Friday, July 16, 2010

Khairy Beri Pandangan Bernas Bela Rakyat Dalam Pindaan Akta Sewa Beli 1967

By Hang Tegar

Semasa sessi perbahasan Rang Undang-undang Pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 pada Selasa lepas, YB Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah membangkitkan 4 cadangan bernas berkaitan pindaan terhadap Akta tersebut.

Berikut adalah intipati cadangan-cadangan beliau:

[1] Pada masa kini tidak ada sebarang undang-undang yang menyeragam atau mengawal amalan penarik kenderaan – yang ada cuma Guidelines on the Appointment and Conduct of the Repossessor,’ yang dikeluarkan oleh the Association of Finance Companies of Malaysia. Sehubungan dengan itu, selain pindaan positif ini yang semewangnya wajar bagi melindungi pengguna selaku pembeli kereta, Kerajaan juga harus mencari jalan atau mekanisme di mana amalan penarik kenderaan dapat dipantau dengan lebih efektif melalui penetapan garis panduan etika dan perilaku penarik-penarik kereta.

[2] Salah satu isu bagi pelanggan adalah caj yang dikenakan bagi penarikan balik dan penyimpanan (repossession and storage fees) yang tinggi dan berbeza-beza. Adalah dicadangkan agar caj ini dinilai dan dipertimbangkan supaya satu carta garis-panduan berkenaan caj ini dikeluarkan dan dijadikan sebahagian daripada Akta.
Pada masa sekarang caj penarikan kereta dan penyimpanan ditentukan secara arbitari oleh pihak Bank.

[3] Fasal 7 daripada RUU mencadangkan Seksyen 16 dipinda. Secara ringkasnya isu pokok bagi pindaan Seksyen 16 adalah berkenaan pembayaran 1/3 daripada jumlah hutang. Jika dibayar kurang daripada 1/3 maka pihak bank boleh mengambil kereta atau repossesses the vehicle secara direct atau terus tetapi jika peminjam telah membayar melebihi 1/3 daripada jumlah hutang, pihak bank hendaklah mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu.

Pendekatan ini adalah suatu yang positif dengan mana ia membezakan antara proses penarikan semula kereta bagi hutang yang sudah dibayar lebih tinggi berbanding pembayaran yang rendah dan memberi ruang sedikit, breathing space kepada penghutang dengan adanya keperluan untuk mendapatkan perintah mahkamah.

Namun, dalam aspek 1/3 pembayaran pinjaman ini - secara realitinya, kebanyakan peminjam sewa beli yang bermasalah adalah di bawah kategori peminjam yang menjelaskan kurang daripada 1/3, yakni pembeli kereta yang baru dan golongan muda yang baru menjejaki alam perkerjaan. Mereka dilingkungan umur 20-an dan 30-an adalah yang tergolong ramai di dalam kelompok ini dan banyak yang baru sahaja bekerja. Jadi, saya pohon agar Kementerian dapat mempertimbangkan untuk menurunkan kadar minima untuk perintah mahkamah ke satu kadar yang lebih rendah, mungkin 1/5 atau ¼ daripada jumlah hutang bagi meringankan beban peminjam terutama di situasi ekonomi sekarang.

[4] Dari segi perubahan berskala besar pula, adalah diharapkan agar Kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan supaya kesemua akta-akta, atau peruntukan yang melibatkan kredit pengguna di bawah akta-akta berkenaan, yang berkaitan dengan kredit pengguna digubal dan disatukan di bawah suatu akta iaitu akta kredit pengguna, sebagaimana amalan negara-negara membangun seperti United Kingdom dan juga New Zealand. Ini penting kerana undang-undang sedia ada tidak menyeluruh dan berpecah-pecah sebagai contoh Akta Pemberi Pinjaman Wang, Akta Pajak Gadai dan juga Akta Bank dan Institusi Kewangan. Perubahan ini akan pastinya lebih komprehensif dan mengambil kira kepentingan pengguna melebihi entiti-entiti lain.

Sumber: http://hang-tegar.blogspot.com/

PEMUDA GARIS TUJUH PERKARA TANGANI ISU PASIR SELANGOR

By: Cetusan Sahabat-Gunung

Shah Alam: Disekat- itulah yang berlaku di Bangunan SUK Selangor bila kumpulan yang mahu menyerahkan memorandum ‘Selamatkan Rakyat Selangor’ yang diketuai Ketua Pemuda Selangor, Dato’ Suhaimi Ghazali disekat di pintu utama Bangunan SUK oleh pasukan keselamatan serta anggota Polis selain penyokong-penyokong parti PKR-Pas.

Namun selepas berbincang dengan pihak keselamatan, hanya tiga wakil Pemuda UMNO dan NGO yang terlibat diketuai Dato’ Suhaimi Ghazali, dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada Azman Abidin, SUK Eksekutif kepada Menteri Besar Selangor.

