Sunday, October 14, 2012
200,000 Belia Pulau Pinang Tidak Mampu Beli Rumah
Kira-kira 200,000 belia yang sudah berkeluarga di negeri ini tidak mampu membeli rumah kerana harganya yang terlalu mahal.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, antara faktor berlaku perkara itu termasuklah kecenderungan pemaju untuk membangunkan projek perumahan mewah.
Masalah ini perlu diatasi segera kerana perkara itu boleh memberi kesan buruk kepada aspek sosial serta pembangunan setempat apabila ramai golongan belia memilih untuk berhijrah dari negeri ini.
"Projek perumahan mewah pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang terlalu mengikut kehendak pemaju dan mementingkan keuntungan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Belia Ke-29 Daerah Timur di sini hari ini. - UTUSAN
Isu AES... Pembangkang Sengaja Kelirukan Rakyat
SEJAK kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang.
Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk mengelirukan rakyat. Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES untuk membantu blogger untuk memulihkan keadaan di peringkat kerajaan :
Tujuan: AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.
Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.
Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety). AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.
Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti. Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.
Isu yang ditimbulkan
• AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
• AES membebankan rakyat
• AES mempunyai banyak kekurangan
• AES perlu ditangguhkan
AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.
MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi. Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.
Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain.
Jika rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur. Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ?
I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.
AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.
Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.
Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampur trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”, “Prevention is better than cure”.
Khalid Ibrahim Enggan Dedah Bukti Air Empangan Selangor Merosot
Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Exco kanannya, Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya.
Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut, kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan dan sungai masih dipenuhi dengan air.
Hakikatnya, tujuan sebenar tinjauan itu dilakukan hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat Selangor daripada isu sebenar berkaitan bekalan air terawat yang semakin kritikal di kebanyakan loji rawatan air di seluruh negeri.
Satu perkara yang tidak diceritakannya kepada khalayak ialah, air mentah yang memenuhi empangan dan sungai tidak akan selamanya akan penuh atau kekal parasnya pada takat tertentu.
Ada tikanya akan surut sama ada kerana perubahan cuaca, disebabkan penggunaan harian yang tinggi selepas dirawat dan dibekalkan loji rawatan kepada pengguna ataupun disebabkan proses penyejatan.
Berdasarkan maklumat terkini (Lihat Bacaan Paras Air Empangan, 08 Oktober 2012) dan bila dibandingkan dengan bacaan paras air empangan pada 2 Julai 2012 lepas, jelas menunjukkan adanya penurunan paras air di beberapa empangan.
Paling ketara di Empangan Sungai Selangor yang merosot teruk dari bacaan 217.35 juta meter jatuh ke paras bacaan 199.7 juta meter, agak hampir kepada paras kritikal yang kiranya berterusan akan memberi kesan besar terhadap loji rawatan air yang merawat sumber air mentah dari empangan ini.
Manakala Sungai Tinggi pula sekarang berada di paras 54.94 juta meter, juga mengalami kemerosotan takungan air berbanding bacaan pada 2 Julai lalu ialah 58.7 juta meter.
Hanya empangan Sungai Semenyih sahaja yang menunjukkan peningkatan daripada 95.61 juta meter kepada paras maksima 111 juta meter. Baki 4 empangan lain juga berlaku penurunan paras bacaan tapi tidaklah terlalu ketara.
Dalam pada itu, mengikut makluman yang diterima, portal MyNewsHub juga ada membuat laporan eksklusif berkaitan perkara ini selepas mereka melakukan tinjauan ke beberapa empangan dan sungai sekitar Selangor.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, menurut kenyataan terbaru dari MB Selangor pada 7 Oktober lalu, katanya, rakyat tidak perlu cemas dengan penyusutan paras air yang dilaporkan berlaku di beberapa empangan dan loji rawatan air tika ini.
Katanya, kerajaan negeri telah maklum perkara tersebut dan telah siap sedia untuk melakukan proses pembenihan awam seandainya hujan masih tidak turun dalam tempoh 22 hari bermula 4 Oktober 2012 lepas.
Tidak diketahui kenapa perlu menunggu 22 hari sebelum melakukan proses tersebut, apakah perlu ditunggu empangan dan sungai kering dahulu baru mahu bergegas untuk mencari jalan alternatif lain menyelesaikannya?
Walau apapun, perkembangan terbaru ini tentulah menambah lagi sesak di kepala rakyat Selangor.
Belum pun selesai isu air terawat yang semakin kritikal di loji rawatan sedia ada, terpaksa pula menunggu lebih tiga minggu untuk melihat kerajaan negeri bertindak mengatasi masalah penyusutan paras air mentah di empangan.
Susah betul hidup berketuakan orang politik yang hanya pandai bercakap dan tahu mencipta seribu satu alasan tapi begitu lemah sekali dalam menyegerakan tindakan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
Saturday, October 13, 2012
Bongkar: Perbezaan Jumpa Soros Dengan Bekerja Untuk Soros
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat jangan terkeliru dengan terma ‘jumpa Soros’ dengan ‘bekerja untuk Soros’ kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.
Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.
“Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group.
“Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam,” kata Rahimi.
Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.
“Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan.
“Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,”katanya.
Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa.
“Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,”katanya lagi.
Baca lagi...
Nyawa PAS di Tangan DAP?
Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian, bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS, telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak.
Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah, PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP. Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain. Dan kuasa DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.
Seolah-olah, tanpa DAP, PAS tiada apa-apa. Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting, dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama.
Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT. PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia. Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana, tetapi di hati setiap hambaNya.
Bagi yang benar-benar fanatik atau ‘totok PAS’ mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya.
Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional, mereka memilih untuk memendam rasa, enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.
Namun, impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS, tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR. Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima ‘kegilaan’ PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz.
Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut.
Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka.
Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas. Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam.
Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting dari Islam. Kemenangan PRU pula adalah lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal Perdana Menteri mereka.
Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa.
Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS, bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah, sedangkan DAP menentangnya? Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar?
Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya.
Justeru, inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP. Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya. Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya. Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya. Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.
Kesimpulannya, benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham, menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)