Friday, November 18, 2011

Negeri Sembilan Lancarkan "1NS Wireless City"


Kampungku kini bergelar Kg Cyber broo!


Pelancaran Fasa ke-2 1NS Wireless City telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Dataran Rembau, semalam.

Bercakap di majlis tersebut, Menteri Besar berkata, pelaksanaan projek di daerah Rembau ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna-pengguna yang menggunakan khidmat internet dengan menembusi alam internet secara percuma.

Kata beliau lagi, usaha kerajaan negeri bersama-sama TMNet ini adalah untuk menjayakan dasar ICT negara di mana dalam dunia globalisasi, rakyat sudah berkebolehan dalam dunia ICT.

Sementara itu, dalam sidang media beliau berkata, “ini adalah satu tapak permulaan untuk mengejar cita-cita menjadi sebuah negeri yang bergiat aktif secara langsung dalam dunia ICT dan sekaligus dapat merapatkan jurang ICT di khalangan masyarakat bandar dan luar bandar”.

YB Khairy Jamaluddin mendaftar sebagai penguna wireless 



1NS Wireless City

1NS Wireless City merupakan satu projek inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan platform capaian Internet dengan menggunakan teknologi jalur lebar tanpa wayar kepada orang ramai di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seluruh Negeri Sembilan.

1NS Wireless City dilaksanakan dengan tujuan untuk menawarkan capaian Internet kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan secara tanpa wayar dengan teknologi jalur lebar berasaskan Streamyx. Menerusi 1NS Wireless City, Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan persekitaran jalur lebar tanpa wayar yang memberikan capaian ke Internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (stay connected anytime, anywhere) di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.

Pelanggan boleh mendaftar untuk menggunakan akses jalur lebar tanpa wayar melalui Landing Page yang disediakan.

Melalui Landing Page tersebut, pengguna hanya perlu mendaftarkan nama, no. K/P dan no. telefon bimbit bagi mendapatkan ID dan kata laluan dengan percuma. ID dan kata laluan ini akan dihantar kepada pengguna menerusi telefon bimbit yang telah didaftarkan. Seterusnya pengguna boleh login menggunakan ID dan kata laluan yang diperoleh secara percuma.


Dengan pelaksanaan 1NS Wireless City:

  • Dapat meningkatkan imej Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang menyediakan infrastruktur jalur lebar wayarles secara menyeluruh (seamless) ke arah merealisasikan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI).
  • Memperluaskan penggunaan ICT berasaskan jalur lebar dan Internet lantas merangsang pembangunan industri negeri.
  • Memperkukuh perkhidmatan Kerajaan Negeri ke arah meningkatkan mutu kerja dan produktiviti jabatan Kerajaan Negeri.
  • Tersedianya sambungan jalur lebar pada bila-bila masa di lokasi berkenaan menjadi daya tarikan untuk orang ramai, usahawan dan perusahaan serta pelancong-pelancong ke Negeri Sembilan.
  • Membolehkan rakyat Negeri Sembilan berkomunikasi sesama mereka walau di mana mereka berada.
  • Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk turut menikmati faedah penggunaan jalur lebar, justeru merapatkan jurang digital di Negeri Sembilan.
  • Memperkaya kehidupan rakyat Negeri Sembilan dengan penggunaan aplikasi jalur lebar sebagai sebahagian gaya hidup.

Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan kadar penembusan Internet di Negeri Sembilan di mana ianya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan turut menikmati perkhidmatan Internet secara percuma menggunakan jalur lebar tanpa wayar.


