Saturday, December 3, 2011

Muhyiddin Dan Perwakilan UMNO Ikrar Setia Kepada Parti #PAUMNO


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

Berikut lafas ikrar setia kepada parti..

Marilah kita bersama-sama bangun dengan semangat kesatuan dan kesepakatan, kejujuran dan keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan parti kita, kata Timbalan Perdana Menteri.

Ikrar itu berbunyi: "Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

"Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Lafaz ikrar tersebut dilakukan pada akhir ucapan penggulungan beliau pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Ketua Puteri Perli Anwar Dengan Membawa Dua Kisah Dalam Filem P Ramlee... #PAUMNO

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini membawa dua kisah dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali dan Madu Tiga, ketika membuat penggulungan di akhir perhimpunan agung Umno petanng ini.

"Namanya Anwar, bukan nama sebenar. Bapa yakin dengan dia. Tapi dia derhaka dengan kita. Dia lawan dengan kita macam kita tak pernah bagi apa-apa.

"Dengan bangga, dia kata dekat kita, Anwar sudah besar bapa, Anwar boleh buat apa sahaja yang Anwar mahu.

Kisah ini dalam filem Anakku Sazali... Watak Anwar, tidak ada kena mengena antara hidup atau yang dah nak mati," ayat Rosnah sambil diiringi gelak ketawa perwakilan.

Selepas itu, Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan turut membawa contoh dalam filem Madu Tiga iaitu watak Jamil.

Beliau menyifatkan individu itu seperti Jamil yang berjumpa dengan ketiga-tiga isterinya tetapi memberi tiga janji yang berbeza.

Kata Rosnah, kepada isteri pertama, dia berkata 'lu tolong gua, wa kasi apa lu mahu'. Isteri pertama dinisbahkan kepada DAP.

Kepada isteri kedua, individu itu dengan berjanji menyokong negara Islam, tapi meminta PAS tunggu dulu menubuhkan negara Islam.

Kepada isteri ketiga yang disifatkan Rosnah sebagai 'rakyat', individu itu berjanji untuk membanteras rasuah dan hidup matinya kerana rakyat.

Kemudiannya, Timbalan Pengerusi Tetap Datuk Mohamad Abdul Aziz (MP Sri Gading) yang mempengerusikan sesi tersebut, mencelah: " Dia ada bini nombor empat, bini dia jantan".

Kata-kata tersebut membuat Rosnah dan perwakilan ketawa, lantas beliau menjawab: "Saya setuju dengan pengerusi tetap".

Rosnah berceloteh lagi, katanya Jamil itu mempunyai seorang penasihat iaitu bapa mertuanya yang mengingatkan menantunya bersikap adil setelah bermadu tiga.

"Jamil... Bapa tak kisah Jamil nak kahwin berapa pun, tapi Jamil mesti adil... Sebab itulah dia panggil nama Keadilan," tambahnya.

"Tengok cara dia, tuan-tuan, kanan dia pusing, kiri dia temberang, depan dia tipu, belakang dia buat apa, biar tuan- tuan sendiri yang akan menjwabnya.

"Inilah pakar putar alam, pakar raja drama," katanya gelak ketawa perwakilan.

Hebat Ketua Puteri mencuitkan perhatian perwakilan!

Menurut Rosnah, PKR dan PAS ditubuhkan "atas dasar kekecewaan dan dendam" sebaliknya Umno tidak demikian dan ditubuhkan untuk membela bangsa dan parti sejati untuk orang Melayu.

KJ: Buat Sesuatu Untuk Terus Nikmat Pemerintahan #PAUMNO


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan parti itu supaya berbuat sesuatu jika tidak mahu "nikmat" pemerintahan terus berada di pihaknya.

"Jika kita tidak buat sesuatu, nikmat pemerintahan yang diberikan kepada Umno, nikmat kemajuan dan kesejahteraan tidak akan kekal jika kita tidak berbuat sesuatu," katanya.

Dalam sesi penggulungan di perhimpunan agung Umno hari ini, bagaimanan berkata, setakat ini respons yang diterima terhadap usaha tranformasi perdana menteri disambut baik.

Menyentuh soal calon boleh menang, Khairy berharap selepas ini perbincangan itu hendaklah ditamatkan dan menerima siapa sahaja calon yang dinamakan Datuk Seri Najib Razak.

"Selepas ini tak payah lagi cakap. Cukup dengan ikrar kita akan menyokong siapa saja yang presiden pilih sebagai calon boleh menang," katanya.

Beliau juga berkata, selain calon boleh menang, jentera juga mesti berjalan supaya Umno menjadi parti boleh menang bagi menyokong calon terpilih.

"Sekarang ini PM boleh menang kita sudah ada," katanya sambil menegaskan keperluan gandingan orang lama dan baru dalam menghadapi pilihan raya. -MK