Friday, February 8, 2013
PRU 13 - Pakatan Haram Kalah Sebelum Bertanding Di Pekan
Pakatan pembangkang yang bermegah kononnya hendak tawan Putrajaya pada PRU-13 tidak ada calon yang mempunyai kredibiliti untuk bertanding melawan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi tradisi beliau Parlimen Pekan.
Ini berikutan mereka memperalatkan sekumpulan NGO yang mendakwa mewakili golongan mahasiswa untuk bertanding mencabar Najib di kerusi tersebut.
Agendadaily difahamkan, keputusan pembangkang itu dibuat berikutan tidak ada calon yang sesuai anak tempatan untuk bertanding melawan Najib, manakala calon luar dikalangan pemimpin politik pembangkang enggan mengambil risiko kalah.
"Masing-masing sudah pasang badan hendak jadi YB, tidak ada siapa mahu bertanding di Pekan yang sudah pasti kalah,"kata sumber.
Dalam kata lain, pembangkang dah menyerah kalah untuk merebut kerusi Pekan dan objektif mereka bukan lagi hendak menang sebaliknya cuba hendak malukan Perdana Menteri.
Pada Khamis Gerakan Mahasiswa PRU13 diketuai Syis Abdul Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mendakwa disertai beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Syis berkata calon akan diumumkan sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya.
Semua maklum NGO-NGO yang disebut itu mempunyai 'link' yang jelas kepada pembangkang dan tidak mewakili pandangan dan aspirasi golongan mahasiswa.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman berkata kedudukan Najib di Parlimen Pekan yang kukuh menyebabkan pembangkang, yang lemah di Pekan, memerlukan sesuatu sebagai gimik bagi meraih sokongan politik di kawasan itu dan seluruh negara.
"Saya kesal mengapa mahasiswa yang menjadi mangsanya dalam perkara ini, tiada masalah bagi mahasiswa terlibat politik dan mahu bertanding pada PRU akan datang, tetapi janganlah begini jadinya. Kumpulan itu perlu menunjukkan politik yang matang berpaksi demokrasi yang sebenar.
"Bertanding di suatu kawasan adalah untuk membela nasib rakyat seperti apa dilakukan PM (Najib), bukan bertanding hanya kerana mahu memperlekeh PM atau menyatakan rasa tidak puas hati. Ini bukan demokrasi matang yang sebenar," katanya.
Ezaruddin menegaskan kumpulan itu hanya mewakili sebahagian kecil mahasiswa yang 'nakal' dan mahasiswa lain tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan perjuangan 'kosong' mereka itu.
"Saya nasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang keluar daripada mulut pembangkang, fikir secara logik tentang sesuatu isu yang ditimbulkan.
"Jangan biarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' pihak yang ingin memerah keringat anda. Mahasiswa ini tunjang masa depan negara, jadi mereka kena mula bertindak sebagai tunjang bukan perosak negara," katanya.
Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata tindakan mencabar Najib di Parlimen Pekan sebagai tindakan yang tidak menghargai kebebasan politik yang diberikan kepada mahasiswa menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.
"Mahasiswa sepatutnya menggunakan kebebasan itu untuk mendalami dunia politik negara sedalamnya. Bagi saya tindakan mahasiswa yang ingin menjadi wakil rakyat adalah sesuatu yang baik untuk politik negara kita, menunjukkan betapa generasi muda kita mahu membela nasib rakyat.
"Namun bila mahu bertanding lawan PM (Najib) itu tindakan yang sengaja dilakukan atas tujuan tertentu, bukan niat membela nasib rakyat atau mempelajari dunia politik. Lebih kepada cuba memperjuangkan kepentingan pihak tertentu yang memang kita tahu siapa pihaknya," katanya.
Zainal yang juga Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata kumpulan mahasiswa itu sebenarnya terperangkap dalam permainan politik yang akan menghancurkan masa depan mereka.
"Ini satu permainan sebenarnya, mahasiswa itu rasa gah bila mereka cabar perdana menteri. Itu nampak seperti mereka berperanan besar dalam perjuangan disuap pihak itu, tetapi realitinya mereka hanya satu budak yang boleh dikorbankan dalam catur politik pihak itu.
"Saya bimbang ia berterusan hingga mampu mempengaruhi mahasiswa lain, namun amalan demokrasi tidak menghalang mereka. Jadi apa yang penting sekarang jati diri mahasiswa itu sendiri perlu kukuh dalam menilai yang mana kaca dan yang mana permata," katanya.
-Agendadaily
Labels:
Pakatan Haram,
Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semua mat laun ni dudok bawah telunjuk aljubori, bodoh taraf haiwan...
Post a Comment