1NS Wireless City ini meliputi 7 lokasi iaitu:

Seremban

Dataran Seremban

Taman Tasek Seremban (Tengah)

Taman Rekreasi (berhadapan Klana Resort)

Seremban Parade Entrance (Kenny Rogers / Kedai Mamak)

Terminal 1 (ruang menunggu bas)

Seremban 2

S2 City Park (sebahagian kawasan / wakaf)

Senawang

Dataran Senawang

Kawasan letak kereta (tengah)

Kaki lima restoran

Nilai

Majlis Perbandaran Nilai (MPN)

Dataran Nilai

Murni Nursing College / Asrama Universiti Islam Antarabangsa (IIUM)

Giant Hypermarket Nilai (Commercial Lot Area berdekatan tempat letak kereta)

Port Dickson

Batu 4

Wakaf Batu 4

Tapak Pasar Malam

Batu 8

Dataran Kemang

Wellness Zone (sebahagian kawasan / pintu masuk)

Tampin

Majlis Daerah Tampin (Laman Segar, Dewan Majlis)

Tampin Square (kawasan lapang berhadapan kedai kain Nagoya Tampin)

Stadium Tampin (Padang Serbaguna, Grand Stand)

Taman Rekreasi Tampin (berhampiran gelanggang squash)

Dataran Tampin

Rantau

Balai Raya Rantau

Pusat Khidmat ADUN Rantau

Dewan Orang Ramai Rantau

Pekan Rantau (liputan 600 meter dari TM Exchange)

Sekitar Demo Anti Ambiga dan Seksualiti Merdeka di Meru!!!

Foto ehsan dari Gerakan Timur







Dia muncul kembali...

Demo ini adalah lanjutan dari demo yang telah dibuat kira-kira 2 minggu lepas, KLIK SINI. Hosnya tetap sama, iaitu Gabungan Masyarakat Prihatin Meru.

Dan dia juga berucap di khalayak ramai tentang betapa pentingnya kita, umat Islam dan Melayu, menyedari ancaman dari Yahudi yang kini sedang dipergiat oleh proksi-proksi mereka.

"Jangan main api.." kata lelaki diatas.

Persoalannya... Siapakah lelaki diatas ini?

Info : Gerakan Timur

Anwar Ibrahim Bermimpi Lagi... Mahu Tawan Negeri Sembilan.. Apa Hell?

Inilah Dalang DAP bangsat! Cuba melacurkan Orang Asli di Negeri Sembilan.. 

Anwar memang mempunyai selera dan nafsu syaitan!

Anwar Ibrahim sibuk sangat nak jajah negeri orang ni apa hell?

Apa Anwar ingat senang-senang orang Negeri nak bagi undi kat Puak Pembangkang? Hahaha... Rakyat Negeri Sembilan sudah masak dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh Puak Pembangkang ni... Cakap berapi tapi habuk pun tarak...

Hello... Hello bro...  Ceciter.. ceciter sikit...

Apa sumbangan Puak Pembangkang di Negeri Sembilan? Tolo ayam ado lah! Dah tu Puak Pembangkang tak tau malu pulak tu ... Asyik menumpang pembangunan yang di bawa oleh kerajaan negeri...

Lebih baik Anwar fikir bagaimana nak pertahan kerusi PR yang ada Negeri Sembilan sebab BN akan sapu bersih kembali kesemua kerusi dibawah jajahan PR.

Camni lah, sebagai anak Negeri Sembilan... Aku nak bagi tahu dengan Anwar dan kuncu-kuncunya... Jangan mimpi la!!! 





Biarlah PR dengan angan-angannya kerana berapa lama mereka boleh berbohong dengan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembangkang boleh berkata apa sahaja, tetapi akhirnya nanti rakyat akan tahu juga tembelang mereka.

“Rakyat sekarang ini sudah bijak dan mampu menilai janji manis yang dilemparkan pembangkang.

“Saya yakin rakyat mempunyai pandangan mereka sendiri dan boleh memberi penilaian kerana kita semua kebanyakannya berpelajaran tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan hasrat menawan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mohamad berkata, beliau yakin dengan hanya bekerja kuat sahaja dan menumpukan aspek kesejahteraan rakyat mampu meyakinkan mereka kepada kerajaan yang sedia ada.

“PR kata mahu tawan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Itu hanya sekadar kata-kata psiko.

