Tuesday, March 12, 2013

Orang Nombor 2 Pengganas Sulu Mati Terbunuh


Komander Musa merupakan orang nombor dua pasukan pengganas selepas Agimuddin Kiram

Lahad Datu - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

“Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.

-Bernama

Azmin Ali Kantoi Curi Bergambar Dengan Mak Tom!


Kenyataan terbaru Umi Hafilda Ali mengenai sifat munafik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dilihat begitu terdesak sehingga sanggup mengunakan ibu sendiri untuk membersihkan imejnya yang sebelum ini dilabel sebagai anak derhaka. Umi yang membuat kenyataan tersebut pada satu sidang akhbar yang diadakan di Bandar Utama, Damansara Sabtu lalu menegaskan, tindakan abangnya itu sebagai munafik terlampau.

Ia ekoran dari tindakan Azmin yang cuba menipu dan menagih simpati masyarakat dengan memaparkan gambarnya bersama Mak Tom bagi membersihkan imejnya yang tercalar. Sebelum ini ibu kandungnya, Che Tom Yahaya atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Tom tampil meluahkan kekecewaan hatinya berhubung tindakan Azmin yang langsung tidak pulang ke rumah melawatnya walaupun tinggal berdekatan.



Tidak cukup dengan itu, Mak Tom juga merasakan kenyataan balas Azmin yang mengatakan dia menerima bayaran daripada pihak tertentu bagi memburuk-burukkan anak sendiri sebagai derhaka dan biadap.

Wahai Azmin, tiada mana-mana ibu dalam dunia ini yang sanggup memburuk-burukkan anak sendiri demi politik mahu pun wang. Apakah air mata ibu tua ini juga didalangi UMNO? Adakah hancur luluhnya hati seorang ibu tua ini juga didalangi UMNO?

Ekoran kenyataan Mak Tom itu, majoriti masyarakat mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mempersoalkan kredibiliti Azmin selaku pemimpin. Masyarakat mula memandang serong terhadapnya yang dilihat terlalu mengagungkan insan bernama Anwar Ibrahim berbanding ibu kandung dan keluarganya sendiri.

Umi turut berpesan kepada Azmin agar jangan cuba mempolitikkan isu ‘Tanggang’ ini, kerana telah hampir 2 tahun dia tidak pulang ke rumah berjumpa dengan ibunya itu bermula dari bulan Ogos 2011.

Tambah menyedihkan ketika ibu sedang sakit terlantar di hospital, tindakan Azmin yang menyelinap dan mencuri masuk selepas jam 12 malam itu, bukan untuk memohon kemaafan tetapi hanya ingin mencari keuntungan politik. Lebih malang lagi, dia turut menghalau orang gaji Umi yang yang pada ketika itu sedang menjaga Mak Tom kerana telah diberikan ‘heavy sedation’ oleh doktor kerana retak di kepala.

Sandiwara Azmin seolah-olah tiada sempadan apabila langsung tidak menghormati ibu yang sedang menderita sakit semata-mata untuk memastikan jurugambarnya dapat mengambil gambar yang terbaik bagi membodohkan masyarakat. Malah dia turut mengunakan anak-anaknya yang dimasukan sekali di dalam gambar tersebut bagi menolak dakwaan yang dikemukan sebelum ini.

Tidak tahan dengan sandiwara dan drama yang cuba dipertontonkan oleh Azmin itu, Umi lantas tampil membuat kenyataan dan menyelar tindakan tersebut. Umi turut mengatakan sekiranya semua kenyataannya ini fitnah dan tidak benar, maka dia mencabar Azmin untuk membuat laporan polis atas dakwaan fitnah jenayah, mengemukakan saman terhadapnya atau membuat sumpah laknat berhubung isu yang dibangkitkan ini.

Andai diteliti gambar-gambar tersebut, semua dakwaan yang dikemukan oleh Umi itu, ada kebenaranya. Tambahan pula, Azmin gagal memuatnaik sebarang gambarnya sedang berbual mesra dengan ibunya, bagi menolak dakwaan fitnah yang dikatakan kepadanya sebelum ini.

Rationalnya, sekiranya benar semua yang dikatakan sebelum ini adalah fitnah semata-mata, gambar-gambar yang dimuatnaik sepatutnya lebih memaparkan Azmin sedang berbual mesra bersama ibu tercinta. Dan seperti kata Umi, bersamalah kita tunggu kenyataan sebenar Mak Tom berhubung peristiwa ini yang nyata begitu kecewa dengan tindakan anak kandungnya itu.

Monday, March 11, 2013

Top 20 Blog Malaysia Alexa Ranking 2013


Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga 11 March 2013.


Kerjasama menyampaikan maklumat dan berita terkini dari rakan-rakan blogger amat di hargai.... Marilah kita sama-sama gempur pembohongan puak pembangkang!  Untuk Ranking yang seterusnya KLIK SINI

Video Blogger Pembangkang Mengamuk... Marah Wartawan Cabar Bapa Saiful Sumpah Laknat

Inilah dia blogger Tulang Besi @ Rahman Talib

Nama je gempak tulang besi tapi kih kih kih... tang mana yang besinya tu? buat malu nama melayu je lah mamat ni.....

Agendadaily - Ewah...ewah..mak datuk kau... ingatkan penghulu pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim saja suka angin satu badan kalau wartawan tanya soalan panas yang rumitkannya...rupanya penyakit ini dah berjangkit sampai ke blogger pembangkang.

Hello...soalnya apa hak kau nak mengamuk macam orang hilang akal hanya kerana wartawan nak tanya soalan.



Perangai kartun ini berlaku di tingkat bawah ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petang Jaya tengahari Isnin.

Ia berlaku selepas sidang akhbar Azlan Mohd Lazim,bapa Saiful Bukhari Azlan untuk umum dia masuk nak  jadi ahli PKR.

Blogger pembangkang Tulang Besi  tu telah sergah wartawan Agendadaily  (Noor Hasilah) gara-gara geram bertanya kepada Azlan berani tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar.

Jawab soalan berkenaan,Azlan kata dia tidak mahu kerana anggap ia tidak bawa apa-apa makna.

Hairan apa salahnya tanya soalan berkenaan.Ini kerana itu antara jawapan yang semua orang nak tahu dari Azlan.

Ia adalah natural question yang patut ditanya oleh mana-mana wartawan mengenangkan Saiful sendiri dulu sudah sumpah laknat di dalam masjid Wilayah Persekutuan kerana dakwa benar Anwar liwat dia.

Apa ke halnya si Tulang Besi Urat Dawai ini nak melatah macam kucing hilang anak.


Soalan lojik pun tak boleh tanya ke?

Selain angin pada wartawan Agendadaily dia juga mencerca Utusan,TV3 dan Berita Harian.

Amukannya itu hanya terhenti bila disabarkan oleh seorang yang berada dekat situ.

Kebebasan media jenis apa yang kau orang belajar ..ekkks.

Ini macam mau perintah kerajaan....dan lawaknya dok janji bukan main nak jamin baiiikkk punyyya kepada media bebas sebebasnya.

Ringkas cakap.... peeewwweeet .- Oleh Noor Hasilah Ismail

Kakitangan Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan


Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).

Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.

Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.

-Bernama

Kampung Tanduo Kini Bersih, 97 Penceroboh Militan Ditahan

Beberapa buah trak polis yang membawa anggota tentera masuk ke dalam ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tanjung Labian, 14 kilometer dari Felda Sahabat 17.

Lahad Datu: Selepas seminggu Operasi Daulat, polis pada Isnin mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Ahad lalu, seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Beliau berkata kejadian pada Ahad yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya.

Sejak krisis pencerobohan lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac.

-Bernama

Permohonan Mahfuz Batalkan Saman Fitnah Hasan Ali Di Reject !!


Emmmm Kah kah kah kah!!! Ingatkan Mahfuz berani mempertahankan kenyataannya... rupanya dalam diam-diam Mahfuz membuat permohonan untuk membatalkan saman fitnah Dr Hasan Ali...

Inilah dia pemimpin PAS memang suka fitnah orang, sekarang jawab la kat mahkamah!

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar untuk membatalkan saman fitnah Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali terhadapnya berhubung satu kenyataan bahawa beliau menerima bantuan kerajaan.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu media bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan plaintif (Hasan) mempunyai kausa tindakan terhadap defendan (Mahfuz).

Hasnal berkata, mahkamah menolak permohonan Mahfuz dengan kos RM2,000 dan menetapkan 28 hingga 30 Oktober untuk perbicaraan kes saman itu.

Pada 12 April tahun lepas, Hasan memfailkan saman itu atas dakwaan Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun lepas yang kemudiannya diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.

Mahfuz memohon membatalkan saman itu atas alasan pertuturannya dalam sidang akhbar itu bukan satu bentuk fitnah.

-Bernama

Bapa Saiful Enggan Sumpah Laknat


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim enggan membuat sumpah laknat bagi membuktikan bahawa anaknya adalah mangsa konspirasi politik dalam isu Liwat II.

Alasan yang diberikan beliau ialah; bukannya takut tetapi ia tak memberikan apa-apa makna.


Jawapan itu agak menghairankan kerana Azlan pernah membawa anaknya untuk melakukan sumpah yang sama bagi membuktikan kebenaran Saiful diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azlan berkata demikian dalam sidang media ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadialan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya pagi tadi.

Beliau juga menafikan menerima duit daripada Anwar berhubung dakwaan terbarunya.

Sementara itu, sidang media pagi ini dipendekan oleh pihak PKR yang kurang senang dengan soalan-soalan yang ditanya oleh para pemberita.

Tidak sampai 20 minit sidang media itu berlangsung, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menamatkanya dan membawa Azlan pergi ke tingkat lain.

Ramai wartawan yang benggang kerana inikah kebebasan media yang dilaungkan PKR…kebebasan mengikut keuntungan sendiri.

Lebih menarik, seorang blogger pembangkang kemudian bangun dan memarahi wartawan kerana bertanya isu sumpah laknat.

Dia berkata; MELAYU MACAM AWAK SEMUA BODOH!

Mungkin kerana blogger yang tidak dikenali itu tahu kalau Azlan tidak mahu melakukan sumpah laknat seperti yang pernah dibuat anaknya dihadapannya sendiri, sudah tentu dia akan dilihat sebagai menipu bila mendakwa anaknya menjadi mangsa konspirasi dalam Liwat II.-Mynewshub

Berita Terdahulu: Ada Masyuk... Bapa Saiful Bukhari Kini Sertai PKR


Jumlah Pengganas Sulu Ditahan Meningkat 97 Orang


Lahad Datu - Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej. Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata, 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

“Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap,” katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

-Bernama

Ada Masyuk... Bapa Saiful Bukhari Kini Sertai PKR


Nampaknya pancing Anwar sudah kena.... kata orang kalau nak tangkap ikan besar umpannya juga mesti besar....

Menurut sumber, bapa Saiful telah lama berstatus “penanam anggur”, yang mengakibatkan masalah kewangan yang runcing. Tidak diketahui samada dia seorang yang pemalas, atau sebaliknya. Namun yang pasti, kereta yang dia kerap gunakan sebelum ini (sehinggalah pengakuan U-Turn darinya dibuat) adalah pinjaman dari kenalannya.

Dan masalah kewangan yang kritikal ini pastinya telah dihidu oleh pembangkang. Lebih menarik, kemunculannya di dampingi Johari Abdul, ahli Parlimen Sungai Petani yang terkenal dengan “pelincir” berjumlah RM1 juta itu.

Bapa Saiful Masuk PKR

Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini menyerahkan borang menjadi ahli PKR kepada pimpinan parti itu berkuatkuasa hari ini.

Azlan Mohd Lazim berkata beliau sudah lama menyokong kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu sejak tahun 1998 apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipalitkan dengan tuduhan liwat.

"Saya tidak akan membuat sebarang sidang media pada pagi ini kerana saya maklum bahawa tuan puan yang hadir telah mengikuti kenyataan akhbar saya pada 8 hari bulan.

"Tujuan saya hadir untuk menyerahkan borang permohonan sebagai Ahli PKR," katanya.

Azlan mendakwa beliau sudah lama 'bersama' dengan PKR dan hanya berperanan di peringkat akar umbi sahaja.

"Sebenarnya saya sudah lama berjuang sejak 1998 tetapi sebagai penyokong di peringkat akar umbi ketika itu.

"Saya amat meminati PKR dan hari ini saya menyokong penuh kepimpinan DSAI dan saya mendoakan agar kepimpinan PKR dan PR akan mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU13 nanti berbanding keputusan PRU12," katanya.