By Hang Tegar
Semasa sessi perbahasan Rang Undang-undang Pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 pada Selasa lepas, YB Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah membangkitkan 4 cadangan bernas berkaitan pindaan terhadap Akta tersebut.
Berikut adalah intipati cadangan-cadangan beliau:
[1] Pada masa kini tidak ada sebarang undang-undang yang menyeragam atau mengawal amalan penarik kenderaan – yang ada cuma Guidelines on the Appointment and Conduct of the Repossessor,’ yang dikeluarkan oleh the Association of Finance Companies of Malaysia. Sehubungan dengan itu, selain pindaan positif ini yang semewangnya wajar bagi melindungi pengguna selaku pembeli kereta, Kerajaan juga harus mencari jalan atau mekanisme di mana amalan penarik kenderaan dapat dipantau dengan lebih efektif melalui penetapan garis panduan etika dan perilaku penarik-penarik kereta.
[2] Salah satu isu bagi pelanggan adalah caj yang dikenakan bagi penarikan balik dan penyimpanan (repossession and storage fees) yang tinggi dan berbeza-beza. Adalah dicadangkan agar caj ini dinilai dan dipertimbangkan supaya satu carta garis-panduan berkenaan caj ini dikeluarkan dan dijadikan sebahagian daripada Akta.
Pada masa sekarang caj penarikan kereta dan penyimpanan ditentukan secara arbitari oleh pihak Bank.
[3] Fasal 7 daripada RUU mencadangkan Seksyen 16 dipinda. Secara ringkasnya isu pokok bagi pindaan Seksyen 16 adalah berkenaan pembayaran 1/3 daripada jumlah hutang. Jika dibayar kurang daripada 1/3 maka pihak bank boleh mengambil kereta atau repossesses the vehicle secara direct atau terus tetapi jika peminjam telah membayar melebihi 1/3 daripada jumlah hutang, pihak bank hendaklah mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu.
Pendekatan ini adalah suatu yang positif dengan mana ia membezakan antara proses penarikan semula kereta bagi hutang yang sudah dibayar lebih tinggi berbanding pembayaran yang rendah dan memberi ruang sedikit, breathing space kepada penghutang dengan adanya keperluan untuk mendapatkan perintah mahkamah.
Namun, dalam aspek 1/3 pembayaran pinjaman ini - secara realitinya, kebanyakan peminjam sewa beli yang bermasalah adalah di bawah kategori peminjam yang menjelaskan kurang daripada 1/3, yakni pembeli kereta yang baru dan golongan muda yang baru menjejaki alam perkerjaan. Mereka dilingkungan umur 20-an dan 30-an adalah yang tergolong ramai di dalam kelompok ini dan banyak yang baru sahaja bekerja. Jadi, saya pohon agar Kementerian dapat mempertimbangkan untuk menurunkan kadar minima untuk perintah mahkamah ke satu kadar yang lebih rendah, mungkin 1/5 atau ¼ daripada jumlah hutang bagi meringankan beban peminjam terutama di situasi ekonomi sekarang.
[4] Dari segi perubahan berskala besar pula, adalah diharapkan agar Kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan supaya kesemua akta-akta, atau peruntukan yang melibatkan kredit pengguna di bawah akta-akta berkenaan, yang berkaitan dengan kredit pengguna digubal dan disatukan di bawah suatu akta iaitu akta kredit pengguna, sebagaimana amalan negara-negara membangun seperti United Kingdom dan juga New Zealand. Ini penting kerana undang-undang sedia ada tidak menyeluruh dan berpecah-pecah sebagai contoh Akta Pemberi Pinjaman Wang, Akta Pajak Gadai dan juga Akta Bank dan Institusi Kewangan. Perubahan ini akan pastinya lebih komprehensif dan mengambil kira kepentingan pengguna melebihi entiti-entiti lain.
Sumber: http://hang-tegar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment