Friday, February 15, 2013

Dr Haron Din Keluar PAS ?


Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Menurut sumber Dato' Haron Din dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

Dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

Berita terdahulu: Isu Kalimah Allah: Haron Din Menerima Ugutan Dan Dimaki Kerana Tak Setuju

Isu Kalimah Allah: Haron Din Menerima Ugutan Dan Dimaki Kerana Tak Setuju


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung.

Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu.

Video URL: http://youtu.be/mB7HcyRvX3o



Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat.

"Ada kesannya kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah?

"Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang...saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang selama-lamanya.

Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini.

Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.

"Kalau kita benar dan kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau.

-Antarapos


Ambiga Mengamuk Teater "Asmara Songsang" Mahu Basmi Gejala LGBT


Gejala homoseksual atau LGBT yang semakin menular membawa kepada pementasan teater muzikal "Asmara Songsang". Sudah pasti orang pertama mengamuk dengan pementasan teater ini ialah Datuk S.Ambiga, beliau Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.


Ambiga bukan sahaja dilihat menyokong perjuangan LGBT malahan mempromosikannya di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Berbalik kepada pementasan "Asmara Songsang" ini mengisahkan golongan LGBT yang menuntut hak supaya kerajaan menghalalkan pergerakan mereka.

Pihak produksi menolak jika pementasan ini mempunyai kaitan dengan mana-mana individu mahupun bermotifkan politik.

Selain Rahman Adam selaku pengarah, teater ini dijayakan Pak Ngah sebagai pengarah muzik dan Lokman Ghani selaku pengarah seni.

Menurut penerbit teater itu, Norazman Huasain Sahib Marican, pihaknya mempunyai tempoh tujuh bulan untuk melaksanakan perancangan tersebut sehingga hujung tahun ini.

"Kami merancang untuk membawa teater ini ke 12 negeri sehingga hujung tahun ini. Jadi, ia tidak terhenti di sini (Istana Budaya)... kami ada tempoh tujuh atau lapan bulan untuk laksanakan," katanya pada sidang media Teater Muzikal Asmara Songsang di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pengarah teater tersebut, Rahman Adam berkata, idea teater itu tercetus ekoran gejala sosial melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin meruncing di Malaysia.

"Saya terpanggil untuk buat sesuatu sebagai karyawan seni untuk menentang isu LGBT yang telah masuk ke dalam masyarakat kita sehingga ke murid sekolah.

"Untuk merealisasikan itu, maka terbentuklah teater ini. Ia bawa mesej yang sangat kuat kepada masyarakat," katanya.

Mengulas soal pementasan teater tersebut secara percuma, Rahman berkata, teater tersebut bukan untuk mengaut keuntungan.

"Teater ini percuma, bukan untuk kaut keuntungan tetapi sebagai amal jariah.

"Kami mahu menyedarkan masyarakat belia dan ibu bapa tentang gejala ini," katanya yang menulis skrip teater muzikal itu hanya dalam seminggu.

Pementasan 100 minit itu dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Radhi Khalid, Kamal Adli dan Julia Ziegler.

Sementara itu, Rahman berkata, teater muzikal tersebut juga akan difilemkan tahun ini.

"Teater ini akan difilemkan tetapi mungkin jalan ceritanya akan diubah sedikit ikut kesesuaian," katanya.

Teater Muzikal Asmara Songsang akan bermula dengan pementasan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini.

Bala: Anwar Pakai Sebelah Kasut Sebelah Selipar Di Pentas Ceramah



Gambar ini dirakamkan di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina 2013

Bertempat di perkarangan tapak letak kenderaan Pasar Awam Balik Pulau, Pulau Pinang telah diadakan satu majlis makan malam pada 12 Feb 2013 semalam. Majlis ini dipengerusikan oleh Lim Boon Tong, Pengerusi JKKKN Titi Serong dan Yusry bin Yaakob, Pembantu Khas Speaker Dun Pulau Pinang. Kehadiran pada malam tersebut hanyalah seramai 1300 orang yang terdiri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat, Ahli serta penyokong PR serta penduduk setempat.

Bukan semua orang yang pakai kasut dengan selipar ketika berada di pentas ceramah hanya orang gila jer pakai macam ni...

