Monday, March 11, 2013

Permohonan Mahfuz Batalkan Saman Fitnah Hasan Ali Di Reject !!


Emmmm Kah kah kah kah!!! Ingatkan Mahfuz berani mempertahankan kenyataannya... rupanya dalam diam-diam Mahfuz membuat permohonan untuk membatalkan saman fitnah Dr Hasan Ali...

Inilah dia pemimpin PAS memang suka fitnah orang, sekarang jawab la kat mahkamah!

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar untuk membatalkan saman fitnah Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali terhadapnya berhubung satu kenyataan bahawa beliau menerima bantuan kerajaan.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu media bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan plaintif (Hasan) mempunyai kausa tindakan terhadap defendan (Mahfuz).

Hasnal berkata, mahkamah menolak permohonan Mahfuz dengan kos RM2,000 dan menetapkan 28 hingga 30 Oktober untuk perbicaraan kes saman itu.

Pada 12 April tahun lepas, Hasan memfailkan saman itu atas dakwaan Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun lepas yang kemudiannya diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.

Mahfuz memohon membatalkan saman itu atas alasan pertuturannya dalam sidang akhbar itu bukan satu bentuk fitnah.

-Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Hampa boleh percaya kat Hassan Kayu Jati tu. Pembawa fitnah yang besar yg bertopengkan Islam.

Anonymous said...

Hang pun sama anoy.. kayu batu n tunggul... puittt

Anonymous said...

Hassan ni kalau hampa nak tau dia ni sebenarnya kecewa sbb tak dapat jadi MB Selangor itu hari. Lepas tu bertambah2 meroyan bila kena pecat itu hari. GILA KUASA DIA NI. Alhamdullilah laaaa...Allah bagi petunjuk awal. Kalau tidak lintang pukang jugak.

Jadi, orang yg KECEWA dan GILA KUASA ni, hampa toksah dengar la cakap dia. Cakap meninggi saja tapi, habok pun tarak. Cakap2 dia ni buang dalam tong taik umno ja yg layak.