Thursday, February 14, 2013

Fenomena Setan Bisu Dalam PAS


Saya tertarik dengan satu komen yang pernah dikeluarkan oleh Cikgu Non Al-Afghani seperti berikut : “Oleh kerana ulama-ulama yang ada di dalam PAS menjadi setan-setan bisu mereka tidak bertanggungjawab walaupun mereka ada kelulusan Azhar dan sebagainya, biarlah saya guru sekolah Melayu ini bangun untuk menegakkan yang hak.”

Saya sangat terharu dengan keistiqamahan Cikgu Non, guru sekolah rendah kampung yang sehingga kini tidak henti-henti memperjuangkan sesuatu yang sangat murni iaitu mendaulatkan Islam dan melaksanakan syariat Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Walaupun diherdik, diaibkan dan dibelasah oleh pimpinan PAS kawasan, negeri dan pusat namun guru yang kononnya hanya layak mengajar ABC itu tidak pernah menoleh kebelakang. Beliau terus maju kehadapan menongkah arus yang datang dari berbagai penjuru semata-mata atas nama perjuangan Islam. Semangat perjuangan yang begitu kental seperti yang ditarbiyahkan sendiri kepada beliau oleh Al-Marhum Dato Fadzil Nor.

Guru sekolah rendah itu dihukum sedemikian rupa oleh parti kesayangannya dengan cara yang begitu zalim. Beliau dipecat daripada Parti Islam itu. Apa salah beliau?

Dari mulut dan tulisan beliau, beliau sendiri telah mengemukakan berbagai-bagai fakta. Umpamanya mengenai isu Memali, bagi pihak janda-janda dan anak yatim Memali beliau menagih keadilan untuk waris para syuhada’.

Beliau mempersoalkan kemana perginya wang derma Memali yang jumlahnya agak besar sehingga kini tiada khabar berita. Jauh sekali kalau hendak dipertontonkan kira-kira akaun wang masuk dan wang keluar demi menjaga prinsip ketelusan, keamanahan dan kebertanggungjawaban.

Bukankah ini merangkumi prinsip keamanahan yang mesti dijaga dan diamalkan oleh PAS?

Dalam buku terbarunya “Kafirkah Aku?” guru kampung ini mengimbau perjuangan PAS yang dipimpin oleh insan-insan mithali dari segi perjuangan seperti Tuan Guru Yusof Rawa dan Dato Fadzil Nor. Kedua-dua insan tersebut sentiasa berada di sudut hati beliau dan kedua-duanya juga menjadi mujahid-mujahid ikutan dan sanjungannya.

Buku tersebut juga dengan secara terperinci memaparkan kesan negatif Amanat Haji Hadi yang dibuat pada tahun 1981 itu. Keretakan berpanjangan ahli keluarga, permusuhan anggota masyarakat akibat amalan kafir mengkafir dinukilkan dengan begitu dramatik.

Apakah tindakan cuba menegur kepimpinan dan pengikut yang begitu taksub perlu berakhir dengan pemecatan?

Inilah di antara persoalan yang bermain di minda ahli dan penyokong PAS. Tetapi atas yang mudah diduga mereka memilih untuk berdiam diri dan lebih selesa memandang dari jauh.

Sedikit pengalaman saya yang terlibat dengan kepimpinan tertinggi PAS mendapati bahawa era Dato Fadzil Nor adalah di antara era keemasan selain daripada era sebelumnya ketika PAS dipimpin oleh insan-insan besar seperti Dr Burhanuddin Helmi dan Prof Zulkifli Mohd.

Namun era itu telah berlalu. Kini PAS berada di period yang paling mencabar. Sistem pentadbiran “free for all” tanpa sempadan antara fungsi advisory dan executive adalah di antara halangan pengurusan yang menghambat kelancaran urusan parti.

Pengaruh luar termasuk cengkaman puak parasit atau Anwarinas mencelarukan lagi sistem pengurusan batang tubuh PAS. Atas pengaruh puak ini PAS dilihat semakin hari semakin jauh meninggalkan pengkalan asalnya iaitu perjuangan mendaulatkan Islam.

Apa yang terjadi kepada Cikgu Non, kepada saya dan terkini kepada YB Ust Nasharudin Mat Isa tidak syak lagi adalah permainan politik puak parasit atau Anwarinas itu.

Tinjauan yang dibuat di kalangan ahli dan penyokong PAS menunjukkan bahawa jika trend penguasaan puak parasit atau Anwarinas ini berterusan PAS akan kehilangan wajah aslinya. Atas nama Pakatan Rakyat pula dan dengan kebijaksanaan mainan politik DAP dan PKR, PAS akan dijelmakan sebagai parti yang masih dikaitkan dengan Islam tetapi berjuang atas prinsip liberalisme barat sama seperti apa yang diperjuangkan oleh rakan sejawat politik mereka DAP dan PKR.

Untuk itu manusia-manusia seperti Cikgu Non, Ust Nasharudin dan mungkin saya yang menuntut PAS balik ke perjuangan asal untuk mendaulatkan Islam dilihat tidak mempunyai tempat di dalam parti. Bagi puak parasit kehadiran kami di dalam PAS dianggap seperti duri dalam daging dan kami dituduh sebagai penghalang kepada kerakusan nafsu politik mereka untuk merampas Putrajaya.

Sesungguhnya PAS memerlukan lebih ramai ahli dan penyokong seperti Cikgu Non. Perjuangan dan pengorbanan untuk Islam memang menjadi agenda hidup warga PAS. Pada masa yang sama reformasi dalaman untuk menentukan parti tidak kehilangan arahtuju juga sama pentingnya.

Ahli dan penyokong PAS sudah maklum betapa hinanya parti itu diasak oleh DAP dan PKR. PAS dijadikan alat oleh mereka yang gila kuasa. Atas nama kuasa parasit atau Anwarinas sanggup menggugurkan negara Islam dan hudud. Atas nama kuasa juga mereka rela dihina dan diaibkan oleh pimpinan DAP dan PKR.

Itulah PAS. Hanya orang seperti Cikgu Non, guru sekolah rendah kampung yang sanggup tampil kehadapan. Beliau menjadi mangsa di atas keberaniannya untuk cuba membawa PAS kembali kelandasan asalnya.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
13 Februari 2013

Badrul Amin Bercerai Dengan Isteri Keduanya Fiona...


Semalam, Badrol Amin telah pergi ke mahkamah syariah Hulu Langat atas kes penceraiannya dengan bini kedua beliau, Ina Fiona. Badrul Amin hadir pada jam 8.30 pagi bersama peguam syariahnya untuk perbicaraan.

Mengikut rekod, Badrul Amin menceraikan isteri keduanya, Ina Fiona kerana sudah tidak sefahaman lagi semenjak kes khalwat di sebuah hotel di Kuantan tahun lalu. Semenjak dari itu, mereka kerap bergaduh dan Badrol Amin juga jarang pulang ke rumah isteri keduanya.

Mengikut sumber yang rapat dengan Ina Fiona juga memberitahu tuntutan cerai Badrul Amin yang juga Ketua Cabang PKR Sabak Bernam telah disuarakan sejak 2-3 bulan lepas namun baru hari ini kes penceraian dijalankan di mahkamah.


Pada Februari 2012,  Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan.

Katanya, kejadian tersebut adalah satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Apa kejadahnya duduk dalam bilik hotel bersama bini orang pada jam 3:00 pagi? Inilah dia Ustaz alim kucing namanya...

Menurut sumber lain difahamkan, Badrul Amin terpaksa menceraikan Ina Fiona bagi membolehkan dia menikah dengan Zati Iwani, isteri orang yang ditangkap khalwat dengannya di Kuantan Februari 2012.

Berapa banyak bini Ustaz PAS ni nak haa......?

Pemuda UMNO Mahu Bela Nasib 240,000 Orang Muflis


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan ‘kelonggaran’ kepada 240,000 individu berstatus muflis dari pelbagai sektor di negara ini untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Sohaimi Shahadan menegaskan usaha itu perlu dilakukan kerana terdapat sebahagian besar yang diisytihar muflis adalah golongan muda berumur di bawah 40 tahun.

