Tuesday, March 12, 2013

Orang Nombor 2 Pengganas Sulu Mati Terbunuh


Komander Musa merupakan orang nombor dua pasukan pengganas selepas Agimuddin Kiram

Lahad Datu - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

“Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.

-Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah masukkan mereka2 yg gugur syahid dalam menuntut hak mereka dpd manusia2 yg FASIK yg menipu dlm perjanjian PAJAKAN tanah ke dalam syurga bersama para syuhada. Amin.

Anonymous said...

Wahai manusia..Apa yg dilakukan oleh lanun Sulu ini menyimpang jauh dari etika peperangan Islam. Menipu mengangkat bendera putih,membunuh orang tidak berdaya, menyeksa sebelum memenggal kepala dll.
Sedangkan binatang lembu disembelih sekali dengan senjata tajam,supaya tdk sakitdan cepat mati, inikan manusia,hukuman bunuh tidak boleh menyeksa, nauzubillah. Perbuatan itu pengaruh syaitan. Memakai tangkal lagi..
Kaum ini sudah jauh sesat dari jalan Allah.

Anonymous said...

Laknatullah alaika Sulu. Kau memburukkan nama Islam dalam perbuatan kau itu.Polis2 itu masih lagi saudara seIslam walaupun tidak sefahaman denganmu. Layanan semacam itu kau buat..
Semoga semua kaum Sulu (asobiah dan kerasukan) ini dibasmi secepat mungkin.
Harap kerajaan Malaysia dapat membuat pemetaan kawasan hutan selepas ini. Kalau boleh guna droid ke dalam hutan.
Perangai mereka terhadap anggota melebihi binatang buas.
Nauzubillah..