Friday, February 15, 2013

Ambiga Mengamuk Teater "Asmara Songsang" Mahu Basmi Gejala LGBT


Gejala homoseksual atau LGBT yang semakin menular membawa kepada pementasan teater muzikal "Asmara Songsang". Sudah pasti orang pertama mengamuk dengan pementasan teater ini ialah Datuk S.Ambiga, beliau Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.


Ambiga bukan sahaja dilihat menyokong perjuangan LGBT malahan mempromosikannya di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Berbalik kepada pementasan "Asmara Songsang" ini mengisahkan golongan LGBT yang menuntut hak supaya kerajaan menghalalkan pergerakan mereka.

Pihak produksi menolak jika pementasan ini mempunyai kaitan dengan mana-mana individu mahupun bermotifkan politik.

Selain Rahman Adam selaku pengarah, teater ini dijayakan Pak Ngah sebagai pengarah muzik dan Lokman Ghani selaku pengarah seni.

Menurut penerbit teater itu, Norazman Huasain Sahib Marican, pihaknya mempunyai tempoh tujuh bulan untuk melaksanakan perancangan tersebut sehingga hujung tahun ini.

"Kami merancang untuk membawa teater ini ke 12 negeri sehingga hujung tahun ini. Jadi, ia tidak terhenti di sini (Istana Budaya)... kami ada tempoh tujuh atau lapan bulan untuk laksanakan," katanya pada sidang media Teater Muzikal Asmara Songsang di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pengarah teater tersebut, Rahman Adam berkata, idea teater itu tercetus ekoran gejala sosial melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin meruncing di Malaysia.

"Saya terpanggil untuk buat sesuatu sebagai karyawan seni untuk menentang isu LGBT yang telah masuk ke dalam masyarakat kita sehingga ke murid sekolah.

"Untuk merealisasikan itu, maka terbentuklah teater ini. Ia bawa mesej yang sangat kuat kepada masyarakat," katanya.

Mengulas soal pementasan teater tersebut secara percuma, Rahman berkata, teater tersebut bukan untuk mengaut keuntungan.

"Teater ini percuma, bukan untuk kaut keuntungan tetapi sebagai amal jariah.

"Kami mahu menyedarkan masyarakat belia dan ibu bapa tentang gejala ini," katanya yang menulis skrip teater muzikal itu hanya dalam seminggu.

Pementasan 100 minit itu dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Radhi Khalid, Kamal Adli dan Julia Ziegler.

Sementara itu, Rahman berkata, teater muzikal tersebut juga akan difilemkan tahun ini.

"Teater ini akan difilemkan tetapi mungkin jalan ceritanya akan diubah sedikit ikut kesesuaian," katanya.

Teater Muzikal Asmara Songsang akan bermula dengan pementasan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini.

No comments: