Tuesday, October 4, 2011

Al-fatihah: ADUN Johol Meninggal Dunia


Anggota Dewan Undangan Negeri Johol daripada Barisan Nasional, Datuk Roslan Md Yusof, 58, meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, kira-kira 4.45 pagi tadi.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.

Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

No comments: