Friday, February 8, 2013

5 Soalan Cepu Emas Untuk YB Dr Nasir Hashim (ADUN Kota Damansara)


Berikut antara soalan mungkin boleh dijawab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kota Damansara, YB Dr. Nasir Hashim.

1. Siapakah pemilik terkini Kompleks Muhibbah Petaling Jaya di Kota Damansara?


Klik di sini.

2. Apakah tindakan susulan YB untuk membantu peniaga Pasar Tani setiap Ahad agar berpeluang menggunakan surau dan tandas di kompleks terbabit?


Klik di sini.


3. Adakah benar desas-desus mengatakan YB mempunyai kepentingan dalam syarikat swasta dilaporkan membeli kompleks itu?

4. Mengapakah selepas lebih setahun kompleks terbabit dijual oleh Perbadanan Kemajuan Negeri SELANGOR, masih tidak kelihatan papan tanda memaparkan nama syarikat pemilik?

5. Mengapakah surat rasmi dihantar oleh FAMA kepada pengurus Kompleks untuk mengelakkan peniaga bersembahyang di pinggir jalan masih tidak menerima jawaban secara bertulis?



Mohon YB jawab.

Selaku orang biasa, saya tidak mampu memberikan penjelasan berhubung soalan dipaparkan sebab itu saya memohon WAKIL RAKYAT saya mengambil alih tugas terbabit.

Ops! Hasil tinjauan sekitar jam 6.30 petang semalam, dua bendera koyak rabak masih terus berkibar layu ...



Jika sesiapa sudi untuk menggantikan bendera terbabit, sila maklumkan melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.

Beliau berhasrat benar untuk merekodkan detik bersejarah itu.


-Mazidul Akmal

Bekas Exco PAS Terus Desak Hadi Jawab Penyelewengan Dana Memali


Pemimpin tertinggi PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus bertanggungjawab atas penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengendalian Tabung Mangsa Memali, menurut seorang bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah.

Zainon Ismail berkata pimpinan PAS kini cuba mengelakkan perkara tersebut daripada dibawa ke mahkamah kerana khuatir akan pecah tembelang yang disorok mereka selama ini.

“Pihak yang terlibat ialah peringkat tertinggi dalam PAS. Sebab itu ada perkara yang mereka tak mahu perkara ini dibawa ke mahkamah, takut-takut ada benda lain lagi yang akan terkeluar.

“Antara yang paling tinggi ialah daripada Presiden, sampai kepada jawatankuasa PAS Pusat memang bertanggungjawab kerana tabung ini ditubuhkan oleh PAS Pusat,” jelas beliau kepada pemberita.

Sebagai individu yang pernah bertanggungjawab menguruskan tabung tersebut, Zainon memberitahu antara saluran derma yang tertinggi diterima adalah melalui lidah rasmi PAS, iaitu Harakah di mana Hadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah sebahagian daripada anggota Lembaga Pengarahnya.

“Dan (hasil kutipan) tabung-tabung ini berada antara tempat yang paling tinggi ialah di Harakah. Kalau pihak-pihak berkenaan, peguam-peguam kita pandai selongkar, habis pimpinan PAS kena turun jadi saksi. Sama ada Presiden, Cikgu Pa (Mustafa), Menteri Besar Kedah sekarang, kerana mereka ini semua Lembaga Pengarah Harakah. Duit itu mereka yang simpan, mereka yang pegang.

“Kemudian, terdapat juga duit Tabung Memali ini di Pejabat Agung PAS Pusat. Terdapat juga di pejabat Perhubungan PAS negeri Kedah..jadi banyak..” katanya yang pernah menjadi wartawan di Harakah.

Selain itu, Zainon turut mendakwa Harakah juga memainkan peranannya di dalam mengelirukan para pembaca yang terdiri daripada ahli-ahli PAS di seluruh negara dengan menyatakan bahawa siasatan isu penyelewengan tabung tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuatnya sekitar tahun 2000 telah selesai.

Tulisan kolumnis, Zulkifli Yahaya di dalam akhbar tersebut katanya dilihat cuba menutup kebenaran tentang anak-anak yatim dan balu-balu mangsa Memali yang dinafikan hak untuk menerima wang daripada tabung tersebut yang dilancarkan khas untuk meringankan beban mereka.

“Zul Yahya tulis dalam Harakah sebagai andaian dia..hasil daripada tulisan itu, seluruh ahli-ahli PAS Malaysia yang baca Harakah memang faham begitu, isu tabung ini sudah selesai. Betul isu tabung selesai (tapi) wang anak yatim yang ada dalam PAS itu sudah atau belum selesai, ini persoalannya,” ujar beliau.

Kontroversi mengenai penyelewengan tabung tersebut telah memaksa mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor menghentikannya pada tahun 2002 bagi mengelakkan fitnah.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 telah mengorbankan seramai 14 orang dan menyaksikan berpuluh yang lain tercedera.

Insiden yang dinamakan ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’ oleh pihak berkuasa itu menyaksikan penahanan beratus-ratus orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ia dilaksanakan pihak berkuasa bagi menangani penularan ajaran sesat yang dipercayai cuba dibawa oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya yang turut terbunuh semasa insiden tersebut.

-Antarapos

Zarina Anjoulie Dan Rakan Positif Dadah




PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.

Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.

Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Dis tahun lalu.

Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M. Raja.

PRU 13 - Pakatan Haram Kalah Sebelum Bertanding Di Pekan


Pakatan pembangkang yang bermegah kononnya hendak tawan Putrajaya pada PRU-13 tidak ada calon yang mempunyai kredibiliti untuk bertanding melawan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi tradisi beliau Parlimen Pekan.

Ini berikutan mereka memperalatkan sekumpulan NGO yang mendakwa mewakili golongan mahasiswa untuk bertanding mencabar Najib di kerusi tersebut.

Agendadaily difahamkan, keputusan pembangkang itu dibuat berikutan tidak ada calon yang sesuai anak tempatan untuk bertanding melawan Najib, manakala calon luar dikalangan pemimpin politik pembangkang enggan mengambil risiko kalah.

"Masing-masing sudah pasang badan hendak jadi YB, tidak ada siapa mahu bertanding di Pekan yang sudah pasti kalah,"kata sumber.

Dalam kata lain, pembangkang dah menyerah kalah untuk merebut kerusi Pekan dan objektif mereka bukan lagi hendak menang sebaliknya cuba hendak malukan Perdana Menteri.

Pada Khamis Gerakan Mahasiswa PRU13 diketuai Syis Abdul Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.

Mendakwa disertai beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Syis berkata calon akan diumumkan sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya.

Semua maklum NGO-NGO yang disebut itu mempunyai 'link' yang jelas kepada pembangkang dan tidak mewakili pandangan dan aspirasi golongan mahasiswa.

Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman berkata kedudukan Najib di Parlimen Pekan yang kukuh menyebabkan pembangkang, yang lemah di Pekan, memerlukan sesuatu sebagai gimik bagi meraih sokongan politik di kawasan itu dan seluruh negara.

"Saya kesal mengapa mahasiswa yang menjadi mangsanya dalam perkara ini, tiada masalah bagi mahasiswa terlibat politik dan mahu bertanding pada PRU akan datang, tetapi janganlah begini jadinya. Kumpulan itu perlu menunjukkan politik yang matang berpaksi demokrasi yang sebenar.

"Bertanding di suatu kawasan adalah untuk membela nasib rakyat seperti apa dilakukan PM (Najib), bukan bertanding hanya kerana mahu memperlekeh PM atau menyatakan rasa tidak puas hati. Ini bukan demokrasi matang yang sebenar," katanya.

Ezaruddin menegaskan kumpulan itu hanya mewakili sebahagian kecil mahasiswa yang 'nakal' dan mahasiswa lain tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan perjuangan 'kosong' mereka itu.

"Saya nasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang keluar daripada mulut pembangkang, fikir secara logik tentang sesuatu isu yang ditimbulkan.

"Jangan biarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' pihak yang ingin memerah keringat anda. Mahasiswa ini tunjang masa depan negara, jadi mereka kena mula bertindak sebagai tunjang bukan perosak negara," katanya.

Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata tindakan mencabar Najib di Parlimen Pekan sebagai tindakan yang tidak menghargai kebebasan politik yang diberikan kepada mahasiswa menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.

"Mahasiswa sepatutnya menggunakan kebebasan itu untuk mendalami dunia politik negara sedalamnya. Bagi saya tindakan mahasiswa yang ingin menjadi wakil rakyat adalah sesuatu yang baik untuk politik negara kita, menunjukkan betapa generasi muda kita mahu membela nasib rakyat.

"Namun bila mahu bertanding lawan PM (Najib) itu tindakan yang sengaja dilakukan atas tujuan tertentu, bukan niat membela nasib rakyat atau mempelajari dunia politik. Lebih kepada cuba memperjuangkan kepentingan pihak tertentu yang memang kita tahu siapa pihaknya," katanya.

Zainal yang juga Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata kumpulan mahasiswa itu sebenarnya terperangkap dalam permainan politik yang akan menghancurkan masa depan mereka.

"Ini satu permainan sebenarnya, mahasiswa itu rasa gah bila mereka cabar perdana menteri. Itu nampak seperti mereka berperanan besar dalam perjuangan disuap pihak itu, tetapi realitinya mereka hanya satu budak yang boleh dikorbankan dalam catur politik pihak itu.

"Saya bimbang ia berterusan hingga mampu mempengaruhi mahasiswa lain, namun amalan demokrasi tidak menghalang mereka. Jadi apa yang penting sekarang jati diri mahasiswa itu sendiri perlu kukuh dalam menilai yang mana kaca dan yang mana permata," katanya.

-Agendadaily

Pegawai Khas Letak Jawatan... Ronnie Liu Bapak Ayam


Ini bukan cerita rekaan Dari penglipurlara UMNO... Ini pengakuan sendiri dari aktivis DAP.... Ronnie juga pernah dikaitkan dengan kumpulan mafia bebas melakukan perbuatan keji di negeri jajahannya... Sampai bila kita rakyat Selangor harus berdiam diri dengan kerakusan YB DAP ini yang sibuk mengejar harta kekayaannya... Rakyat pula terpaksa menanggung segala kesusahan? Fikirkanlah....

GEORGETOWN: Pegawai Khas kepada Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidian, Ronnie Liu mengumumkan perletakan jawatanya serta merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.

Jafrei Nordin berkata, tindakan Ronnie mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan-tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa telah menimbulkan seribu persoalan tentang ketelusan dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Jefrei berkata, beliau yang memulakan khidmat bersama Roonie bermula 1 Julai 2008 melihat sikap Ronnie semakin tamak mengejar keuntungan melalui cara 'keji' dengan merestui percambahan pusat-pusat maksiat yang berselindung di bawah nama pusat refleksologi, kelab-kelab malam, dan pusat perjudian sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

"Sifat jijik dia (Ronnie) ini semakin lama semakin membusut. Saya menyaksikan bagaimana dia (Ronnie) menjadi semakin tamak mengejar keuntungan melalui cara keji ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, semasa dilantik menjadi Pegawai Khas di Pejabat Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, beliau meletakan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada kepimpinan Ronnie namun kepercayaan itu musnah dan terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar majikanya itu.

Beliau yang juga aktivis DAP sejak 2004 mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis selain bersikap 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.

Beliau berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'jenaka' dan sering kali berseloroh mempersoalkan kepadanya bagaimana orang-orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh "pelawak".

Katanya, Ronnie dan pemimpin utama DAP juga menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa saja untuk mencapai cita-cita tersebut.

"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti PAS di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh-tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikan DAP mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU13," katanya.

Jafrei berkata, sifat pura-pura dan hipokrit Ronnie dan pemimpin DAP ini membuatkan dia nekad untuk meninggalkan tugasnya itu dan percaya sifat keji ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada pimpinan Pakatan Rakyat, malah, golongan rakyat bawahan, penjaja kecil dan peniaga turut terabai disebabkan oleh politik sempit gila kuasa mereka.

"Saya telah melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun,semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli. Sebaliknya, beliau bertindak meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan saya tanpa menghiraukan keikhlasan titik peluh dan wang ringgit yang telah saya sumbangkan.

"Ternyata, slogan dan laungan Ronnie dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat merupakan omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.

Sementara itu, Jafrei berkata, beliau akan menyerahkan surat perletakan jawatannya dalam masa terdekat kepada Ronnie.