Tuesday, October 11, 2011

Apa Kecoh Kecoh Nurul Izzah Ni?


Apa kecoh-kecoh anak Papa ni?

“Bazaar Pantai Dalam saiz ruang niaganya kecil dan tiada kemudahan.” Komen Nurul Izzah.

Betul ke kecik sangat DBKL buat Bazar di Pantai Dalam tu? Kalau nak kritik tu agak-agak la kak.... Biar kena pada tempatnya...

Mari kita terjah!


OK lah Nurul, jom tengok dua gambar ni. Gambar pertama tu gambar gerai di Bazaria Pantai. Ada kecik macam jamban tak? Taaaaak!!! Malahan, saiznya lebih besar dari saiz gerai standard DBKL.


Sekarang tengok gambar ni pulak. Cuba teka gambar ni kat mana? Ni lah gambar Bazar Tok Guru di Kelantan. Besaaaaaaaarnyaaaaaaaaa…. Orang nak lalu berselisih pun tak muat kak Nurul oooooiiiii….

Kalau gerai macam ni memang aku sokong kalau ko bantai, Nurul. Tapi kalau besar macam gerai di Bazaria Pantai tu, aku pun heran jugak bila ko kata kecil. Kecil tu ko banding dengan apa Nurul? Banding dengan restoran? Banding dengan rumah kedai? Baca lagi...

Stay in touch with Bro Jinggo

Bob Lokman Ditahan JAIS


Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan juga diminta memberi keterangan kepada JAIS sebagai saksi pada jam 10 pagi tadi.

Difahamkan Bob memberi ceramah agama dikatakan menyeleweng jauh kerana tidak ada latarbelakang agama cuma pengetahuan 'ikut-ikut' kepada hadirin surau itu malam tadi.

Kebanyakan ceramah yang disampaikan oleh Bob berunsur politik dan mengutuk kerajaan serta menghasut jemaah agar membenci kerajaan.


Ramai hadirin yang tidak senang hati kemudian mereka melaporkan kepada pihak berkuasa JAIS. JAIS sudah lama mengikuti jejak Bob Lokman di Selangor cuma menunggu masa sahaja untuk dicekup.

Apa celop Bob!

Stay in touch with BroJinggo

Al-Fatihah: Dato' Ahmad Jais Pulang Ke Rahmatullah Pagi Tadi...


Penyanyi terkenal era 60-an, Dato' Ahmad Jais meninggal dunia pukul 9.20 pagi ini akibat kesukaran bernafas ketika dirawat Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam DEMC.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Negeri di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21.

Risalah Hudud, Nik Aziz Penggal Kepala Lim Guan Eng


Sapa punya kerja ni?

Tanpa usul periksa lagi, mereka sudah menuduh pengedaran risalan tersebut di lakukan oleh Umno/BN.

Menurut kata, Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke, pengedaran risalah tersebut merupakan 'satu kerja gila' pihak lawan dalam usaha memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.


Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen semalam, Loke yang juga ahli Parlimen Rasah menyatakan, walaupun DAP tidak bersetuju dengan Hudud, namun tindakan memburuk-burukkan hukum Islam ini adalah 'sangat tidak bermoral'.


Turut serta dalam sidang media itu ialah, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan ahli Parlimen Teluk Intan, A Sivanesan.

Seperti biasa, Pakatan Pembangkang terpaksa menggunakan pelbagai kaedah persepsi memandangkan mereka tiada pilihan lain. Ini kerana kebanyakan isu yang berbangkit tidak menyebelahi mereka.

Taktik dan gimik seperti ini dirancang oleh pembangkang untuk mengaburi mata penyokong setiap parti dalam Pakatan Rakyat ketika pilihan raya umum semakin hampir sekarang.

Hallo brader... Kalau tak puas hati pergi buat report polis la! Biar pihak berkuasa yang siasat! jangan suka tunding jari kepada Umno/BN, semua yang jahat Umno/BN punya kerja... Ini politik murahan la...

Jangan ingat majoriti ahli PAS semuanya boleh terima DAP??

Khalid Samad... pandai betul pura-pura terkejutkan...

Video Dewan Rakyat: Rembau vs Permatang Pauh

Monday, October 10, 2011

Video Dewan Rakyat: Rembau vs Permatang Pauh






BUDGET 2012 : KJ Bikin Pembangkang Panas Telinga!


Syor Had Gaji Minimum Skim Rumah Pertamaku Ditingkat

Seorang penyokong kerajaan Isnin mencadangkan supaya had gaji minimum RM3,000 untuk program Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM6,000 selaras dengan peningkatan had maksimum harga rumah yang kini mencecah sehingga RM400,000.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata pindaan terhadap gaji minimum daripada RM3,000 pada masa kini perlu dipertimbangkan bagi memastikan golongan muda membeli rumah mengikut kemampuan mereka.

"Contohnya, kita melihat gaji yang diperoleh oleh golongan profesional seperti peguam mungkin hanya mendapat RM1,800 sahaja sebelum memperoleh (kenaikan) gaji RM3,000 selepas tiga tahun berikutnya.

"Berdasarkan kajian yang dibuat oleh saya, komitmen bayaran bulanan bagi pinjaman RM400,000 tidak termasuk insurans ialah RM1,600 hingga RM1,800...ini tidak melayakkan mereka mendapat pinjaman kerana bebanan hutang terlalu tinggi," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat lepas mengumumkan had maksimum harga rumah program Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 serta perluasan Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ke kawasan luar Lembah Klang.

Sementara itu, keadaan dalam Dewan sedikit kecoh berikutan pertikaman lidah antara Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Belanjawan 2012 yang menurut Anwar "tidak realisitik" dan "terlalu optimistik".

Menempelak dakwaan itu, Khairy berkata unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.0 peratus hingga 6.0 peratus adalah realistik untuk dicapai berdasarkan keyakinan yang ditunjukkan oleh syarikat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini.

Katanya kepercayaan dan keyakinan pelaburan asing itu bersandarkan kepada program-program tranformasi yang dijayakan oleh Perdana Menteri dalam memastikan agenda pengukuhan ekonomi yang diterajui kerajaan.

Sebaliknya, katanya belanjawan bayangan yang dibentangkan oleh Anwar pada 4 Okt lepas lebih 'tidak realistik' dan boleh membuat negara menjadi bankrap kerana ia tidak menggambarkan kedudukan ekonomi negara yang sebenar.

Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5.0 hingga 6.0 peratus manakala pakatan pembangkang mengunjurkan pertumbuhan ekonomi naik secara perlahan daripada 4.0 kepada 4.5 peratus, berbanding 5.0 kepada 5.5 peratus pada 2011.

Perbandingan Khairy itu membuatkan beberapa anggota Parlimen pembangkang 'panas telinga' dan bangun mencelah menyebabkan keadaan bertukar kecoh.

Meskipun diasak oleh beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Anwar, Khairy tetap bertegas dengan pendiriannya dan menyifatkan belanjawan pembangkang tidak jujur kepada rakyat.

Terdahulu Anwar ketika membahaskan rang undang-undang sama menyifatkan Belanjawan kerajaan tidak realistik kerana mendakwa ia berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.

Katanya unjuran pertumbuhan ekonomi terlalu tinggi berbanding analisis dari sumber-sumber ekonomi lain manakala unjuran defisit pada 4.7 peratus adalah tidak tepat.

Persidangan Dewan bersambung esok.

-Bernama

Intipati Cadangan YB Rembau Semasa Membahaskan Belanjawan 2012