Tuesday, September 27, 2011

Pemuda Anjur Pentas Patriot Salur Kisah Sebenar Sejarah Negara


Pemuda UMNO akan menjadi pemudah cara kepada kepada bekas-bekas tentera serta polis dan pihak lain dalam usaha menyalurkan kisah sebenar sejarah lalu kepada umum agar ianya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Serentak dengan komitmen berkenaan, pergerakan itu akan menganjurkan Pentas Patriot berhubung isu kontroversi yang ditimbulkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang menganggap komunis sebagai hero berbanding pihak polis.

“Kita akan bekerjasama dengan bekas-bekas perajurit dalam usaha memastikan sejarah sebenar dapat diketahui umum. Kita akan mulakan pentas berkenaan di Bukit Kepong, Parlimen Pagoh di Johor pada 29 Okt ini dengan kerjasama beberapa persatuan bekas polis dan askar serta pejuang peristiwa berdarah itu.

“Selain ceramah, kita juga akan mengadakan pertandingan esei untuk pelajar sekolah pada sebelah siang selain taklimat daripada bekas anggota keselamatan. Kita akan terangkan isu ini kerana ia sangat sensitif kepada semua pihak lebih-lebih lagi pejuang kemerdekaan serta perkara yang membabitkan sejarah.

“Pemuda tidak akan benarkan mana-mana pihak untuk memutar belit sejarah demi kepentingan mana-mana pihak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), berkata seiring dengan langkah kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, beliau berharap kerajaan turut memberi perhatian terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

“Kita berharap kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini. Permintaan ini disuarakan golongan mahasiswa menerusi BN Youthlab yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas.

“Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik,” katanya. -Umno-Onlie

1 comment:

Anonymous said...

pentas patriot? untuk rakyat bangla, nepal ber ic kan malaysia?