Thursday, October 6, 2011

Sambutan Mat Sabu Di Rembau Hambar! #marxsabu

Promosi bagai nak rak! Sambutan Hampeh!


Tapak ceramah Mat Sabu... hanya 1 kemah sahaja....

Inilah lautan bendera yang di katakan oleh Chegu Bard PKR
 menerusi laman twitternya....


Hanya berapa kerat sahaja bendera di gantung....

Gambar-gambar diatas sebelum ceramah bermula... dan telah berlaku pergaduhan sebentar tadi di percayai bermula dari kedangkalan puak PAS dan PKR yang datang dari luar Negeri Sembilan... Seperti yang dijangkan mereka akan buat kecoh dulu dan akan menunding jari kepada pihak yang lain.... 

Bagaimana pun keadaan terkawal...

Gambar sebelah malam selepas ini... 

Anwar is Dead: Peguam Anwar Minta Perbicaraan Secara Tertutup


Kira-kira 20 minit perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung untuk sesi petang, barisan pembelaan memohon agar perbicaraan dbuat secara tertutup memandangakn saksi pembela ketujuh, pakar bedah ortopedik, Dr. Thomas Hoogland akan dirujuk kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan berhubung kejadian liwat.

Katanya Dr Hoogland mahu memberi keterangan yang sensitif berkenaan latar belakang kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kaitan dengan kes liwatnya dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kali pertama, pihak pembela mohon keterangan tertutup ketika pengadu mahu menerangkan secara terperinci Anwar meliwatnya.

Kali ini pula pihak pembela mohon lagi keterangan tertutup ketika Dr Hoogland mahu menerangkan sesuatu yang sensitif berkenaan Anwar.

Apa agaknya isi keterangan Dr Hoogland tersebut?

Anwar is Dead!

Liwat II Anwar is Dead!: Saksi-saksi Yang Dibawa Anwar Jadi Bahan Ketawa


Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip berkata beliau “simpati” dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditertawakan orang ramai berhubung perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu.

Menurut beliau langkah Anwar membawa saksi seperti Dr. Brian McDonald dan sebagainya ke mahkamah diperkatakan umum apabila dilihat tidak membantu beliau untuk berdepan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh tokoh pembangkang terbabit.

“Saya sedikit pun tidak berniat untuk mempertikaikan usaha para peguam Anwar berhubung langkah berkenaan. Dan saya sama sekali tidak berniat untuk menghina mahkmah. Dan saya juga tidak berniat untuk menggangu perjalanan perbicaraan tersebut.

“Cumanya saya simpati dan orang ramai juga keliru kerana saksi yang dikemukakan di mahkamah seolah-olah menjerat diri beliau sendiri.

“Adalah lebih baik dan wajar Anwar mengemuakan saksi seperti pemilik rumah, orang gaji atau pun mereka yang sedia menawarkan diri menjadi saksi kepada Anwar seperti Ezam Mohd Noor, Datuk N.Nallakaruppan, Anuar Shaari dan sebagainya lagi sebelum ini yang beriya-iya menyatakan kesediaan untuk dipanggil.

“Namun Ezam dan bebeberapa bekas pimpinan PKR sebelum ini termasuk bekas peguam Anwar dahulu, Datuk Zulkifli Nordin tidak dipanggil. Sebaliknya yang lain pula dipanggil. Apa pun terpulanglah kepada Anwar tetapi saya cukup bersimpati kerana orang ramai bercakap dalam soal ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini, pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepada Dr. Brian McDonald bahawa, beliau bukannya pakar DNA sepertimana diputuskan oleh sebuah mahkamah daerah di Australia semasa perbicaraan satu kes jenayah pada 2007.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semasa membacakan keputusan mahkamah di Barat Australia itu berkata, mahkamah berkenaan telah mengeluarkan perintah bahawa McDonald tidak dibenarkan memberi keterangan sebagai pakar selepas memutuskan keterangan McDonald tidak boleh diterima.

Zahid seterusnya berkata beliau bukanlah pakar dalam perundangan, namun melihat kepada perkembangan perbicaraan berkenaan, perbualan orang ramai di bawah seolah-olah ada kebenarannya.

“Saksi yang dikemukakan ke mahkamah seolah-olah tidak ada relevan. Pada waktu dan saat ini, saya nampak Anwar kurang cerdik kerana memanggil saksi yang pada saya bukan relevan. Orang ramai ketawakan beliau dan itulah yang saya simpati sangat-sangat,” katanya. -MediaUMNO

Liwat II : Mahkamah Putuskan DS Najib, Rosmah Tidak Perlu Jadi Saksi


Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak perlu tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.

Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.

Penyokong Tegar PAS Isytihar Keluar Parti


Seramai 130 penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.

Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan.

Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.

Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.

"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

"Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.

Mohamad turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas, tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.

Bagi Che Roslan Li, 43, pula, dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas di sini yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.

"Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya," dakwanya. -UM

Wednesday, October 5, 2011

SAMM PKR Sedia Lancarkan 50 Ribu Risalah Haram Dengan Tujuan Fitnah Rosmah!


Risalah haram setebal 12 muka surat sedia untuk dilancarkan oleh pengerak Anak Muda Keliru - SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) PKR sebanyak 50ribu naskah dengan tujuan untuk memfitnah isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah.

Menurut kata salah sebuah blog Pakatanis setiap penerima wajib membuat 12 salinan dan sebarkan kepada 12 rakyat lain, dan penerima salinan juga wajib membuat 12 salinan dan sebarkan juga kepada 12 rakyat yang lain.

Saya berharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan dan menghentikan niat jahat mereka ini kerana ianya boleh mengelirukan rakyat dan sudah tentunya risalah HARAM ini salah dari segi undang-undang.

CEO GLC Bantu PAS Dan DAP Kumpul Dana PRU 13


Semasa pilihanraya negeri Sarawak beru-bru ini, The Unspinners telah dedahkan SP Setia sebagai pembiaya pilihanrya DAP. Baca sini.

PNB yang merupakan pemegang besar saham dalam SP Setia mengumumkan berikut:


PNB buys 23.5 million SP Setia shares in open market

September 30, 2011

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB), which has made a mandatory general offer to take over property developer, SP Setia Bhd, is accumulating the shares in the open market.

In a filing to Bursa Malaysia, SP Setia said PNB has bought 23.5 million shares in the open market at RM3.868 a share, about four sen below the RM3.90 price PNB offered for the remaining shares that it did not own.

PNB, as of yesterday owned 33.17 per cent stake in SP Setia, which triggered the mandatory general offer.

SP Setia founder, Tan Sri Liew Kee Sin, has 11.26 per cent stake and SP Setia foreign shareholding now stood at 21 per cent.

At 12.30pm, SP Setia shares were up one sen to RM3.88. -Bernama

Sebagaimana Sime Darby dan E&O yang menyebabkan kontroversi mandatory general offer, PNB juga akan melakukan MGO.

Bukankah dengan mandatory general offer, pemegang saham dan founder Liew Kee Sin akan dapat menjual sahamnya dengan mudah. Ini membolehkannya menyumbang lebih banyak kepada DAP.


Satu perkara yang membuatkan kami mengesyaki usaha untuk membina dana pilihanraya adalah CEO Hamad Kama Piah.

Hamad Kama Piah adalah orang Khalid Ibrahim di PNB.

Dia pun berasal dari Kelantan yang mana dia disyaki sebagai saluran untuk PKR dan PAS.

Jika ditanya, PNB pasti akan memberi justifikasi bahawa SP Setia sesuai dengan strategi mereka untuk melabur untuk REID.

Selain SP Setia, syarikat gergasi yang telah dikenalpasti menyumbang kepada dana pilihanraya DAP adalah Lee Rubber, Hong Leong, Ivory Properties, dan lain2.

IOI yang Pengerusinya pernah merupakan bekas Presiden MCA dan pernah menyumbang utama keapda MCA pun menyumbang kepada pembangkang.

Rasminya Genting menyumbang kepada kedua-dua pihak BN dan pembangkang.

Banyak syarikat2 Cina menjadi berani menghulurkan dana kepada DAP sebaik saja Pulau Pinang dan Perak sebentar jatuh.

Kaum Cina dah rasa darah menggelegak kemaruk nak kuasa.

-Unspinners

Hello Namewee! Lu... Apa Khabar Sohai....?


Masih ingatkah lagi.. Satu masa dulu kecoh negara tatkala penyanyi Faizal Tahir yang buat aksi tanggal baju ketika konsert TV8, sehinggakan pihak TV stesen dan pelbagai pihak mengecam dan mengadakan sekatan dan tindakan terhadapnya.

Beliau seorang penyanyi popular Faizal Tahir di kenakan tindakan tegas diatas perbuatannya itu, berbulan-bulan Faizal digam di Radio dan TV...

Bagaimana pula dengan si Namewee yang tidak di kenakan apa-apa tindakan langsung di atas perbuatan biadapnya memaki Utusan dengan kata-kata lucahnya secara terbuka di you tube? Adakah kerana Namewee tidak tanggalkan baju masa itu, pihak berkuasa tutup mata sebelah saja? Apa keistimewaan Namewee ni?

Dia masih bebas... Tidak mendapat apa-apa hukuman berat? Percaya atau tidak dia pasti akan melakukannya lagi!

Lu orang apa susah maa?


Saksikan video dibawah... Saje nak tanya Namewee, lu... apa khabar SOHAI!

Banner 'DAP Ganti PAS' Di Perak Bikin Puak PAS Kepanasan!

Rakyat Perak suka gantung banner kutuk PAS kah! Kah! Kah! Bukan sekali dua perkara macam ni berlaku bro...

Puak PAS pulak suka menunding jari tuduh Umno punya kerja! Buruk benar perangai orang PAS ni yeop! Nama je Islam tapi perangai mengalahkan bapak setan!

Tak habis-habis nak salahkan orang Umno, buat tuduhan tanpa bukti!

'Banner' yang tertera 'DAP GANTI PAS' didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Batu Gajah semenjak beberapa hari lalu.

Keje sapa ni yeop?

Ekoran perbuatan tersebut, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Sdr Rosdy Abdullah berkata beliau percaya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu fitnah jahat yang berbaur hasutan dan berniat untuk memburukkan dan mengaibkan nama PAS.

Walhal rakyat Perak sudah bosan dan meluat dengan cara kepimpinan PAS sekarang yang dilihat kecut telo dengan DAP terutamanya dalam melaksanakan undang-undang Islam!
Mereka juga mahu puak PAS nyah dari Perak kerana parti tersebut dilihat sebagai sebuah parti yang tidak bermaruah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Chegu Bard Lapar Dahagakan Publisiti - Bawa ‘Gangster’ PKR Di Ceramah Mat Sabu!


Chegu Bard atau nama gelinya Badrul Hisham Saharin akan menjadi kurang warasnya apabila setiap kali bulan mengambang tiba.... Si badut ni juga adalah calon PKR yang dikalahkan oleh KJ di P.131 Rembau. Bukan setakat kalah saja malahan tak pernah menang setiap kali namanya di calonkan.

Menurut maklumat yang di terima dari rakan-rakan di Seremban malam esok Chegu Bard yang mengupah budak-budak bermotosikal akan membuat kecoh di ceramah Mat Sabu.

Di antara arahan yang di keluarkan oleh Chegu Bard malam ini ialah budak-budak upahan tersebut di kehendaki menyamar sebagai Samseng Pemuda Umno, lepas macam biasalah... Dia orang akan kata yang samseng itu Umno yang baik itu puak Pakatanis! Senang sikit Chegu Bard nak dapat publisiti murahan nanti!

Selain daripada itu Chegu Bard juga sudah mewar-warkan yang pemuda Pakatanis akan berkampung di Seremban..

Confirm esok lusa, muka Chegu Bard dan Mat Sabu keluar di akbar utama, tajuk Pemuda Umno buat kecoh di Ceramah Mat Sabu... Politik bro... Politik murahan sudah menjadi lauk Pakatanis!!

Silap-silap dia orang ni lah yang lempar bom petrol di rumah Mat Sabu tempohari...

Seterusnya baca di sini...

Mata Sepet Jeles Dengan Jelitawan MCA


Ada jugak puak mata sepet yang jeles bila MCA bawa masuk jelitawan hadir ke majlis Mesyuarat Pemuda MCA... mungkin jelitawan ini bakal menggugat kedudukan ranking aso dan nyonya tukang karut dari parti DAP yang dikatakan semakin tidak relevan.

Ini jelitawan real punya, rakyat Malaysia bukan Chinadoll bro! lai... lai... lai... Kalau nak berkenalan mari join MCA sekarang!

Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya.


Semalam, ketua Beliawanis MCA, Tee Hooi Ling menolak dakwaan bahawa wanita berkenaan bukan ahli bona fide parti itu.

