Saturday, March 2, 2013

Simbol Salib & Reka Bentuk Buku Manifesto Pakatan Terus Jadi Kontroversi


Wujudnya satu logo berbentuk salib yang beridentiti agama Kristian dalam muka depan buku manifesto Pakatan pembangkang bertajuk “Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat” terus jadi kontoversi kerana menggambarkan satu percubaan terancang untuk meletakkan kesamarataan dalam beragama di Malaysia.

Menurut wikipedia agama di Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan dengan bilangan penganutnya 61.4 peratus, diikuti dengan Budhha, 17.8 peratus dan Kristian berada di tempat ketiga dengan 9.2 peratus.

Selain itu, penganut Hindu, 6.3 peratus; Confucianism, Taoism dan lain-lain agama tradisi Cina, 1.2 peratus dan tidak beragama 0.7 peratus.

“Nampaknya penekanan diberi untuk Islam dan Kristus (yang mahu) disamatarafkan,” komen Gabriel Al Iman yang mengulas simbol-simbol dalam buku manifesto Pakatan itu.



Seorang lagi pengomen, Zapata mempertikaikan kenapakah simbol agama Islam tidak diterjemahkan dengan jelas berbanding dengan simbol salib, Kristian.

“Kubah sahaja tidak melambangkan Islam. Kita (kena) tengok balik asal usul kubah itu. Kubah terdapat dalam seni bina pelbagai masyarakat dunia, tidak kepada orang Islam sahaja.

“Apa yang pasti beza kubah masjid orang Islam adalah pada bulan sabitnya yang mempunyai bentuk yang spesifik berbanding dengan kubah rumah ibadat agama-agama lain.

“Soalannya di sini ada tak unsur agama Islam yangg jelas di dalam manifesto itu? Di manakah martabat agama Islam di dalam perjuangan PR?,”soalnya.

Zakir mempersoal tentang simbol ‘tapak tangan terbuka’ yang diulangi dua kali yang sering dikaitkan dengan kebebasan hak asasi manusia dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

“Sebagaimana yang semua orang tahu, simbol tangan dikembangkan adalah sinonim dengan simbol hak asasi manusia atau kebebasan termasuk dalam urusan seks (baca LGBT).

“Justeru, adakah simbol sama yang disertakan dalam imej manifesto pakatan memungkinkan LGBT akan diiktiraf jika pakatan ditakdir memerintah Malaysia sekaligus mengetepikan sentimen agama dan sosiobudaya tanahair?, soalnya.

Selain itu, Zakir turut hairan dengan reka bentuk susunan simbol-simbol itu.

“Yang paling menimbulkan tandanya, apakah maksud kotak-kotak yang disusun secara menyenget berselang seli di antara warna jingga dan putih? Kenapa bentuk kotak-kotak, bukannya bulat?

“Untuk pengetahuan semua, corak kotak-kotak yang disusun secara berselang seli (hitam-putih) pada kedudukan menyenget (bentuk diamond) adalah corak lantai rumah Grand Lodge tempat pengikut-pengikut Freemason berkumpul.

“Justeru, mungkinkah fikrah Yahudi lahnatullah melalui pergerakan Freemasonry bakal dikembangkan jika ditakdirkan pakatan memerintah Malaysia?

“Terlalu banyak persoalan-persoalan yang memerlukan penjelasan di sebalik imej manifesto Pakatan. Dan siapakah yang sebenarnya yang menjadi dalang menjelmakan imej terbaru ini yang banyak menimbulkan misteri dan keanehan,”katanya lagi


Pengomen senior laman ini, Angela mengulas persamaan latar belakang reka bentuk buku manisfesto Pakatan yang berpetak-petak warna hitam-putih dengan reka bentuk mosaic, simbol lantai Temple Raja Salomo, lambang kehidupan manusia, berkotak-kotak baik dan jahat.

“Simbolik tahap tertinggi. Pertama perlambangan berkotak-kotak hitam dan putih (checkered) dengan simbol pertubuhan rahsia masonic yang juga boleh membentuk dataran set dan kompas.

“Kedua latar belakang (reka bentuk itu) adalah sejenis simbol rectangle Kristian,”katanya dengan memberi tiga pautan laman sebagai rujukan.

Tiga laman pautan Angela adalah ‘diagonal-fence-seamless-cross-from-circles-elements-background‘, ‘das.cross.tripod.com/swastika.12‘ dan
‘geometrica.20.tripod.com/SWASTIKA.’

Manifesto Pakatan Simbol Kristian ?

AIDC

Pertempuran Lahad Datu: Pemberontak Kibar Bendera Putih, Pura-Pura Serah Diri Sebelum Lepas Tembakan - PM


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perdana Menteri berkata perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

“Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini.

-Bernama

143 Ahli PKR Isytihar Keluar Parti, Sokong BN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Batu Hampar, Parlimen Bukit Katil di sini dibubarkan selepas 143 anggotanya bertindak keluar parti kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan parti itu.

Mereka kemudian berikrar di hadapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, mereka tidak menyertai BN sebaliknya mengumumkan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan dikenali Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM).

Bekas Ketua PKR ranting itu, Tuah Shah Abdul Rahman berkata keputusan untuk keluar PKR dibuat kerana parti itu dilihat tidak membela nasib rakyat.

"Kami beramai-ramai keluar parti sebab sudah sedar PKR bukan sebuah parti yang membela rakyat sebaliknya Umno dan BN memperjuangkan hak rakyat untuk hidup lebih selesa dan terjamin," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian PUAM di sini, malam tadi.

Beliau berkata walaupun kesemua mereka tidak menyertai Umno dan BN tetapi akan membantu BN merampas kembali kerusi dimenangi pembangkang di dalam Parlimen Bukit Katil iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh dan Bachang pada PRU-13.

Sementara itu, Mohd Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata keputusan diambil kesemua 143 anggota PKR itu merupakan satu tindakan yang wajar dan tepat kerana parti pembangkang tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.

Justeru beliau meminta lebih ramai anggota dan penyokong PKR keluar dari parti itu dan bersama-sama Umno dan BN memajukan lagi negara khususnya negeri Melaka.

"Umno negeri Melaka bersedia menerima mereka pada bila-bila masa," katanya.