"Jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti akan berlaku."-Hasan Ali.
Sikap pemimpin Pas yang 'pengecut' menyebabkan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Hari ini Hasan Ali berkata, beliau akan bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.
Mungkin ini adalah langkah tepat di lakukan oleh Hasan Ali untuk meninggalkan Pakatan, kerana Pakatan Haram dilihat sering memperkotak katikan ketiga-tiga perkara tersebut.
DAP sememangnya tidak menghormati aqidah dan sensiviti umat Islam, malah mereka pernah mencabar PAS "jika mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu".
PKR pula dilihat asyik main tikam belakang dan Chinadolls...
Ditanya wartawan sama ada beliau patut meninggalkan PAS jika menghadapi masalah dalaman parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.
Menurut bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu, ini kerana beliau harus mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan, mufti dan veteran politik terlebih dahulu.
Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti akan berlaku.
Sebaliknya jika rakan-rakan, mufti dan veteran politik Hasan Ali setuju? Bermakna Hasan Ali Akan keluar parti...?
Dan jika Hasan Ali keluar parti, ini merupakan satu tamparan hebat buat PAS!