Wednesday, September 28, 2011

Pemuda UMNO Minta Teliti Mansuh Seksyen 15 AUKU


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, permintaan memansuhkan Seksyen 15 itu disuarakan golongan mahasiswa menerusi kaji selidik yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas.

"Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Selangor semalam.

Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini

Burukkan Nama Baik Johor: Azalina Palam Guan Eng!


Agendadaily: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu meminta maaf kepada semua rakyat Johor berikutan kenyataan biadapnya mengatakan negeri itu tidak selamat untuk dikunjungi.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP itu berniat jahat dan amat dikesali..

"Johor lebih selamat dan stabil bukan sahaja aktiviti pelaburan malah untuk membeli-belah, bercuti dan bersiar-siar berbanding Pulau Pinang yang sering belaku demonstrasi dan bantahan berikutan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Guan Eng,"katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, setiap hari terutama hujung minggu berduyun-duyun warga Singapura memasuki negeri ini dengan berbagai tujuan.

"Jika kita perhatikan tiap kali petang Jumaat hingga mencecah pukul 12 malam banyak kenderaan Singapura memasuki Johor dan menginap sama ada di hotel-hotel ataupun rumah saudara mara hingga petang Ahad," katanya.

Bahkan jelas beliau, pada hari-hari perayaan dan cuti sekolah, pusat membeli-belah, pasar raya besar dan di Pasar Tani Larkin dikuasai oleh warga Singapura.

"Mereka bukan sahaja menjalankan aktiviti itu dengan santai malah keperluan seperti minyak petrol, mengubah suai dan menghias kenderaan dan mencuci kenderaan semua dilakukan di bandar raya ini,"katanya lagi.

Guan Eng dalam satu pertemuan dengan Kelab Wartawan Asing di Singapura baru-baru ini mengatakan Johor banyak berlaku kejadian jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Jelas Azalina, kenyataan Guan Eng tidak benar sama sekali kerana ramai warga Singapura memilih bercuti di Johor.

"Mereka memilih ke Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Punggai, Kampung Sungai Kapal dan banyak lagi dan kenyataan Guan Eng itu berniat jahat dan dia mesti meminta maaf kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan seluruh rakyat Johor amnya, " katanya.

Sebelum ini, Abdul Ghani ketika mengulas isu yang sama berkata, tuduhan Guan Eng itu tidak benar dan menegaskan Johor adalah negeri yang aman dan berkembang dari segi ekonomi selain kadar jenayah yang terkawal.

Dakwaan Guan Eng bahawa Pulau Pinang mendahului negeri lain dalam sektor pelaburan adalah tidak benar kerana Johor antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras yang tertinggi di Malaysia.

"Di Iskandar Malaysia saja, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun yang mendatang. Jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka jauh ketinggalan," katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat Malaysia dan Johor khususnya menilai kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng dan tidak terpengaruh dengan cubaannya untuk memburukkan imej negeri.

Lim Guan Eng Akan Di Dakwa Oleh Polis Johor!

Sudah la apek! Baru setahun jagung memerentah dah nak tunjuk bagus!

Polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.

Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati.

"Kenyataan beliau kononnya sesiapa sahaja dari Singapura yang datang berurus niaga di negeri ini tidak selamat dan akan diculik oleh penjenayah adalah amat dikesali dan jelas ia adalah tidak benar sama sekali.

"Trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan negeri ini jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri ini adalah terjamin bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi juga rakyat asing," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dan disiarkan sebuah stesen tempatan kemarin.

Transkrip Temu Ramah Guan Eng Dengan FCA di Singapura

KJ Cabar Nik Aziz Laksanakan Hudud di Kelantan

Pemuda Anjur Pentas Patriot Salur Kisah Sebenar Sejarah Negara