Thursday, December 22, 2011

[video] Hasan Ali Tak Mampu Mengaku Bersama PAS - Soal Jawab TV3


Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja."

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A Talib yang disiarkan malam tadi.

Menyentuh mengenai PAS, ADUN Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata:

"Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi Raja.

Video URL: http://youtu.be/tl0gw77gbWU

Ariff Alfian Perjuangkan Hak Lelaki Gay Sebagai Orang Islam!


Tak terkata dibuatnya berita kehilangan Ariff Alfian Rosli sebelum ini , ibubapanya mencarinya lebih 3 tahun. 8 kali turun naik kapal terbang tak jumpa-jumpa anaknya. Tup-tup, keluar berita yang asalnya datang daripada sebuah laman web dari luar negara yang memaparkan edisi perkahwinan melibatkan Ariff Alfian Rosli dengan pasangan juga seorang lelaki.

"Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya walaupun saya gay dan berkahwin dengan pasangan sejenis".. Kata Ariff Alfian..


Na'udzubillahi min dzalik....

Kaum Nabi Lot sudah bertambah ramai di zaman jahiliyya akhir zaman. Kaum songsang ini yang sekarang dikenali sebagai LGBTI ini termasuk golongan gay yang tidak diterima Nabi sebagai umat.

Binatang pun tahu membezakan yang mana jantan dan betina...

Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) Ariff Alfian Rosli (Gay melayu yang berkahwin sesama jantina) yang dilaporkan hilang baru-baru ini, memberitahu, dia selamat dan kini menetap di Dublin.

Menurut Ariff Alfian, dia juga masih beragama Islam dan tidak hilang sebagaimana dilaporkan.

‘‘Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

‘‘Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya yang dipetik dalam portal berita http://www.irishtimes.com semalam.

Pada 12 Disember lalu, bapanya, Rosli Haron telah melaporkan kehilangan Ariff Alfian kepada Utusan Malaysia selepas gagal menghubungi anaknya itu sejak tiga tahun lalu.

Bekas pelajar UCD itu memberitahu, dia telah bermastautin di Ireland ketika mula menyambung pengajian dalam bidang perubatan sejak lapan tahun lalu.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal di negara ini secara sah.

‘‘Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar yang saya tinggal secara sah di sini sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Ariff Alfian mengakui dia sudah beberapa tahun tidak bercakap atau menghubungi bapanya di Malaysia, ekoran satu perselisihan faham antara mereka.

‘‘Saya ada sedikit salah faham dengan ayah pada tahun 2009 dan sehinggalah saya dilaporkan hilang.

‘‘Saya masih tidak berhubung dengannya, tetapi sering berhubung dengan ahli keluarga yang lain,” katanya lagi.

Ariff Alfian menjelaskan, tindakannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian masyarakat.

Menurutnya, dia tidak berniat mencetus kontroversi, apatah lagi perkara tersebut melibatkan keluarganya.

Sebab-Sebab Kenapa DAP Arahkan Erdogan Serang Hasan Ali


41 Orang Islam Murtad Dipulihkan Unit Selamatkan Akidah

Unit Selamatkan Akidah yang ditubuhkan oleh Datuk Dr Hassan Ali berjaya “memulihkan” 41 umat Islam yang murtad sebelum ini, kata Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor itu hari ini.

Unit di bawah potfolio Agama dan Adat Resam Melayu yang dipegang oleh Hasan sedang diperkasakan kerana tanggungjawbnya semakin mencabar dengan peningkatan aktivi memurtadkan orang Islam.

"Unit yang boleh selamatkan akidah, nasib dan umat Islam dan kami sedang mengukuhkan unit itu dalam masa 12 bulan ini. Apabila kami memperkasakan unit ini, kami dapati 41 umat Islam yang telah menukar agama dan mereka ini berumur di antara lingkungan 30 hingga 60 tahun dan yang ramainya perempuan" kata beliau.

Beliau mendedahkan jumlah mereka yang memohon untuk murtad meningkat di Selangor.

"Dari semasa ke semasa yang dikatakan, di Petaling Jaya, Kelana Jaya dan beberapa tempat yang lain, bukan 40, berkemungkinan 100, bukan 100 tetapi berkemungkinan hingga sampai 1,000, saya tidak tahu sehingga seseorang membuat statistik tentang ini dan mengumpul maklumat tersebut," katanya.

