Friday, November 4, 2011

Akhbar Australia Buat Pembetulan, Keadilandaily Perlu Memohon Maaf Kerana Fitnah Keluarga DS Najib!


Akhbar Australia The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.

"The West Australian sedar perkara ini tidak benar dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu," ralat yang diterbitkan hari ini dipetik.

Perdana menteri semalam menjelaskan perkara yang sama di Twitter dan berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan itu.

Dato' Seri Najib dan isteri kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Laporan bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing" (perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) dipetik meluas di blog dan Facebook, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.

PKR KELDAIANdaily perlu memohon maaf kepada Dato' Seri Najib!

FUH! Parti Bikini Buih Di Ampang!



Pada 22 Oktober yang lalu, berlangsungnya Parti Bikini Buih di K Club, Kuala Lumpur. Pada asalnya, penganjur ingin membuat Parti Buih di Teratak Angah, (zoo negara) di Ampang... Tetapi Akhirnya terpaksa ditukar ke K Club sebab mendapat bantahan daripada pihak pengurusan Teratak Angah...

Penganjur meminta peserta memakai bikini dan sebagainya sambil main-main buih... Arak semuanya disediakan.. janji buat maksiat!

Jahanam betul.. Semakin rosak anak Malaysia di bawah pentabiran Pakatan Haram ni! Zuraidah aka Mak Lampir memang suka main buih ni...

Diantara Wajah-Wajah Pembangang PR Yang Menyokong Kebebasan Seks Songsang!



Tengok gambar ini betul-betul dan camkan! inilah wajah-wajah pembangang PR yang menyokong kebebasan seks songsang!

SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi’e LBGT – Lesbianisma, Bisexuality, Gay dan Transgender.

Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi’e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, merea mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah ‘amalan seks songsang dan luar tabi’e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan ‘amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah ‘amalan songsang dan luar tabi’e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina di mana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat ‘amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid dan maknyah!

Aku cam rasa nok ludoh je....

Surat Rasmi Dari Konsulat Jeneral Malaysia di Perth Kepada Editor The West Australian!


Tuduhan anak PM menghabiskan duit rakyat dengan berbelanja sebanyak $60,00.00 untuk tujuan membeli belah di Perth semasa persidsngan CHOGM yang dilemparkan keatas anak perempuan Perdana Menteri ternyata satu fitnah.

Di atas adalah salinan surat rasmi dari Konsulat Jeneral Malaysia di Perth, Western Australia kepada Editor The West Australian untuk menafikan fitnah yang telah disiarkan oleh tabloid tersebut.

Guan Eng, mana berani buat macam ni! tapi bila kena kepada anak Guan Eng sendiri, tau pulak melenting tuduh politik fitnah jahat UMNO terhadap keluarga mereka! Piraahhhh Mabooook!

Tak habis-habis Cik GuBard nak buat fitnah bodoh! Patutlah sampai sekarang tak dapat jadi Ketua AMK!

Thursday, November 3, 2011

Isu Beli Barang Kemas: DS Najib Buat Penafian Dari Mekah... Liwat, Video Seks, Anwar Apa macam?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Justeru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

Pembangkang bagaikan sudah kehilangan modal untuk berpolitik apabila terus mengamalkan politik fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas pembangkang kini gentar dengan sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri, sebab itu pelbagai usaha dilakukan untuk memburuk-burukkan Datuk Najib sehingga sanggup membuat fitnah terhadap keluarganya.

Menjelang pilihan raya nanti, sudah pasti banyak berita sebegini akan disiarkan oleh pembangkang untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Jika ingin mendapatkan sokongan, membuat cerita bohong atau fitnah bukanla caranya, sepatutnya buktikan kemampuan mereka dan barulah boleh dapat sokongan, bukannya menipu rakyat.

Anwar harus bersihkan namanya sama seperti yang Dato' Seri Najib lakukan, buat penafian dari Mekah.... Kalau tidak bersalah nak takut apa Datuk Seri Anwar Ibrahim!!