"Hal ini tidak benar, mereka adalah semua ahli. Jika tak silap, ada antara mereka adalah dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh tergamak membuat dakwaan seumpama itu," katanya.

Tee berkata bahawa ia "sangat menjijikkan" untuk netizens (warga di internet) mempersoalkan keanggotaan wanita berkenaan semata-mata kerana mereka berpendapat wanita itu cantik.

Katanya, ahli-ahli Beliawanis itu hadir pada Sabtu lalu kerana menerima jemputan Pemuda MCA yang akan membuka sayap itu kepada ahli-ahli wanita tahun depan.

"AGM hanya untuk perwakilan pusat, dan Beliawanis daripada beberapa bahagian telah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan untuk menjadi pemerhati," katanya. Walau bagaimanapun Tee tidak pasti bahagian-bahagian yang dijemput itu.

Menurut beliau gambar-gambar ahli Beliawanis MCA yang terpampang di dada akhbar itu adalah ahli "yang agak baru", sambil menambah bahawa Pemuda MCA boleh mula merekrut ahli-ahli wanita sebelum dasar itu menjadi rasmi.

Beliawanis sebelum ini ditempatkan di bawah Wanita MCA dan khusus untuk ahli-ahli wanita yang berusia 18 hingga 35.

Pakatanis: Janji Manifesto PRU Ke-12 Terbarai... Ada Hati Bentangkan Bajet 2012!


Pembentangan bajet Ali Baba oleh Anwar Ibrahim semalam, membuatkan hampir seluruh rakyat mentertawakan beliau... Kotakan segala janji yang dibuat pada PRU ke -12 sebelum bentang bajet bro....

Sudahlah Anwar! tak habis-habis nak menipu... rakyat tak sebodoh yang mereka fikirkan! Sekarang zaman internet di hujung jari maaa! bangsat punya Namewee!( FXXX Namewee, salah guna medium multimedia)

Pakatanis, mereka boleh janji apa sahaja. Tapi bila mereka dah jadi kerajaan seperti di Selangor, tengoklah apa yang mereka dah buat? Ini cadangan, belanjawan, manifesto sebelum mereka memerintah, dia boleh janji macam-macam... Tu... tengok banner kat atas dah naik lapok! APA PUN TAK BOLEH!

Apa dah jadi dengan Yayasan Selangor? Jual tanah, jual pasir, jual tanah yang kita dah tanam pun macam di Kg Bukit Kerandang, Hulu Selangor pun nak diambil dan dijual, jual bangunan macam Kompleks PKNS dan SACC Mall. Itulah kerja mereka, ini semua politik murahan Pakatanis!


Antara janji pakatan pembangkang pada pilihanraya umum lalu ialah untuk memberi bantuan bulanan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery, RM50 sebulan seorang bagi anak pendidikan pra-sekolah, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas kepada suri rumah sepenuh masa, bonus RM6000 setiap keluarga yang berpendapatan RM6000 ke bawah, turunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan pelbagai janji lagi.

Tuesday, October 4, 2011

Anwar is Dead!: Lagi Aksi Video Seks Terbaru Anwar Di Thailand Part II - บราเดอร์บราเดอร์ที่รัก




CSI Siam - บราเดอร์บราเดอร์ที่รัก


Aku dah cakap Video ni ada di tangan blogger-blogger tertentu... tunggu masa saja nak ledakkannya! meh geli-geli sikit dulu.. tengok Anwar berjalan ke katil tersebut!

Tujuan video ini di keluarkan sebenarnya bukan lah untuk mengaibkan Anwar atau menaikkan hits blog.... tujuan sebenarnya ialah untuk memberi kesedaran kepada penyokong yang taksub kepada Anwar untuk supaya lapakan dada dan cuba berfikir secara waras....

Bukan sekali dua Anwar KANTOI bro... fikir-fikirkanlah!

P/S: Gomo, GAP, Padi Jantan... Weh yang korang nak peram lama sangat video tu buat apa? syok ke layan?


Tiket Penerbangan Anwar Ke Bangkok Di Dedahkan (MH782, MH785)

Video Seks Anwar Panas Kembali!

20 Tahun Rakyat Kelantan Minum Air Kotor


Dalam hiruk pikuk kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan, ramai pihak tertanya-tanya apakah beliau selaku Menteri Besar telah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat negeri itu dari pelbagai sudut termasuklah soal fardhu kifayah.

