Saturday, December 3, 2011

Ketua Puteri Perli Anwar Dengan Membawa Dua Kisah Dalam Filem P Ramlee... #PAUMNO

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini membawa dua kisah dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali dan Madu Tiga, ketika membuat penggulungan di akhir perhimpunan agung Umno petanng ini.

"Namanya Anwar, bukan nama sebenar. Bapa yakin dengan dia. Tapi dia derhaka dengan kita. Dia lawan dengan kita macam kita tak pernah bagi apa-apa.

"Dengan bangga, dia kata dekat kita, Anwar sudah besar bapa, Anwar boleh buat apa sahaja yang Anwar mahu.

Kisah ini dalam filem Anakku Sazali... Watak Anwar, tidak ada kena mengena antara hidup atau yang dah nak mati," ayat Rosnah sambil diiringi gelak ketawa perwakilan.

Selepas itu, Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan turut membawa contoh dalam filem Madu Tiga iaitu watak Jamil.

Beliau menyifatkan individu itu seperti Jamil yang berjumpa dengan ketiga-tiga isterinya tetapi memberi tiga janji yang berbeza.

Kata Rosnah, kepada isteri pertama, dia berkata 'lu tolong gua, wa kasi apa lu mahu'. Isteri pertama dinisbahkan kepada DAP.

Kepada isteri kedua, individu itu dengan berjanji menyokong negara Islam, tapi meminta PAS tunggu dulu menubuhkan negara Islam.

Kepada isteri ketiga yang disifatkan Rosnah sebagai 'rakyat', individu itu berjanji untuk membanteras rasuah dan hidup matinya kerana rakyat.

Kemudiannya, Timbalan Pengerusi Tetap Datuk Mohamad Abdul Aziz (MP Sri Gading) yang mempengerusikan sesi tersebut, mencelah: " Dia ada bini nombor empat, bini dia jantan".

Kata-kata tersebut membuat Rosnah dan perwakilan ketawa, lantas beliau menjawab: "Saya setuju dengan pengerusi tetap".

Rosnah berceloteh lagi, katanya Jamil itu mempunyai seorang penasihat iaitu bapa mertuanya yang mengingatkan menantunya bersikap adil setelah bermadu tiga.

"Jamil... Bapa tak kisah Jamil nak kahwin berapa pun, tapi Jamil mesti adil... Sebab itulah dia panggil nama Keadilan," tambahnya.

"Tengok cara dia, tuan-tuan, kanan dia pusing, kiri dia temberang, depan dia tipu, belakang dia buat apa, biar tuan- tuan sendiri yang akan menjwabnya.

"Inilah pakar putar alam, pakar raja drama," katanya gelak ketawa perwakilan.

Hebat Ketua Puteri mencuitkan perhatian perwakilan!

Menurut Rosnah, PKR dan PAS ditubuhkan "atas dasar kekecewaan dan dendam" sebaliknya Umno tidak demikian dan ditubuhkan untuk membela bangsa dan parti sejati untuk orang Melayu.

6 comments:

Anonymous said...

Tuan Puteri dan Pengerusi Tetap ingat lah...
Kita berdoa dan lihat sekiranya kata kata yang di buat nya fitnah dan berniat jahat kita serahkan kepada ALLAH pembalasan bagi nya dan sekira nya dia ikhlas dan benar kita pohon kan kepada ALLAH keselamatan dan kejayaan nya. ALLAH maha Perkasa.

Anonymous said...

e eh.. ada plak yg terasa...

Anonymous said...

FITNAH PE BNDANYA..DH TERANG2 MAT NUAR 2 MMG BERSALAH..KO JE YG BUTA FAKTA N KEBENARAN..NI ORG JENIS HATI BATU PNYA...CHITTT!!!..

Anonymous said...

Wah wah kalau si nuar kena balun kau ckp ingatlah apalah.. Psl tipu photoshop kes cincin kes belanja kat australia kau percaya bulat bulat yer.

Anonymous said...

Kaji sejarah dan teliti kembali siapa yg menubuhkan Malayan Union?siapa yg menangkap pejuang2 yg menegakkan syariat Islam spt Ahmad Boestamam,Burhanuddin Helmy,Pak Sako dan kewujudan API lalu dihumban ke penjara dan diharamkan kewujudan mereka2 ini di Malaya….siapa Henry Gurney?siapa Harold Micheal?siapa Onn Jaafar dan siapakah kwan karib kpd Sultan Ibrahim iaitu sultan terakhir yg indirect menandatangani persetujuan penubuhan gagasan Malayan Union kononnya inilah satu2nya gagasan yg memelihara org Melayu…secara rasionalnya kita telah lama sama2 ditipu oleh Yahudi utk mereka meneruskan agenda perang salib yg x akan berakhir selagi mereka benar2 tewas…kita telah hilang kewarasan utk berfikir kerana telah di jamu oleh Yahudi laknatullah dr semua sumber yakni pancaindera kita yg penting; mata,telinga mulut hidung…..barangkali blogger2 umno sendiri pun xtahu bagaimana kah aturcara yg begitu complicated di susun oleh yahudi utk memusnahkan Islam seluruhnya di Malaysia khasnya dan dunia amnya sejak zaman seblom merdeka lg…akan tetapi sbg umat Islam kt wajib percaya kpd AlQuran dan Hadith dan junjunglah ia sbg panduan ikutan hidup kita harian…kebenarannya di Malaysia ini DS Najib sendiri terang2 menolak hudud dgn alasan berpaksi kpd realiti sebenar…realitinya di Brunei ‘Siapa kita untuk menangguh perintah Allah?,-Sultan Hassanalbolkiah….siapa DS Najib?…Wahai UMNO, kembalilah kpd ajaran Islam sebenar…seperti hadith Nabi SAW, Konstantinopel hanya akan ditakluk oleh Islam apabila pemerintahnya baik,rakyatnya baek dan pasukan tenteranya baik….apakah semasa zaman pemerintahan Khulafak Arrashidin tidak memenuhi syarat itu?mengapa ketika zaman Sultan Muhammad Al Fateh selepas 800 thn Nabi SAW mengucapkan hadith baru berlaku penaklukan Konstantinopel oleh Islam?Wahai UMNO alasan DS Najib berpaksi kepada realiti sebenar amat2 menjatuhkan Martabat Islam yg telah dibawa oleh Rasullallah lebih 1400 dahulu…sy sbg ahli UMNO seumur hidup sgt kecewa dan dgn ini mengumumkan keluar UMNO untuk dulu,kini dan selamanya….SAY NO TO UMNO….

Anonymous said...

Anonymous, December 4, 2011 2:13 PM:

Ko memang bukan ahli UMNO pun saje je eh nak keluar cite keluar UMNO lah apa lah...pooodahhh! Aku sebagai pengundi atas pagar tak tertarik pun dgn kenyataan jahat ko nih!