Saturday, September 24, 2011

Kesian Anak Papa: Video 'Undilah' Belum Diluluskan Untuk Siaran - SKMM


Kesian anak papa siang malam menyalak sebab video lakonannya tidak dapat disiarkan hahahaha! Apa yang bestnya dengan video ni sampai Nurul Izzah tak boleh tidur malam selagi video tu tidak disiarkan?

Mesti ada sebabnyakan.... Kalau tak video tu mempunyai unsur propaganda dari Pakatan menghasut minda rakyat, takkan Nurul Izzah nak gedik siang malam desak supaya video tersebut disiarkan...


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan bahawa arahan penarikan video 'Undilah'adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) tersebut masih belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM hari ini, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.

"Di dalam kes pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo dan atas hasil pemantauan pematuhan secara rutin yang dibuat oleh SKMM, di dapati PKA tersebut belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen. Oleh itu PKA tersebut tidak sepatutnya disiarkan di televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan,” kata SKMM.

Menurut SKMM, demikian juga di bawah AKM 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

"Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA tersebut,” kata kenyataan itu.

Isu Hudud: Karpal Singh Kata Nik Aziz Nyanyuk! Mudah Lupa!


Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan DAP boleh memilih untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya membantah rancangan PAS menubuhkan sebuah negara Islam.


“Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar PAS yang diadakan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Karpal menyebut resolusi PAS bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.

“Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu,” katanya.

Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju hasrat kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud dan hasrat parti itu menubuhkan negara Islam.

Terer betul dia orang berlakon.. kalah Rosyam Nor!

Tak Puas Hati, Nik Abduh Nik Abdul Aziz Ludah Muka Karpal Singh!



Pakatan pembangkang yang kononya disebut "Pakatan Rakyat" adalah suatu "Pakatan Rosak". Ketidaksefahaman tentang pelbagai perkara menjadikan pakatan haram ini amat merbahaya jika diberi peluang. Negeri yang mereka perintah kini menghadapi pelbagai masalah.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mesti menghormati pendirian kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia adalah hak masyarakat beragama Islam sebagaimana Pas menghormati sebarang tuntutan orang bukan Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, suara-suara penentangan yang mahu menyekat pelaksanaan hudud termasuk oleh Karpal Singh tidak boleh diterima pakai kerana ia berlawanan dengan objektif pakatan pembangkang sendiri yang memperjuangkan hak kebebasan rakyat.

Beliau mendakwa, penduduk di negeri ini sudah bersedia untuk melihat hudud dilaksanakan setelah lebih 20 tahun mereka berada di bawah kerajaan Pas.

“Pakatan pembangkang menuntut kebebasan untuk rakyat dalam semua aspek, orang bukan Islam ada haknya dan orang Islam juga ada haknya kedua-duanya kita bagi.

“Jadi, sebarang unsur dan suara yang mahu menyekat kebebasan ini kita tolak, asasnya begitu, tidak kira penentangan itu daripada Pas sendiri atau DAP.

“Rakyat Kelantan yang sudah memilih Pas lebih 20 tahun jelas mahukan hudud, tiada sebab rakyat pilih kita tetapi tolak hudud kerana kitalah satu-satunya parti yang memperjuangkannya sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan kuliah di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Nik Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi Karpal Singh sebelum ini yang menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atas alasan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Karpal Singh itu mendapat perhatian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang tidak kisah sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan hudud.

Nik Abduh berkata, walaupun beliau tidak menganggap Karpal Singh sebagai individu yang menyusahkan Pas, tetapi pemimpin DAP itu tidak seharusnya mendendangkan lagu serupa setiap kali isu mengenai hudud diutarakan.

“Ini benda lama, jadi bila Karpal Singh mengulang benda lama, ayah (Nik Abdul Aziz) pun beri jawapan lama iaitu kami tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak bersetuju dengan hudud.

“Kita hormat Karpal Singh kerana beliau adalah pejuang yang konsisten melawan kezaliman dan dia juga kena hormat kepada kita,” katanya.

"Over my dead body"