Inilah salah satu peristiwa malang atau “ bala” buat Anwar Ibrahim. ok bye...

Video Anwar Ibrahim Kata Nik Aziz Tak Tahu Agama, Hadi Pula Pak Turut


Isu kalimah Allah, DSAI telah membuktikan beliau lebih arif tentang soal agama berbanding dengan Nik Aziz dan Hadi mahupun Majlis Syura PAS. Apa puak PAS nak jawab? Puak PAS tak serik nak bersama Anwar Ibrahim lagi ke?

Artikel seterusnya di sini...

Video URL: http://youtu.be/mQNnZvEdwAU

Khalid Gagap Tak Hormat Sultan Selangor


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei pada 25 Februari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dulu sebelum bercakap mengenai pembubaran DUN.

"Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran DUN) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini.

"Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini...," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan DUN lebih awal.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik, khamis.

Beliau berkata, hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ceramah Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) Di Pekan Hanya Bertemankan Kerusi Dan Khemah Yang Gah!


Kehadiran Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) yang dikatakan NGO pelajar tajaan pihak pembangkang, di Pekan dilihat tidak diterima oleh masyarakat tempatan.

Yang nyata masyarakat tempatan tidak akan memperjudikan nasib mereka di tangan mahasiswa yang masih sangat mentah dalam pemahaman politik tanah air.

GM13 dilihat terdesak apabila melancarkan kempen awal di Pekan, mereka sebenarnya ketagihkan undi dari masyarakat tempatan. Dengar khabar bajet pun dah turun berjuta-juta, langkah awal ialah menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak.

Tapi malangnya niat jahat mereka tidak mendapat sambutan yang menggalakan... ceramah politik mereka hanya bertemankan kerusi dan khemah yang gah! Ayam pun malu nak bertenggek kat atas kerusi tu...


Inilah balasan kepada kumpulan GM13 yang secara tidak hormat dan tidak matang mencabar Perdana Menteri Malaysia untuk bertanding di Parlimen Pekan, Pahang sempena PRU 13 ini.

Kalau warga pekan pun tak suka kehadiran GM13... paham-paham la.. angkat kaki blah la, tak payah nak tabur fitnah sana sinun lagi... Nanti bila benjol kat dahi jangan salahkan UMNO pulak....

Peringatan sekali lagi.. sebelum masuk kampung orang minta la izin dengan Ketua kampung dulu, jangan main redah je... Buktikan yang anda ini mahasiswa yang beraklah tinggi... bukan mahasiswa hampeh!


Kalau macam ini punya gaya nak tumbangkan PM pada PRU 13 ini... Nasihat abang kepada adik-adik GM13 balik lah... teruskan pelajaran jangan rosakkan masa depan anda kerana nafsu Anwar Ibrahim.

Photo Keristerjolok

PKR & DAP Bertelagah Rebut Kerusi Parlimen Gelang Patah


DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat terus bertelagah tentang parti mana yang lebih layak meletakkan calon di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

PKR Johor yang bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dan 2004, berkeras mahukan calonnya terus bertanding di kerusi Parlimen itu, tetapi pendirian mereka dibantah oleh DAP.

DAP mahukan di bawah sistem giliran, parti itu diberikan peluang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah pada PRU-13, selepas giliran itu diberikan pada PKR pada dua edisi pilihan raya umum sebelum ini.

Menurut Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, keputusan akhir tentang parti mana yang berhak bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah akan ditentukan pucuk pimpinan pakatan pembangkang.

Ditanya tentang kenyataan pemimpin tertinggi DAP bahawa anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong akan diletakkan sebagai calon Parlimen Gelang Patah pada PRU-13, Dr Boo yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai enggan mengulas mengenainya. Bagaimanapun komennya menerusi laman Twitter baru-baru ini mengatakan Liewsebagai anggota pembuat dasar yang muda dan bertenaga perlu diberikan peluang untuk bertanding di Gelang Patah.

Pencalonan Liew sebagai calon DAP di Gelang Patah diumumkan Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai baru-baru ini.

Dr Boo berkata kerusi Parlimen Gelang Patah itu secara tradisinya adalah milik DAP, tetapi dilepaskan kepada Parti Rakyat Malaysia sebelum ia bergabung dengan PKR di bawah sistem penggiliran.

"Kita hanya melepaskan kerusi (Gelang Patah) itu pada 1995 kerana menghormati bekas Ketua Parti Rakyat Malaysia Johor dan bekas ketua PKR Johor (allahyarham) Abdul Razak Ahmad," katanya kepada Bernama Khamis.

Kerusi Parlimen Gelang Patah itu dikembalikan semula pada DAP pada pilihanraya umum 1999, bagaimanapun di bawah sistem penggiliran, PKR diberikan kepercayaan untuk menandinginya pada pilihan raya umum 2004 dan 2008. Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Tan Ah Heng mengalahkan calon PKR, Dr Zaliha Mustafa dengan kelebihan 8,851 undi.

Parlimen Gelang Patah mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri, Skudai dan Nusajaya.

Sementara itu Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mengambil sikap berdiam diri ketika dihubungi tentang keputusan DAP untuk meletakkan Liew sebagai calon di Gelang Patah.

"Biarkan mereka (DAP). Mereka boleh bercakap apa sahaja, inikan negarademokrasi.

"Perkara itu (isu kerusi Parlimen Gelang Patah) akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan rakyat," katanya.

Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR negeri juga enggan memberi reaksi balas terhadap pengumuman DAP tentang pencalonan Liew itu.

Setakat ini katanya, pucuk pimpinan pakatan pembangkang masih belum membuat keputusan tentang parti mana yang berhak meletakkan calonnya di Parlimen Gelang Patah.


-Bernama

Skandal Tanah: Sampai Bila Rakyat Kelantan Mahu Bersabar?


Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 – 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 – 2013 (23 tahun), bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS.

Suka atau tidak, rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar.

Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975, rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain.

Kini di abad millenium, peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan PAS Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah ‘bermurah hati’ memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar.

Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya. Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan.

Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya, manakala ramai pemimpin PAS yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat, dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah.

Pemimpin PAS yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga. Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata.

Di masa yang sama berbelas orang pemimpin PAS negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut. Anak dan isteri pemimpin PAS tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan.

Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin PAS negeri.

Dalam tempoh beberapa ketika berlalu, juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang.

Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Entah sampai bila mahu bersabar, lagi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri.

Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan, di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh. Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun.

Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini, sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan, sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina.

Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan, jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan PAS Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun.

Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan PAS Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit.

Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan PAS Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya.

Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain? PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku.

Jika tidak sekarang, sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain, barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri? Tepuk kepala tanya akal yang waras!!!

Berita Penuh Kematian Wanita Di Times Square


Satu kejadian tragis berlaku pada Hari Kekasih di mana seorang wanita berusia 36 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi.

Wanita yang dikenali sebagai Choo Czek Yeng dilihat sedang berdiri pada barisan penghadang sebelum jatuh ke bawah.

Dia kali terakhir dilihat berada di situ pada jam 10.00 pagi.

Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad memaklumkan tiada sebarang kecederaan lain pada badan mangsa.

Kata beliau, setakat ini tiada saksi yang tampil mendakwa melihat wanita itu terjun.

Selain itu katanya tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian tersebut.

Seorang kakitangan pusat membeli-belah terbabit ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak pengurusan tidak mempunyai banyak maklumat tentang kejadian itu.

“Tiada komen. Kami serahkan pada pihak polis kerana mereka yang menyiasat kes ini. Saya minta maaf,” kata kakitangan tersebut yang enggan dikenali.

Berita terdahulu: Remaja 19 Tahun Mati Bunuh Diri Di Times Square


Thursday, February 14, 2013

Anwar "Huguan Siou" Sudah Sedia Dana RM2 Billion?


Gelagat Anwar - Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, ramai wajah baru yang dipanggil mengadap Huguan Siou di Tropicana. Wajah-wajah yang tak biasa nampak pun ada. Kata seorang pegawai HQ, ini adalah pemandangan biasa 5 tahun sekali. Akan ada wajah-wajah baru yang dipanggil datang.