Minggu lalu ketika berucap di Majlis Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Kuala Kangsar, Hasan dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menzahirkan kebimbangan mereka terhadap isu pemesongan akidah di negara ini.

Hasan berkata beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi isu ini di Selangor termasuk memastikan bantuan Lembaga Zakat Selangor sampai kepada golongan daif dan miskin yang sering menjadi sasaran golongan pemesong akidah.

"Kita minta bantuan daripada Lembaga Zakat, kita tengok permohonan bantuan mereka dan kita hantarkan kepada Lembaga Zakat dan kemudian kita berikan bantuan kepada mereka, bermakna kita dalam usaha membantu mereka dengan harapan mereka akan kembali kepada Islam," kata beliau.

Kebanyakan badan bukan kerajaan (NG0) Islam sebelum ini membuat kajian yang mendedahkan masalah murtad di negara ini berkait rapat dengan kedudukan sosia ekonomi di kalangan orang Islam.

Lantaran itu, usaha menyebarkan agama bukan Islam di kalangan ummah rancak digerakkan di kalangan orang Islam yang miskin dan daif.

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5lj

*DAP memang anti Islam. Jika ada pemimpin Islam yang mempunyai jati diri dan asas perjuangan yang kukuh macam Dr. Hasan Ali secara automatik menjadi musuh DAP. Dalam Kerajaan Selangor, semua pemimpin Islam termasuk MB dan wakil dari PAS telah dikawal oleh DAP kecuali Dr. Hasan. Tahniah PAS kerana anda sendiri menjual agama dengan menyerang Dr. Hasan.

- Mymassa

Wednesday, December 21, 2011

Keadaan Nik Aziz Tenat... Sudah Tiga Hari Ditahan Wad...


Khabarnya Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berada di wad dalam keadaannya yang tenat... Apa-apa pun aku doakan agar beliau cepat sembuh dan sudah tiba masanya beliau berehat dari arena politik...

Patutlah tak dengar apa-apa pasal Nik Aziz semenjak dua tiga hari ni... terutama pasal kemelut dalaman PAS sekarang.. Rupanya, beliau di masukan dalam wad sejak 19 Disember..

Tu pasal... Mahfuz cucuk angin semacam je dalam PAS... ada hati nak pegang jawatan tertinggi dalam PAS pula kot?

Info: MPP

Mahasiswa Pro-A Tuntut Saifuddin Berundur


Lebih kurang lima ratus mahasiswa pro-Aspirasi dan juga alumni dari beberapa universiti awam hari ini berhimpun untuk menuntut timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan.

Kumpulan yang diketuai presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah itu berkumpul di satu padang di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi hampir dua jam petang ini sambil melaungkan slogan.

Mohd Sahar dalam ucapannya di hadapan kumpulan itu antara lainnya melaungkan bahawa Saifuddin telah "melacurkan demokrasi kampus."

"Kami sayang perdana menteri kami," kata Mohd Shahar yang turut mengetuai kumpulan itu untuk melaungkan slogan "hidup Najib" dan "kami sayang Najib" sambil berarak ke arah bangunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian sebagai perhimpunan balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur pada hujung minggu.



Memorandum pertama diserahkan kepada Tuan Haji Khairi Malek selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin.



Kumpulan pelajar ini menuntut supaya Datuk Saifuddin Abdullah turun berhadapan dengan mereka sebagaimana beliau berhadapan dengan mahasiswa dari kumpulan SMM tempoh hari.


Namun sesuatu yang menarik dapat diperhatikan melalui perhimpunan mahasiswa Pro-Aspirasi ini kerana turut kelihatan mahasiswa berbangsa Cina dan India turut serta menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri selain membantah tindakan biadap Adam Adli.

Pemimpin Pelajar Berbangsa India Turut Berucap di hadapan 500 Mahasiswa


Mahasiswa dari UPSI menyatakan sokongan kepada PM

"Step Down Saifuddin" antara sepanduk yang dinaikkan oleh kumpulan mahasiswa Pro-Aspirasi



Gambar ehsan dari Double Y