“Terpulang kepada PR kerana kerajaan pun ada strategi tersendiri pada PRU13,” katanya.

Korban: DAP Sengaja Perlekeh Sensitiviti Islam - KJ


Tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini menggambarkan budaya DAP yang sengaja memperlekeh sensitiviti umat Islam. Baca di sini...

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, lebih malang apabila parti pembangkang itu akan mempertahankan perbuatan mereka dengan menuding jari ke arah UMNO yang dikatakan sengaja mengada-adakan cerita.

''Dalam keadaan begitu, kita perlu melihat sensitiviti dan hormat kepada masyarakat setempat.

''Jika ada orang yang tidak senang dengan perkara ini kenapa perlu memaksa diri kita melakukannya? Nanti mereka tuduh UMNO pula yang sengaja adakan cerita,'' katanya.


Menurut Khairy, pemimpin-pemimpin DAP akan mengambil apa saja peluang serta bersikap hipokrit bagi meraih undi.

''Apabila berdepan dengan kaum India, mereka kata akan menentang ibadah korban dilakukan di sekolah atau tempat awam, tapi dengan orang Islam pula mereka pula yang terlibat mengagih daging korban,'' katanya.

PAS Islamkan Tian Chua ?

Penjelasan Lengkap NFC... Menjawab Dakwaan Dari Lembu PKR!


National Feedlot Corporation (NFC) telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semasa menjawab dakwaan PKR yang mempersoalkan pembelian unit-unit kondominium di Bangsar oleh syarikat itu, berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

"Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun," katanya di satu sidang akhbar di Gemas pada Khamis.

Bernama melaporkan, Mohammad Salleh berkata yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad berkata kumpulan itu menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.

Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.

Mohammad Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur. Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.

Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.

Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Mohammad Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau 'grant'.

Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.

Pinjaman RM250 juta itu dengan kadar faedah dua peratus, dibayar balik bermula pada tahun ketiga setelah pinjaman dikeluarkan sepenuhnya dan apabila siapnya pembinaan rumah sembelihan untuk eksport berkualiti.

"Buat masa sekarang pinjaman belum lagi dikeluarkan sepenuhnya kepada NFC. Masih ada RM69 juta lagi baki pinjaman belum digunakan," katanya.

Mohammad Salleh berkata pinjaman tersebut diletakkan di bawah Akaun Pinjaman Khas tetapi proses menurun diperlukan sebelum dana dapat digunakan oleh NFC.

Mengenai dakwaan bahawa rangkaian restoran Meatworks memperoleh diskaun berjumlah RM2.9 juta pada 2009, beliau berkata diskaun yang sama diperolehi 70 pelanggan restoran itu dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata mengwujudkan jenama Meatworks dalam menjual daging yang berkualiti telah membolehkan NFC menembusi dalam pasaran yang begitu ketat dikawal.

"Orang ramai tidak percaya bahawa Malaysia boleh mengeluarkan daging baik yang berkualiti premium," tambah beliau.

Mengenai harga tinggi bagi lembu NFC berbanding lembu yang dibeli di Malaysia, Mohammad Salleh berkata lembu-lembu NFC biasanya memiliki berat antara 70-100 peratus lebih daripada lembu tempatan.

Katanya, NFC kini mempunyai 150 syarikat pelanggan dan antara pelanggannya yang terbesar ialah Jusco, Giant dan Cold Storage.

NFC membekalkan 46 peratus dagingnya kepada pasar basah, 20 peratus ke pasaraya, 22 peratus kepada kilang memproses daging dan burger dan hanya 11 peratus kepada hotel, restoran dan katering.

Sejak tiga tahun penubuhannya NFC berjaya membangunkan infrastruktur seperti lot-lot makanan, rumah sembelih, setor makanan dan bilik sejuk. Tahun depan NFC akan menceburi ladang kontrak.

"Kami sudah memperoleh imbangan pendapatan dan dijangka mendapat keuntungan," katanya.-Agendadaily