Saturday, April 18, 2009

Hadi sedia dicabar bagi jawatan Presiden PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan merebut jawatan nombor satu parti pada Muktamar PAS Jun ini berikutan desas-desus berlakunya pergolakan kuasa sehingga wujud dua pasukan di dalam parti itu.

Malahan beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai presiden kelak. LAGI

PRK : SPR mahu hadkan kehadiran penyokong




Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini. LAGI

Edisi Khas : Resolusi 6 / 2009 BPN - Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang




1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak. LAGI

Friday, April 17, 2009

PAS For All ??? Apa ni !!!


Saya tidak dapat meyusun ayat untuk mengambarkan apakah yang telah berlaku dengan parti PAS. PAS untuk semua.Persoalan saya hanyalah ,lihat gambar lain dan persoalannya

1. Sah kah sembahyang mereka Sami Buddha ini.

2. Sah kah sembahyang jemaah ini bila saf terpecah dengan orang bukan Islam

3. Ikhlas kah nawaitu mereka.

4. Apakah niat yang dibaca kan oleh Sami Buddha ini. Siapakah yang disembahkan .Adakah Allah hukabar yang dilafazkan.

5. Entahlah……..Bincangkan lah kerana mungkin anda yang lebih arif dan gambar menceritakan seribu perbuatan.






Sumber : KPMU.NET

PM - Peletakan jawatan Fairus satu mainan politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti semalam sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Mohammad Fairus itu adalah satu keputusan politik. LAGI

Elizabeth: bagaimana dengan isu dakwaan bersekedudukan yang belum selesai lagi?




Temuramah Agendadaily

Entah kenapa Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berjanji nak hubungi balik Agendadaily petang Khamis ketika diminta mengulas mengenai keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan Elizabeth Wong ‘masuk kerja’ balik... terus mendiam diri.

Soalan Agendadaily kepadanya ialah apakah pendirian PAS mengenai hal ini.

Pendirian PAS sebagai rakan pakatan pembangkang dikira penting memandangkan isu Elizabeth bukan saja melibatkan soal gambar bogelnya yang tersebar tetapi andaian tentang beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam,Hilmi Malek yang masih menghilangkan diri di luar negara sampai saat ini. LAGI

Sivakumar tiada kuasa gantung MB Perak - Keputusan Mahkamah Persekutuan



Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari Khamis memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Pera, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan negeri itu.

Keputusan tersebut diputuskan oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Aluddin Sheriff. LAGI

Ahli Parlimen PKR tidak setuju Selangor kekalkan Elizabeth


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri Selangor mengekalkan kedudukan Elizabeth Wong sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Selain meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pimpinan kerajaan negeri yang lain mengkaji semula keputusan tersebut, Zulkifli juga mengambil pendirian untuk memufaraqah atau memisahkan dirinya daripada keputusan tersebut. LAGI

ADUN Penanti letak jawatan, pilihan raya kecil keenam




Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu, yang diumumkan sembilan hari selepas pendiriannya melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil. LAGI

Wednesday, April 15, 2009

Bangkitlah Melayu !!!


Sila baca > Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

MELAYU PERLU BERSATU

Dalam gema laung Laksamana Hang Tuah” TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”. Betulkah kata-kata ini atau ianya sekadar Hang Tuah ingin memberi pesan kepada keturunannya supaya jangan leka kalau ingin terus berkuasa. Hang Tuah seorang yang perkasa lagi bijaksana, dan kita mesti bijak mentafsir kata-katanya dan jangan hanya sekadar mengambil bulat-bulat kata-kata hikmatnya itu sebagai azimat. LAGI

Sunday, April 12, 2009

Pemuda UMNO Perlu Bersatu!!!


Semuanya telah berjalan dengan selamat, Perhimpunan UMNO dengan pemilihan semua jawatan semuanya terungkai dan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua , itu kata-kata UMNO bagi memujuk hati kita kembali. Namun tidak semua yang dapat menerima bait-bait ungkapan ini dengan ikhlas hati . Apa-apa pun kita terpaksa terima demi kebaikan dan perpaduan UMNO . LAGI

Saturday, April 11, 2009

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.




Assalamualaikum,

Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.

Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya. LAGI

Khairy akui program Pemuda Umno 'syok sendiri'




Oleh : Muda Mohd Noor

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'.

"Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi. Seterusnya>>

Friday, April 10, 2009

Pengumuman - www.prokhairy.com

MAAF GANGGUAN TEKNIKAL - SILA LAYARI LAMAN INI MELALUI
http://www.prokhairy.blogspot.com/
TERIMA KASIH - ADMIN PROKHARY

BJ

Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri


Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

http://prokhairy.blogspot.com/

KJ - Barisan Kabinet Baru Kerajaan

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, dan barisan jemaah menteri yang dilantik oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini. Di samping itu, saya berterima kasih di atas pengiktirafan yang diberi kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan perlantikan YB Dato' Razali Ibrahim, selaku Naib saya, sebagai Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan.

Saya percaya barisan jemaah menteri ini mampu membantu YAB Perdana Menteri dalam usaha beliau membawa perubahan berdasarkan pendekatan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Saya telah dipanggil dan dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam bahawa beliau mahu saya menumpukan perhatian mengukuhkan Pemuda UMNO. Berdasarkan kepada kemerosotan sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional, kami berdua sepakat dan bersetuju bahawa tanggung jawab dan gerak kerja memenangi pengundi muda adalah satu komitmen sepenuh masa yang menuntut gandingan tenaga dan dedikasi untuk kerja-kerja parti tanpa sebarang tanggung jawab dalam pentadbiran kerajaan.

Kepada YAB Dato’ Seri Najib, saya ucapkan terima kasih di atas amanah yang diberi dan berikrar untuk memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau dan saya juga berjanji untuk bekerja keras untuk memperkasa dan mengukuhkan Pemuda UMNO.

Kepada ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO, terimalah pengumuman ini dengan hati yang terbuka dan terimalah juga cabaran yang diberi kepada kita untuk memenangi dan mengembalikan sokongan pengundi muda dengan penuh iltizam dan kesungguhan. Kita semua hendaklah menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan berkesan dan menyeluruh.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sumber : www.rembau.net.my

Thursday, April 9, 2009

Tahniah Diucapkan Kepada Barisan Angota Kabinet Baru



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini kecuali Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Ibrahim dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.


Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.


Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan belia dan sukan.



Turut dilantik ialah ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).


Manakala para menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.



Nota BJ : Perjuangan tetap diteruskan bagi memantapkan lagi perjuangan UMNO!!!


Salam Perjuangan

Salam Setiakawan

BJ

Enam senator baru angkat sumpah petang ini.





Menjelang pengumuman senarai kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini, enam orang - yang dipercayai turut disenaraikan - akan mengangkat sumpah sebagai senator petang ini.

Mereka ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Ketua Pemuda Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, bekas timbalan menteri kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Dewan Negara telah mengeluarkan notis mengenai upacara mengangkat sumpah senator baru itu petang ini.

Selepas gagal mempertahankan Parlimen Lembah Pantai dalam pilihanraya umum lalu, Shahrizat telah dilantik sebagai penasihat kepada perdana menteri dalam hal ehwal wanita.

Dalam pemilihan baru ini, beliau menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyandang jawatan ketua Wanita Umno.

Awang Adek adalah bekas penolong gabenor Bank Negara. Beliau mula bergiat serius dalam politik apabila dipilih sebagai timbalan Ketua Umno bahagian Bachok pada 2001.

Beliau turut diamanahkan memegang jawatan bendahari Umno Kelantan pada 2003 dan turut dilantik sebagai ketua penaja Umno Bachok.

Awang Adek memenangi kerusi Parlimen Bachok dalam pilihanraya umum 2004 dan dilantik sebagai timbalan menteri kewangan. Bagaimanapun, beliau tewas dalam pilihanraya umum 2008.

Manakala Chew merupakan timbalan menteri di kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, yang pernah diterajui oleh Shahrizat.

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula merupakan seorang ahli perniagaan dan pemimpin Umno dari Wilayah Persekutuan.

Manakala Jamil Khir pula merupakan pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu difahamkan, dalam satu perkembangan yang berkaitan, peruntukan kuota empat menteri untuk MCA dikekalkan, walaupun sebelum ini, timbul kebimbangan yang jumlahnya akan dikurangkan.

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.



Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.

Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

"Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman," katanya.

Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Peguam Sirul - Hasnal Rezua Merican - berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.