Monday, January 21, 2013

Page Facebook "Nik Abdul Aziz Nik Mat" Disalah Gunakan! Admin Sebar Fitnah....


Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… Kemudian disertakan dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan.

Anwar Ibrahim Dapat Malu Besar Apabila Tersalah Tweet! #UiTM #Lendu


Ketua pembangang Anwar Ibrahim termalu besar apabila beliau tidak dapat membezakan tweet handle milik Harian Metro (ori) @hmetromy dan akaun parodi Twitter – Marian Hetro @mhetromy. Yang kelakarnya Anwar siap reply tweet Marian Hetro... Wahahaha.... baru tulis satu para dah pecah perut.. gelak terguling-guling atas meja! Bikin panas laaa Anwar Ibrahim ni....

Nurul Izzah Kecut Sebelum Waktunya....


Sehingga hari ini masih belum mendengar sebarang kenyataan dari YB PKR Lembah Pantai Nurul Izzah berhubung isu pelakon DAP Patrick Teoh yang menghina agama Islam menerusi laman sosial Facebook.

Hairan juga bila isu yang mengundang sensitiviti umat islam seperti ini Nurul boleh diam... membisu seribu bahasa.... Komenlah sikit YB Nurul... Ramai yang nak tahu apa pendirian YB Lembah Pantai ni... Jangan asyik nak bela kes papa je...

Video DS Najib Tawan Kelantan!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

PM umum 7 projek besar di Kelantan termasuk lebuh raya, masjid

Keputusan Majlis Syura Pas Bersifat Politik - Pak Lah


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi bahasa Melayu adalah helah politik.

Beliau berkata PAS sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam sepatutnya lebih arif mengenai penggunaan kalimah Allah.

Sunday, January 20, 2013

PAS Akan Berpecah Dari Pakatan?


Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.