Antara yang semakin kerap berada di HQ kebelakangan ini adalah Rahim Ghouse dan beberapa orang budak muda (investment bankers) yang diajak masuk berbincang. Mat saleh pun ada. Tapi jarang-jarang sekali.

Huguan Siou sudahpun memberikan komitmen PERIBADI, bahawa dia sanggup menyediakan DANA KHAS sebanyak RM2 bilion menjelang PRU kali ini. Angka ini nampak tidak banyak. Tetapi sebagai seorang Huguan Siou, dia tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar.

Usaha sedang dilakukan oleh Rahim Ghouse dalam menentukan kaedah kemasukan wang yang paling selamat dan gagal dikesan. Pasaran saham, Bursa Malaysia dijangka dijadikan alat yang paling penting.

Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa. Perhatikan sahaja.

Blog ini boleh namakan beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA, MKN dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan.

RM2 bilion ini akan difaraidkan ke kawasan-kawasan Parlimen/DUN yang dirasakan berpotensi dan boleh menang.

SEMENANJUNG

Fokus Huguan Siou pada ketika ini adalah 50 kerusi Semenanjung yang dirasakan paling mahu diberikan perhatian. 31 kerusi PKR sedia ada; dan 9 kerusi baru 9 kerusi baru yang bakal mendapat dana yang lebih besar adalah seperti berikut:-

1. Bukit Katil (Shamsul Iskandar)
2. Pandan (Rafizi Ramli)
3. Gelang Patah
4. Alor Setar
5. Temerloh (SA?)
6. Sabak Bernam (Dr Aziz Bari)
7. Lumut
8. Ledang
9. Muar.
10 kawasan lain sedang diperhatian secara halus oleh Saifuddin Nasution. Masih dalam kedudukan ragu.

Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Dr Aziz Bari dan Temerloh (?) dikatakan antara kerusi yang dikategorikan sebagai WAJIB MENANG (dan peruntukan yang lebih dijangka akan diberikan kepada bakal calon dan jentera kawasan terbabit). Demikian juga untuk 5 kerusi yang lain. Untuk 9 kawasan ini sahaja, Huguan Siou sanggup allocate sehingga RM8 juta jika diperlukan untuk setiap kawasan Parlimen. Shamsul Iskandar tidak boleh tewas. Rafizi wajib dipastikan kemenangan. Itu arahan khas Huguan Siou.

Untuk 31 kawasan yang sedia ada menang, peruntukan antara RM3 juta setiap kawasan adalah memadai. Dana untuk 31 kawasan PKR lain akan diuruskan secara ‘centralized’ oleh Azmin Ali dan beberapa orang akauntan bertauliah. Makna kata, dalam jagaan Azmin sahaja hampir RM100 juta. Ini dana untuk jentera/bakal calon semata.

SABAH

Peruntukan Huguan Siou yang lebih besar akan dihalakan ke Sabah.

Huguan Siou mahukan peruntukan besar diberikan kepada setiap kawasan Parlimen – tetapi tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan.

1. Penampang
2. Kota Belud
3. Tuaran.
4. Kota Marudu
5. Putatan
6. Libaran
7. Tawau (masih dalam negotiation).

Untuk 7 kawasan ini; RM5 juta dirasakan memadai. RM35 juta untuk 7 kawasan Parlimen di Sabah adalah satu angka yang sangat munasabah kepada Huguan Siou.

SARAWAK

Tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan Parlimen:-
1. Stampin (P196)
2. Miri (P219)
3. Lawas (P222)
4. Selangau (P214)
5. Julau (P209)
6. Saratok (P205)
7. Mambong (P198)

Pada asasnya bersetuju menggunakan kaedah sama di Sabah; RM5 juta untuk setiap kawasan Parlimen yang dinyatakan.

Peruntukan dana pilihanraya kali ini akan dikendalikan dengan cermat dan hati-hati. Tidak mahu ada yang terkesan di atas radar SPR dan agensi keselamatan lain. Akaun-akaun khas sudahpun diwujudkan bagi memastikan semuanya dilakukan secara ‘legal’ dan terperinci. Masih banyak lagi dana yang boleh digunakan.

Kalau menurut laporan semasa, setiap DUN PKR juga akan menerima peruntukan yang besar. Tumpuan, sekali lagi kepada Sabah dan Sarawak.

