Wednesday, December 21, 2011

4 Mahfuz Cucuk Angin Lagi... Hasan Ali ‘Sudah Isytihar Perang’ Ke Atas Parti...


Beriya-iya betul nampaknya Mahfuz nak bunuh kareer politik Hasan Ali dalam PAS... Berkemungkinan kerusi MB Kedah sudah menjadi hak milik beliau sekarang ini... dan itulah janji yang mungkin, Anwar berikan... jika Mahfuz berjaya tanam Hasan Ali hidup-hidup setelah menjadi pengkhianat kepada Anwar Ibrahim dan DAP!

Terkini Pemuda PAS cadang mahabah selesai kemelut dalaman tapi nampaknya lain pulak cara Mahfuz ni... saja cucuk jarum lagi... biar pergolakan dalaman PAS semakin parah ...

Jika di lihat kini Mahfuz Omar adalah duri dalam daging PAS!

---

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.

“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Sambil berkata Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak menyerangnya semalam, Mahfuz berkata, apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah “menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden.”

Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan.

Konsep itu bagaimanapun dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Baru-baru ini, susulan kepada dasar ucapan itu Hadi melancarkan gagasan “Negara Kebajikan Tawaran PAS” dalam bentuk buku.

“Muktamar dihadiri oleh Mursyidul Am, Presiden, Majlis Syura dengan perwakilan mereka, Dewan Pemuda dengan perwakilan mereka, Dewan Muslimat dengan perwakilan mereka, dan perwakilan-perwakilan dari kawasan yang mempersetujui konsep negara berkebajikan... bermakna dia telah mengisytiharkan dia sudah hilang kepercayaan dan menolak keputusan yang dibuat (oleh muktamar) dan menolak dasar PAS,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Kata Mahfuz, beliau tidak kisah jika Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengkritik soal-soal teknikal.

“Bukannya mempersoalkan dasar PAS, macam dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau sambil menambah, sekiranya Hasan sudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengisytiharkan perang ke atas PAS, maka “beliau sudah patut membuat keputusan untuk diri beliau.”

“Beliau seorang yang berpendidikan tinggi, ada PhD, seorang pakar motivasi, sepatutnya boleh membuat keptusan untuk diri sendiri.

“Orang lain tidak patut membuat keputusan untuk diri beliau, patut dia boleh keputusan” katanya lagi.

Justeru Mahfuz menegaskan, jika beliau berada dalam kedudukan Hasan, yang mengkritik dasar parti, beliau sepatutnya sudah lama keluar dari parti.

“Kalau saya dalam keadaan beliau, saya sudah lama angkat kaki,” katanya lagi.

“Kalau beliau mengatakan PAS sudah tergelincir landasan, nak tunggu apa lagi?” katanya merujuk kepada kenyataan Hasan semalam.

Semalam, sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Hasan mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.

Hasan turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media.

4 comments:

Anonymous said...

ini mahfuz sebelum dia cakap lebeh baik belah dulu..dia cakap dia sendiri pun tak faham..tak percaya tanya dia...

Anonymous said...

Kah, kah, kah. Kena pelempang dengan Hassan Ali bankrap idea, mr bean terus terpancut angin seluruh rongga tubuh.

Anonymous said...

tgk muka pun dah gaya tak berapa cerdik...bila dah dgr dia bercakap.. mmg betul tak berapa cerdik..stakat bcakap ikut sedap blh laaa..tau ka dia pasai agama,bangsa dan negara..dap suka sgtla kat mamat melayu mcm ni..dap buat jadi balaci depa..

anti bohmau said...

pas yg selama ini memperjuangkan Islam sudah bertukar rupa jadi spt parti komunis! pas tidak benarkan ahli2nya mengkritik parti. maknanya parti sentiasa benar w/pun tersasar dari landasan asal!!

pas terlalu perfect kah sampai tak boleh ditegur?
yg menegur plak salah seorang pemimpin pas yg berpengaruh! bukan mana2 mamat yg duduk di kampung2 nun!

kesian dato hj hassan ali dilabel sbg pengkhianat walaupun berkata benar!

pr menghadapi krisis dalaman parti masing2 yg parah sekarang. dap dgn masalah godfather yg tak boleh dicuit jugak!
pgayr dgn masalah ketua mrk yg akan kena kuis nnt! penggantinya nak pompuan? mengapa tidak bininya yg setia teramat tuh?

rasanya yg akan tidor dlm senyuman ialah rakyat yg berada atas pagar!! mrk dah tahu siapa mrk nak pilih pru nnt!!!!!!!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates