peluang yang tinggal bagi Anwar’ ?
Sesungguhnya sebagai peguam yang berpengalaman, Karpal sedia maklum bahawa pengantungan pembelaan bukan kepada saksi yang tidak memihak kepada Anwar, sebaliknya bergantung penuh kepada saksi-saksi yang memihak kepadanya terutamanya alibi.
Siapa saksi-saksi alibi Anwar ?
Setakat hari ini dan senarai saksi-saksi yang bakal dipanggil untuk membela Anwar, tiada seorang pun saksi yang boleh dikatogerikan sebagai saksi alibi.
Maknanya Anwar tidak ada alibi.
Peguam Anwar yang membacakan afidavit balas Ketua Umum PKR itu kepada media pada 28 September lalu mengakui tujuan mereka memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi bukan untuk melengkap hujah konspirasi, tetapi semata-mata untuk mendapat penjelasan berkenaan pertemuan mereka dengan pengadu.
Bahkah semasa hujah penggulungan, sebelum diputuskan Anwar kena bela diri atau tidak, Karpal juga tidak menggunakan hujah konspirasi
Jika, bukan bertujuan untuk melengkapkan hujah ‘teori konspirasi’ untuk apa mereka dipanggil ?
Atas premis itu, maka Anwar benar-benar berharap Najib dan Rosmah tampil sebagai saksi mereka, bukan untuk menang kes atau lengkapkan teori konspirasi tetapi untuk memalukan mereka.
Secara keseluruhannya, dalam proses bela diri, Karpal sebagai Ketua Peguam Bela seolah-olah merestui usaha untuk tidak menjawab persoalan.
Persoalannya amat mudah, ‘Kamu (Anwar) dituduh melakukan seks luar tabie (liwat) ke atas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
‘Bukti kamu meliwat adalah terdapatnya air mani kepunyaan kamu dalam dubur pengadu’.
Itu sahaja skop pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar.
Sepatutnya, barisan peguam Anwar menumpukan seluruh jawapan untuk menafikan semua pertuduhan dalam skop tersebut, jika mereka berhasrat untuk memenangi kes ini.
Walaupun, terdapat usaha untuk menafikan pertuduhan itu dengan menampilkan dua orang pakar luar negara, namun setakat hari ini, kedua-dua pakar yang dibayar oleh Anwar itu gagal memainkan peranannya, malah lebih memperkukuhkan pertuduhan pihak pendakwa.
Kemungkinan juga Karpal kecewa dengan keterangan saksi-saksi pihak mereka sendiri iaitu Dr David Lawrence Noel Wells dan Dr Brian McDonald, maka peguam veteran itu hampir putus asa dan cuba fokus kepada persoalan di luar skop.
Usaha Karpal memanggil Najib, Rosmah, Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan Lim Kong Boon, juga dianggap sebagai percubaan untuk fokus kepada menjawab persoalan yang bukan persoalan pertuduhan.
Jika benar sekalipun mereka terlibat, tetapi penglibatan mereka di luar daripada skop pertuduhan.
Sekali lagi diulangi, pertuduhannya mudah sahaja, ‘benarkah kamu (Anwar) meliwat pembantu kamu, Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008
Sebelum ini, Karpal sentiasa menggesa mahkamah agar memadamkan segala keterangan saksi-saksi pendakwa, jika saksi-saksi tersebut menceritakan peristiwa ‘kejadian liwat sebelum 26 Jun 2008′ dengan alasan di luar skop pertuduhan, namun kini, semasa proses pembelaan, Karpal sendiri berusaha membawa proses pembelaan ke arah menjawab persoalan yang di luar skop pertuduhan.
Adakah semua ini stategi halus peguam veteran untuk mempercepatkan Ketua Umum PKR itu dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjarakan ?
Jika Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan apakah Karpal Singh yang juga merangkap Pengerusi DAP akan mendapat lebih banyak manfaat ?
Inilah susahnya apabila Ketua Peguam Bela dipilih dari kalangan tokoh politik kerana dalam apa juga keadaan, kepentingan politik lebih diutamakan.
Sumber: AIDC

Monday, October 3, 2011

Karpal Singh Mengakui Anwar Sudah Tiada Lagi Hujah Bela Diri! Anwar is Dead!



Karpal Singh, Ketua Peguam Bela Kes Liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui hari ini bahawa anak guamnya sudah tidak lagi peluang untuk memenangi kes itu jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ditolak mahkamah untuk menjadi saksi.
“Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar
“Kami berdoa Yang Arif menolak permohonan yang dibuat oleh Najib dan isterinya,” kata Karpal seperti dilaporkan portal pro Anwar, Malaysiakini, hari ini.
Karpal dilaporkan membuat kenyataan di atas, ketika mendengar permohonan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah untuk mengenepikan sapina menjadi saksi yang dikenakan ke atas mereka hari ini.
Sebelum ini, satu lagi portal pro Anwar, The Malaysian Insider pada 28 September lalu melaporkan kehadiran Najib dan Rosmah menjadi saksi adalah penting bukan untuk melengkapkan teori konspirasi, tetapi untuk mendapatkan penjelasan berkenaan pertemuan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Najib dan Rosmah pada 24 Jun 2008.
Semasa memohon mengenepikan sapina,peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib dan Rosmah berkata kedua anak guamnya bukan saksi yang penting dan relevan dalam kes liwat itu kerana pertemuan pada 24 Jun 2008, di luar daripada skop pertuduhan mahkamah iaitu pada 26 Jun 2008.
Merujuk kepada afidavit Najib untuk menyokong permohonannya bagi mengetepikan sapina itu, Hisyam berkata pertuduhan yang dihadapi Anwar ialah kejadian liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun 2008 manakala pertemuan pegadu dengan kedua anak guamnya berlaku pada 24 Jun 2008, bermakna kedua anak guamnya tidak relevan menjadi saksi dalam kes ini.
“Hujahan kami ialah ianya berupa “ekspedisi memancing” dan menyalahgunakan proses mahkamah di pihak responden pertama dan dengan itu mahkamah patut membenarkan permohonan pemohon-pemohon untuk mengetepikan sapina itu,” katanya.
Hujahnya lagi, adalah amat jelas bahawa tujuan kedua-dua sapina itu adalah untuk Najib dan Rosmah memberikan penjelasan dan pengesahan mengenai apa yang berlaku semasa perjumpaan dengan Mohd Saiful.
“Undang-undang membenarkan kedua-dua pemohon mengetepikan sapina itu jika pihak yang memohon sapina itu dikeluarkan tidak memenuhi keperluan daripada segi kerelevanan dan kepentingannya,” katanya.
Sumber - AIDC

Biadap! Blogger Pembangkang Memperlekehkan Istana Di Raja