Dana Khas Huguan Siou ini tidak termasuk dana Selangorku, dana luar dan dana politik Pakatan Rakyat. Ini peruntukan khas Huguan Siou. Bantuan Pilihanraya Huguan Siou (BPHS2013).

Sebar Fitnah, Harakah Akan Tarik Balik Artikel Mat Sabu


Lidah pembohong Pas, Harakah, akan menarik balik kenyataan berhubung dakwaan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu dalam satu artikel terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad atau Mat Sabu ketika dihubungi wartawan menganggap isu kenyataannya itu telah selesai.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bila Harakah akan berbuat demikian.

Mohamad dilaporkan berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataannya mengenai 'projek kad pengenalan' di Sabah.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dakwaan Mat Sabu yang disiarkan Harakah awal bulan ini jelas adalah fitnah terhadapnya.

Wan Ahmad merujuk kepada artikel bertajuk "Ragu peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan".

Kalau tak menipu, bukan PAS namanya. Kata parti yang perjuangkan Islam, takkan sampai dah tak tahu berdosa kalau menybarkan fitnah. Apa la nak jadi dengan puak PAS ni..

Berita terdahulu : Fitnah: Timbalan Pengerusi SPR Nak Saman Mat Sabu Dan Harakah

Fitnah: Timbalan Pengerusi SPR Nak Saman Mat Sabu Dan Harakah


"Wan Ahmad tidak boleh dipercayai" - hebat bunyi tajuk pada akhbar Harakah baru ini menyentuh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ia merujuk kepada dakwaan konon beliau terlibat dalam projek seleweng kad pengenalan untuk bantu menangkan Barisan Nasional di Sabah.

Apa yang nyata karut pada dakwaan itu ialah pada masa beliau dikaitkan itu,Wan Ahmad belum lagi bertugas dengan SPR.

Waktu itu  beliau berkhidmat sebagai diplomat di Kedutaan Malaysia di Amerika.

Jadi memang sah ia fitnah.

Atas sebab ini Wan Ahmad akan saman Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu,akhbar Harakah dan tiga pihak lain.

Bercakap dalam sidang akhbar di Shah Alam Khamis Timbalan Pengerusi SPR itu kata beliau telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok (Jumaat).

Katanya kalau gagal beliau akan failkan saman terhadapnya.

Menurut Wan Ahmad memang ada pegawai SPR lain yang bernama " Wan Ahmad " tetapi orang itu sudah meninggal dunia.

"Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

"Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut",katanya.

Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf.

"Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja,"tegasnya.

-Agendadaily

DAP Intai Rahsia Pertemuan Sulit Anwar-Haron Din


Pertemuan sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mencetuskan pelbagai tanda tanya.Haron sudah mengesahkan pertemuan itu tetapi menolak cakap-cakap bahawa Ketua Umum PKR itu berjumpa beliau ada kaitan desas desus kononnya majlis syura ulama menolak Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah selepas PRU 13.

Apa sebenar dibincangkan Haron dan Anwar hanya diketahui mereka dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengakui turut serta dalam pertemuan itu.

Justeru itu, pertemuan sulit itu sudah jadi buah mulut bukan sahaja dikalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS tetapi pemimpin DAP kerana merasakan ‘ada sesuatu’ mahu disembunyikan Anwar berhubung
perjumpaannya dengan Haron pada awal bulan ini.

Tambahan pula ada media melaporkan majlis syura bukan sahaja menolak Anwar dilantik sebaga perdana menteri tetapi berkemungkinan seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.

Untuk rekod, sebelum ini ura-ura sama pernah jadi bualan dalam pakatan pembangkang malah antara nama berkemungkinan dilantik sebagai Perdana Menteri adalah Tengku Razaleigh Hamzah.

Ku Li dilihat pembangkang sebagai tokoh yang layak dilantik jadi PM selain Anwar memandangkan ahli parlimen Gua Musang itu dikatakan tidak ada masalah dengan pemimpin pembangkang dan sesetengah pemimpin UMNO.

