Saturday, October 8, 2011

GSC Hentikan Tayangan Nasi Lemak 2.0



Hello... Hello... Amacam Namewee Sohai!! Wa sudah cakap sama lu... lu jangan fikir lu sorang saja boleh Fuck orang! naaaa... sekarang GSC sudah stop lu punya tayangan... Lu x mau bikin video Fuck sama itu GSC ka??

Boloh punya orang!

[video] Anwar Tak Sakit Pinggang Bila Berdansa!


Saksi pembelaan Anwar Ibrahim, Pakar bedah ortopedik Jerman, Dr. Thomas Hoogland perlu tengok video ini....

Anwar is Dead bro.... Semua saksi yang dibawa menjadi bahan ketawa!

Pergaduhan Di Rembau, PAS Guna Senjata #marxsabu


Bantahan orang ramai terhadap kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ke negeri ini berterusan dan terbaru apabila beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepadanya pada sesi ceramah parti itu di Kampung Pulau Bintungan.

Bagaimanapun kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.

Berikutan itu, insiden tolak menolak berlaku antara kumpulan berkenaan sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.

Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

PAS guna kerusi sebagai senjata belasah orang awam


Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.

Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya sebelum ia berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Sementara itu, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.

‘‘Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu,” katanya. Selanjutnya..


Video PAS, PKR Ganas! Chegu Bard Sengaja Cetus Pergaduhan!

Kecoh! Unit Amal PAS Serang Orang Awam Di Ceramah Mat Sabu

Sambutan Mat Sabu Di Rembau Hambar!

Anak Khalid Samad Guna Wang Zakat Biayai Pengajian


Sewaktu PAS memerintah Trengganu pada 1999-2004 telah berlaku kekecohan pada tahun 2003 apabila lima orang anak kepada dua anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) menggunakan wang zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Trengganu untuk membiayai pengajian kelima-lima mereka di timur tengah.

Kini setelah lapan tahun berlalu peristiwa yang sama berulang kembali. Bukan di Trengganu, tetapi di Selangor.

Maklumat yang sampai ke meja sel13.com mengatakan anak kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menggunakan wang dari PZS untuk membiayai pelajarannya di timur tengah.

Khalid Samad sering bercakap soal intergriti , menuduh lawannnya rasuah, melakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya, dalam masa yang sama dia juga seleweng.

Sebagai seorang ahli parlimen dan juga seorang jurutera, sudah tentu Khalid Samad lebih dari mampu untuk menanggung pelajaran anaknya, tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang dari PZS untuk tujuan tersebut.

Wang yang sepatutnya disalurkan kepada anak-anak orang yang lebih susah atau miskin untuk menyambung pelajaran terpaksa diberi kepada anak seorang ahli parlimen yang sudah kaya-raya.

Khalid Samad harus menunjukkan dia cakap serupa bikin, bukannya menjadi manusia munafik. Khalid Samad harus mengembalikan semula wang tersebut kepada PZS untuk kegunaan orang lain yang lebih susah.

Anwar is Dead: Hoogland Kantoi! Anwar Bongkok Tak Sakit... Liwat Sakit...



Nampak sangat dah kantoi, katanya anwar nak rukuk pun susah, kena buat slow-slow kerana sakit. Tapi bila pendakwa soalbalik, Hoogland kata pula Anwar boleh tunduk pula. Cakap berbelit kerana pergerakan untuk tunduk itu lebih kurang sama dengan rukuk.

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa seseorang yang mempunyai masalah atau penyakit berkaitan tulang belakang tetapi mampu membongkokkan badan untuk mengambil sesuatu dari lantai, bermakna individu terbabit mempunyai keupayaan mengawal otot bagi menghalang rasa sakit.

Pakar bedah ortopedik Jerman, Dr. Thomas Hoogland, 66, menyatakan demikian semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat peringkat bela diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saksi pembelaan ketujuh itu kemudian ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah lif di Kondominium Desa Damansara yang memaparkan Anwar memasuki lif tersebut dan kemudian membongkok ke kanan untuk meletakkan beg yang dipegangnya sebelum membongkok ke hadapan lalu mengambil kot sebelum menyarungnya ke badan.

Walaupun mendakwa tidak boleh memberikan jawapan yang tepat mengenai keadaan pesakitnya itu ekoran rakaman CCTV itu dimainkan dengan kadar yang laju, saksi itu memberitahu, berdasarkan rakaman tersebut, Anwar boleh membongkokkan badannya tetapi tidak dapat dipastikan sama ada tertuduh itu menahan sakit atau sebaliknya.

"Saya tidak pernah kata yang Anwar tidak boleh membongkok tetapi dia akan sakit sekiranya dia cuba melakukan pergerakan dengan pantas," ujarnya yang pernah melakukan pembedahan tulang belakang terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 2004.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Unit 11-51-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Terdahulu, pada peringkat awal perbicaraan, Hoogland menyatakan posisi melutut tidak akan menyebabkan kesakitan dan sekiranya ada rasa sakit ia bukan berpunca daripada bahagian belakang sebaliknya sebarang pergerakan yang dibuat selepas itu yang akan menimbulkan rasa sakit.

Sebagai pakar tulang belakang, beliau berpendapat bahawa untuk mengadakan hubungan seks dalam keadaan sedemikian adalah 'amat-amat sukar untuk berlaku'.

Selepas selesai soalan berhubung rakaman CCTV dikemukakan, soal balas oleh Mohd. Yusof terhadap saksi itu kemudian dilakukan secara tertutup selama hampir setengah jam.

Semalam, prosiding secara tertutup diadakan selama 10 minit bagi membolehkan peguam Sankara Nair menyoal pakar bedah tersebut berhubung keterangan mangsa mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut.

Bagaimanapun kira-kira pukul 12.35 tengah hari, pihak media dimaklumkan bahawa Hoogland telah selesai disoal semula oleh Sankara sebaik sahaja pemeriksaan balas Mohd. Yusof berakhir.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung pada 17 Oktober ini.

Sementara itu, Nair ketika ditemui pemberita kemudiannya memaklumkan, pihaknya akan memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof sebagai saksi-saksi pembelaan yang seterusnya.

Beliau turut memberitahu, pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil antara dua hingga tiga orang saksi (rebuttal witness) untuk menyangkal keterangan saksi-saksi pakar pembelaan.

Menjelaskan mengenai tindakan pihak pendakwaan itu, Nair menyatakan, ia merupakan perkara biasa dan walaupun tiada peruntukkan undang-undang yang spesifik mengenainya, terdapat beberapa nas undang-undang yang menyentuh mengenai perkara tersebut.