Sohaimi memberitahu sidang media di pejabatnya dekat Selayang petang Rabu, satu forum akan diadakan bagi mencari penyelesaian kepada isu tersebut.

Forum tersebut bertajuk Muflis@Bankrap Anda Masih Ada Peluang Kedua’ akan dijadikan platform kepada pihak terbabit mengupas masalah itu dan mencari satu formula terbaik untuk di bawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membawa perubahan kepada Akta Kebankrapan 1967.

Katanya, “forum itu dijangka akan mencapai satu kesepakatan mengenai bagaimana status muflis individu terbabit dan mencari jalan untuk memberi ‘kelonggaran’ menjalani kehidupan seperti biasa.”

Menurut Sohaimi, “forum ini akan diadakan pada 18 Februari ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), akan menghimpunkan beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Bank Negara Malaysia serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO).”

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, “berdasarkan maklumat yang dikumpul sejak 18 Disember lalu, terdapat lebih 1,000 maklumbalas termasuk pendapat serta pandangan berhubung isu berkenaan dan menerusi forum itu nanti, pelbagai persoalan mengenainya akan cuba diselesaikan.”

Katanya, “berdasarkan rekod, pihaknya mendapati, ramai yang bankrap disebabkan pinjaman sewa beli kenderaan iaitu sekitar 26 peratus, pinjaman perumahan (12 peratus),hutang (21 peratus), pinjaman persendirian (13 peratus) dan pinjaman perniagaan sebanyak 11 peratus.”

Pada forum tersebut beberapa orang panel yang arif mengenai isu ini dijemput untuk mengupas permasalah tersebut, antaranya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan serta Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua, Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Sohaimi menyeru orangramai turut serta di dalam perbincangan forum dan memberikan pandangan kerana hasil maklumat akan dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa.

“Saya yakin, akta baru akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini untuk lebih memberikan lebih ruang kepada orang bankrap mendapat peluang kedua,”  katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua atau menghubungi sekretariat di talian 017-7157171.

-Agendadaily

Video Panas Anwar Ibrahim Jatuh Di Hadapan Pentas Ceramah!


Cer tengok muka Anwar merah masa jatuh di Pengkalan Pegoh... Lepastu siap kontrol macho lagi, kononnya tidak ada apa-apa yang berlaku... Samalah dengan setiap siri pembohongan yang dilakukan oleh Anwar...

Jangan kata pulak Anwar sedang betulkan pinggang pulak...

Berita terdahulu baca kat sini : Bala: Anwar Ibrahim Jatuh Sebaik Sahaja Tiba Di Pengkalan Pegoh

Video URL: http://youtu.be/qObdIEUT8Ro

Pihak Berkuasa Kepung Kumpulan Militan Bersenjata Warga Asing di Lahad Datu


Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk Selasa disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.




"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam Rabu.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Dis lepas.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara".

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara itu.

Bala: Anwar Ibrahim Jatuh Sebaik Sahaja Tiba Di Pengkalan Pegoh


Hari ini kita saksikan bala menimpa kepada "Huguan Siou Malaysia". Gelaran yang tidak direstui oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Berbalik pada cerita Anwar terjatuh sebaik sahaja tiba di tanah Pengkalan Peguh adalah satu peristiwa malang dan mungkin lebih sesuai untuk ditakrifkan sebagai “ bala”  buat Anwar Ibrahim.

Menurut sumber blog Sungai Rapat Online sebaik sahaja Anwar Ibrahim menjejakkan kaki di bumi Pengkalan Pegoh, Anwar terus jatuh macam nangka busuk.

Nasib baik berjaya diselamatkan oleh 6 orang pengawal peribadinya dan mereka memimpin Anwar Ibrahim terus ke pentas ceramahnya di hadapan Markas Pas Kampung Pengkalan Pegoh.

Ini menunjukkan bahawa bumi Pengkalan Pegoh pun tak nak terimanya masakan penduduknya.


Majoriti yang hadir dalam ceramah Anwar Ibrahim adalah orang luar dan hanya segelintir sahaja orang tempatan itupun orang Umno yang kecewa tak dapat projek, kecewa tak dapat jadi pemimpin dan penyokong tegar Pas kawasan Pengkalan Pegoh.