Masalah air bersih yang berlarutan hingga ke hari ini yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan, masalah kebersihan dan pelbagai masalah sosial lain yang dituturkan menyebabkan kesungguhan Nik Aziz dalam soal hudud menimbulkan persoalan.

Memang betul dan sememangnya diakui Hukum Hudud adalah yang termaktub di dalam Al-Quran dan sebagai umat Islam, perkara itu harus ditaati dan dilaksanakan.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris ketika mengupas isu berkenaan turut mengakui perkara itu dan sama sekali tidak menolak hukum hudud, namun beliau menyatakan untuk melaksanakan hukum berkenaan ianya perlulah dalam keadaan benar-benar bersedia.

“Atas dasar itulah saya bersetuju persoalan yang dibangkitkan di atas yang mana apakah Nik Aziz dan pimpinan Pas lain telah benar-benar melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kelantan. Kebersihan contohnya adalah sebahagian daripada iman.

“Begitu juga soal kebajikan untuk rakyat seperti masalah air bersih yang berlarutan hingga ke hari ini masih belum diselesaikan. Ini juga fardhu kifayah. Dan saya sama sekali tidak tentang hasrat Nik Aziz untuk laksanakan hudud di Kelantan.

“Cumanya saya ingin tahu apakah persoalan yang dibangkitkan itu sudah benar-benar diselesaikan atau sebaliknya. Kalau dah berjaya di selesaikan Alhamdulillah…dan kalau belum, jenguk-jenguklah perkara berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya mencabar Nik Aziz dan Pas agar membawa hudud ke Parlimen untuk dibentangkan.

“Saya setuju sangat-sangat kalau perkara ini dibawa ke Parlimen dan saya percaya UMNO tidak ada masalah dalam soal ini bagi memberi laluan untuk Kelantan melaksanakannya.

“Tetapi saya nak lihat apakah wakil rakyat DAP akan mengangkat tangan semasa pindaan itu dibuat nanti. Jika melihat nada terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh, rasa-rasanya Pas fikir dua kali,” katanya. -MediaUMNO

Anwar Bentang Bajet Ali Baba


Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini membentangkan bajet bayangan Pakatan Haram dan tujuan berniat jahat untuk mensabotaj bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh DS Najib Jumaat ini.

Menurut kata Nurul Izzah bajet yang di bentangkan oleh papanya nanti jangan lah di ciplak! hahaha lawak betul Nurul Izzah ni... dia ingat bajet untuk negara boleh disiapkan dalam masa 1-2 hari ke?

Apa-apa pun bajet yang Anwar bentangkan sebentar tadi, adalah bajet yang terpaling ringkas, bak kata orang cincai-cincai aje... macam ni ke nak mentadbir negara?

Anwar berkata, Pakatan memperuntukkan RM220 bilion kepada sasaran berkenaan yang kononnya melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion.. Betul ke? Mana Pakatanis nak cari duit sebanyak itu? tolong beri tahu sikit.....

Di bawah adalah bajet yang mengarut dan satu pembaziran dari Pakatanis:


1- Perdana Menteri PR tidak akan juga menjawat jawatan Menteri Kewangan.

2- Defisit negara pimpinan UMNO mencecah 6% bagi tahun 2011 tersimpang dari janji Najib untuk kurangkan ke kadar 5.2%.

3- Cadangan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dan kembali kepada Kementerian lain.

4- Lesen import AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara RM1.2 bilion.

5- Pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.

6- Akta Universiti dan Kolej Universiti di Mansuhkan. Mahasiswa akan bebas dari cengkaman dan kekangan.

7- Elaun penjagaan anak sebanyak RM1000 setahun untuk ibu2 yang layak, dipadan dengan pelaburan, bina pusat penjagaan anak2

8- Kembalikan cukai2 eksais & duti yg dibatal PM atas barang2 mewah (beg2 mewah dll)

9- Pengumuman pengenalan gaji minima pd RM1,100 yg juga melibatkn kenaikan gaji k/tgn awam m'ikut tangga gaji.

10- Sasar defisit 4.4% daripada KDNK dan dividen Petronas diunjur pada RM26 billion setahun.

11- Umumkan pemberian lesen lesen teksi secara terus kepada pemandu pemandu teksi dan batalkan sistem konsesi ala BN.

12- Pembayaran elaun pendidik sebanyak RM 500 sebulan