Itu cerita hampir dua tahun lalu dan sejauh mana kebenaran dakwaan majlis syura membincangkan menolak Anwar dan mencadangkan nama lain, masih belum terjawab kerana tidak ada mana-mana ahli majlis syura mengesahkannya.

Apapun ada juga lojiknya Anwar dikatakan berjumpa Haron untuk ‘meminta nyawa’ jika desas desus mengenai majlis syura itu benar.

Anwar mungkin boleh berjumpa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘meminta nyawa’ untuk terus jadi PM tetapi Menteri Besar Kelantan itu sudah belajar kesilapannya daripada isu kalimah Allah.

Nik Aziz yang sebelum ini menyokong kalimah Allah boleh digunakan agama lain akhirnya terpaksa tunduk dengan keputusan majlis syura ulama bahawa kalimah itu hanya untuk agama Islam sahaja.

Sebab itu Anwar terpaksa berjumpa Haron untuk menjelaskan pendirian pakatan rakyat sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan agama lain tetapi mendapat tentangan majlis syura ulama.

Namun, pertemuan yang membelakangkan DAP sebagai sekutu dalam pakatan tentu menyebabkan timbul rasa curiga pemimpin-pemimpin DAP.

Sebab itu, Pengerusi DAP Karpal Singh pada Selasa mengulangi pendirian partinya mahu Anwar sebagai PM jika pakatan rakyat memerintah negara kelak.

Beliau sengaja membuat perakuan itu untuk mendapat reaksi balas daripada pemimpin PAS sama ada menyokong pendirian DAP dan pakatan rakyat sebelum ini yang tetap mahu memilih Anwar sebagai PM.

Malah, Karpal menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

Sebelum ini pun, sudah timbul keraguan dalam DAP dan PKR apabila ada pemimpin PAS pada Muktamar parti tahun lalu mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dipilih sebagai PM.

Walaupun Hadi menegaskan sanggup jadi nelayan bukannya PM tetapi sesetengah pemimpin PAS yang tidak tergolong dalam kelompok Anwarinas mahu Hadi jadi PM memandangkan Anwar berdepan banyak isu moral.

Persoalan ini terutama topik pertemuan Anwar dan Haron akan terus cetus macam-macam spekulasi selagi Haron atau PAS tidak berterus terang kepada ahli-ahli dan penyokong parti itu.

DAP tentu tidak senang dengan dengan pertemuan sulit Anwar dan Haron.

Manakala bagi pemimpin, ahli-ahli serta penyokong PAS, mereka tentunya tidak berharap jawapan daripada Anwar kerana mereka tahu Anwar akan cerita atau janji lain dengan DAP dan ‘cerita lain’ juga
bila berjumpa PAS.

Mungkin juga yang tersepit dalam hal ini adalah Haron kerana pertemuan sulit itu mengejutkan banyak pihak dalam PAS yang selama ini tahu Haron tidak begitu mesra dengan Anwar.

Justeru itu Haron kena beringat kerana jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Tidak mustahil selepas Nasharuddin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulamak, selepas ini giliran beliau pula.

Jika tidakpun, Haron mungkin akan dikorban dalam PRU 13 apabila PAS menamakannya sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Arau, Perlis.

Sekiranya Haron tewas dalam cubaan kali ketiga sebagai calon PRU – bermakna kredibiliti serta pengaruh Haron dalam PAS sudah tiada lagi dan sekaligus menunjukkan jalan keluar beliau daripada jemaah PAS.

-Agendadaily

Remaja 19 Tahun Mati Bunuh Diri Di Times Square


Sebentar tadi telah berlaku kejadian menyayat hati dimana seorang wanita ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square ( berhampiran lif bertanda U Mobile) pada tengah hari tadi ( 14 Februari 2013 ) dalam keadaan yang mengerikan dimana kepalanya pecah dan berlumuran darah.

Menurut maklumat, wanita tersebut dikatakan terjatuh dari tingkat tinggi ( yang tak dapat dipastikan tingkat berapa – menurut sumber dari tingkat 6 ) bangunan pusat beli belah tersebut. Masih belum dapat dipastikan samada wanita tersebut membunuh diri atau dibunuh atau terbunuh.

Gambar ini dirakam oleh penguna media social Facebook dan Twitter yang kebetulan berada di sana.