Suhaimi ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut, mengakui tindakan menyerahkan memorandum ini dibuat bagi menunjukkan keprihatinan rakyat Selangor khususnya Pemuda UMNO dan NGO yang memandang serius kegagalan kerajaan negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pengurusan industri pasir di negeri Selangor.

“KSSB telah gagal mencapai matlamat pendapatan RM 150 juta bagi tahun 2009, sedangkan aktiviti pengeluaran pasir berlaku secara besar-besaran samaada halal ataupun haram diseluruh negeri Selangor.

Ini membuktikan kerajaan negeri dan KSSB gagal membanteras aktiviti percurian pasir yang sedang bermaharajalela tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang berkesan,”.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO dan NGO yang prihatin dengan isu perlombongan pasir ini mendesak dan menuntut kerajaan negeri mengambil tindakan tegas dengan membatal dan memberhentikan dengan serta merta semua permit dan aktiviti perlombongan pasir di atas tanah-tanah kerajaan dan persendirian yang melanggar syarat-syarat kelulusan termasuk permit kepada KSSB jika terbukti berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“Kerajaan negeri juga harus memberhentikan dan membatalkan dengan serta merta semua permit pengeluaran pasir di kawasan-kawasan yang didapati tidak sesuai dan boleh membawa kemusnahan alam sekitar dan bencana kepada negeri Selangor di samping menyediakan Kertas Putih mengenai masalah pengurusan dan operasi industry pasir di negeri Selangor termasuklah operasi KSSB.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri harus menarik balik dengan serta merta kuasa monopoli pengurusan industry pasir kepada KSSB dan serahkan semula kuasa pengendalikan galian dan mineral termasuk pasir di negeri Selangor kepada jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan yang selama ini telahg menjalankan tanggungjawab yang baik,” ujarnya.

Pemuda UMNO Selangor juga mendesak agar menamatkan perkhidmatan semua ahli-ahli lembaga pengarah KSSB dan mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana pegawai dan kakitangan KSSB yang telah terbukti menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng seterusnya memberhentikan dengan segera pemberian bonus kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai-Pegawai serta kakitangan KSSB.

Pasukan penguatkuasaan harus diperkemas dan dimantapkan, serta dianggotai jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan bagi membanteras sehingga ke akar umbi aktiviti mencuri pasir dan seterusnya mempastikan permit-permit pasir tidak disalahgunaan dan diselewengkan.

“Kita juga mendesak ditubuhkan dengan segera sebuah Jawatankuasa Bertindak (Task Force) yang bertanggungjawab dalam program pemulihan lombong-lombong pasir di seluruh negeri Selangor,” tambahnya yang memberikan masa seminggu kepada kerajaan negeri.

Sumber: http://www.sahabat-gunung.com

Khairy bongkar Anwar terima dana Amerika secara kotor!

By: Bro Jinggo

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mendedahkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memperdayakan (menyelewengkan) kerajaan Amerika bagi mendapatkan Dana kewangan sebanyak USD213 juta untuk Foundation For the Future (FFF) yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang berkenaan sebelum ini.

Dana berkenaan bukan sahaja tidak di sumbangkan kepada Foundation for the Future yang mana ianya kini sudah terbongkar.

Anwar pernah berkata Amerika Syarikat tidak pernah memberi dana walau satu sen pun tapi bukan sahaja sudah terbongkar terima dari dari Amerika tetapi melalui cara kotor!.



Menurut kata Khairy, Yayasan Masa Hadapan (FFF) yang dipengerusikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2006 pernah menerima dana AS$21.3 juta daripada Amerika Syarikat.

Khairy berkata laporan Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan (GAP) Amerika Syarikat yang dikeluarkan awal tahun ini menyatakan yayasan berkenaan menerima dana AS$21.3 juta (RM68.23 juta) yang disalurkan melalui Kongres Amerika bagi membiayai yayasan itu.

“Kongres Amerika sudah mengeluarkan AS$21.3 juta untuk yayasan itu dan ini jelas bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 2007 yang mendakwa tidak ada langsung dana yang diberikan Amerika kepada FFF.

“Tindakan beliau itu seolah-olah mahu menutup peranan Amerika dalam membiayai yayasan yang diterajuinya itu,”.

Yayasan berkenaan merupakan badan bebas yang ditubuhkan pada 2005 untuk membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Khairy berkata laporan GAP yang ditulis berdasarkan 267 dokumen yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika juga menyatakan Anwar turut memberi akuan tidak tepat kepada Kongres dalam usaha mendapatkan dana berkenaan.

Bagi mendapatkan dana itu, Kongres menetapkan FFF mesti mendapat dana secocok daripada negara lain, sedangkan laporan FFF menunjukkan yayasan itu hanya memperoleh kurang daripada AS$6.4 juta (RM20.49 juta), berbanding AS$22.26 juta (RM71.29 juta) yang ditetapkan, katanya.

“Beliau dituduh memberi akuan tidak tepat kepada Kongres kerana dalam perjanjian dengan kerajaan Amerika, beliau sebagai pengerusi menyatakan yayasan berkenaan mendapat komitmen daripada kerajaan lain termasuk Qatar dan negara Timur Tengah tapi sebenarnya tidak dapat,” katanya.

Khairy desak Penasihat PKR beri penjelasan

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik...


By: Bro Jinggo

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa hari ini.

Kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakn untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

Harga gula naik sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram.

Ini bermakna Harga gula di pasaran akan dijual RM1.75 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Thursday, July 15, 2010

Razali tetap sokong Khairy kekal Sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia

Oleh: ROSLI ISMAIL

Datuk Razali Ibrahim adalah salah seorang ahli politik yang cukup senang ditemui wartawan untuk mendapatkan komen mengenai sesuatu isu.

Namun dari raut wajahnya mulanya nampak agak keberatan untuk mengulas mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin sedang ‘ timbang secara serius’ untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Hal ini dapat difahami kerana sebagai Naib Ketua Pemuda,kata orang silap cakap nanti lain yang disangka.

Ketika ditemui Agendadaily di lobi Parlimen petang Rabu,Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu mengakui sebelum ini soal Khairy hendak mempertahankan atau tidak jawatan nombor satu dalam pergerakan itu tidak pernah dibincang dalam mesyuarat Exco atau diperbualkan sesama mereka.

“Pada pemilihan akan datang akan ada pertandingan (perlembagaan parti tidak menyekat sesiapa nak bertanding mana-mana jawatan).Yang penting Khairy bukan kata beliau nak lepaskan jawatan sekarang,”katanya.

Menurut Razali beliau sebagai orang nombor dua tetap menyokong kepimpinan Khairy.

Katanya soal pemilihan jawatan parti adalah soal akan datang tetapi yang penting sekarang semua ahli pergerakan itu bersatu dengan kepimpinan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Ditanya tidakkah kenyataan Khairy itu menandakan ada sesuatu masalah dalam pergerakan itu,Razali menolak andaian itu.

“Mungkin (kenyataan) itu atas rasa tanggongjawab….dia nak bagi peluang kepada muka baru atau nak meremajakan lagi Pemuda UMNO.Ada banyak alasan…kenyataannya sangat ringkas,”ujarnya.

Kata Razali jika benar Khairy tidak mahu mempertahankan jawatan dalam pemilihan akan datang itu adalah haknya.

“Itu termaktub dalam perlembagaan…hak ahli menawarkan diri bertanding atau jadi perwakilan ..memegang jawatan..atau nak lepaskan jawatan…itu tak jadi soal.

“Bagi saya apa jua pandangan Khairy…tumpuan pada pilihanraya lebih diutamakan…kita bukan kata pilihanraya datang dulu…cuma pilihanraya adalah tumpuan.

Ditanya lagi sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO soalan wajib yang pasti semua orang akan tanya apakah beliau akan menawarkan diri jika ada kekosongan kelak,Razali segera menjawab,…’eh…tak fikir lagi…janganlah…

‘Sebenarnya kita dalam satu pasukan..soal saya nak bertanding ke tidak...tidak timbul…sebab…jika kita dalam pasukan ini gagal mentabir Pemuda dalam pilihanraya akan datang…maka tak patut timbul orang yang gagal akan bertanding.

“Jadi saya pun kena buat kerja juga sekarang…kalau kita gagal jalakan tugas…ini bukan soal kita nak atau tidak..ini soal ahli UMNO yang akan tentukan siapa yang layak.

‘Untuk menentukan siapa yang layak…siapapun Pemuda hari ini buat kerja betul-betul supaya mereka kelihatan layak menduduki jawatan itu.

‘For all you know..walaupun Khairy kata nak lepaskan jawatan tapi orang masih kata nak dia…dia kekal juga…

“Cuma dalam pemilihan akan datang kita ada format baru…dimana yang nak bertanding daftarkan diri…mungkin saya tak tahu…saya pun belum terfikir nak tawar diri…iu tanggongjawab bukan jawatan…itu saya tak pernah fikir lagi..kalau fikir takut..

Kepada soalan lain,Razali tidak melihat kenyataan Khairy itu akan melemahkan semagat Pemuda UMNO.

“Tidak…sekarang ini kena buat kerja kan…kalau buat kerja tak kan (kenyataan Khairy itu) nak lemahkan semangat.

“Nombor dua…kalau dia buat kerja bagus…kita tak akan lepaskan dia.

“Kita pernah tengok Tun Dr Mahathir dulu nak letak jawatan…orang tak bagi..maknanya perkara itu boleh berlaku bila tiba masannya nanti.“Masa ini Khairy tak kata dia nak letak jawatan sekarang…dia tak kata dia nak lari dari tanggongjawab…Cuma dia menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan pada masa datang.

“Jadi kalau ada orang fikir nak bertanding nanti…buat kerja betul-betul..jangan fikir nak bertanding saja,”katanya.

Sumber: Agendadaily

Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'


Khairy sedia memberi laluan kepada bakat baru!