Tuesday, March 12, 2013

Drama Bapa Saiful Penyebab Kecundangnya Pakatan Rakyat PRU 13


Bapa Saiful Bukhari, En Azlan Mohd Lazim sekali lagi mengadakan sidang akhbar. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil pimpinan PKR dan PAS. Muka wakil pimpinan DAP tidak kelihatan.

Laporan yang dibuat oleh laman media menyatakan bahawa sidang media dibuat secara tergesa-gesa dan pemberita yang hadir tidak digalak mengemukakan soalan kepada En Azlan. Namun soalan yang bertubi-tubi terus dikemukakan kepada beliau. Pengamal media yang hadir begitu kecewa kerana soalan-soalan itu tidak dilayan sebaliknya En Azlan hanya membacakan kenyataan pendek penyertaannya sebagai ahli PKR.

Seperti yang saya nyatakan dalam posting pertama waktu mengulas kenyataan “U-turn” En Azlan bahawa telahan yang saya buat nampaknya semakin menjadi kenyataan. En Azlan menyertai PKR dan menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Penyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.

Bagi ahli dan penyokong PAS kenyataan Mursyidul Am, Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mengalu-alukan kenyataan En Azlan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim itu tidak banyak memberi kesan kepada penyokong dan ahli parti itu. Walau apa pun, bagi PAS penolakan untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang dikatakan telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tidak mungkin dapat diolah semula termasuk Mursyidul Am sendiri yang mengetuai Majlis Syura Ulama itu. Perlu diketahui bahawa sebarang keputusan Majlis Syura Ulama tidak dibuat atas konsiderasi politik atau kehendak mana-mana individu, tetapi sudah tentu merujuk kepada berbagai sumber hukum termasuk (sekiranya ada) untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Saya meramalkan En Azlan yang begitu diperlukan untuk membina imej bersih Anwar Ibrahim akan mengundang kekecohan. Saya tidak nampak En Azlan mempunyai daya ketahanan politik untuk menghadapi berbagai ragam dan laku manusia apa lagi beliau berada di kancah isu yang menjadi liabiliti kepada Anwar Ibrahim dan PKR serta Pakatan Rakyat amnya.

Bagi Saiful Bukhari pula kemunculannya ditunggu-tunggu kerana dialah orangnya yang mengaku menjadi mangsa kebuasan seks Anwar Ibrahim. Beliaulah yang mengaku menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim yang setakat ini manusia yang dilabel sebagai peliwat itu tidak pernah mengenal erti penyesalan dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

Masyarakat sudah tentu tidak dapat membuang daripada minda masing-masing mengenai gambar Saiful Bukhari dan di sebelahnya En Azlan yang menyaksikan acara sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful terhadap pengakuan bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Apakah sumpah laknat ini yang berlaku di depan mata En Azlan memungkinkan dia membuat “U-turn”? Adakah baginya tidak ada alam akhirat untuk menerima pembalasan akhir walaupun ada kemungkinan mahkamah dunia tidak mensabitkan kesalahan orang yang kini disokong dan cuba dibersihkannya iaitu Anwar Ibrahim? Atau adakah hubungan darah ayah dan anak tidak membawa erti apa-apa hatta dari sudut kemanusiaan hingga seorang ayah tergamak merelakan anak kandung sendiri dihimpit keaiban sepanjang hidupnya sementara menunggu hukuman Allah di alam azali nanti?

Akhirnya tindakan En Azlan jelas membawa angkara kepada dirinya dan angkara kepada Pakatan Rakyat itu sendiri. Menggunakan En Azlan sebagai umpan membersihkan Anwar Ibrahim bagi setengah pihak merupakan tindakan terdesak dan sia-sia.

Rakyat khasnya para pengundi bukan ingin melihat kelicikan En Azlan tetapi rakyat Malaysia selama ini menunggu-nunggu sumpah laknat Anwar Ibrahim sendiri. Bukankah lebih mudah bersumpah laknat daripada menggunakan pelakon yang mungkin berbayar yang mempunyai latar belakang yang boleh menimbulkan banyak persoalan seperti En Azlan? Adakah episod En Azlan ini akan menjadi salah satu penyebab kepada kecundangnya Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti?

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
11 MAC 2013

Wikileak Dedah Amerika Bau Rancangan Anwar-Nur Misuari


Satu komunikasi dari Embassy USA di Manilla ke State Department di Wahington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileak.

Dalam komunikasi tersebut adalah mengenai perkembangan terbaru mengenai Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkan ia bertanding untuk kerusi Gabenor Sulu.
wikileak (1)
Wikileak ini mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkan dia kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada tahun 2002.

Dia juga masih menaruh harapan untuk ambil kemabli Sabah termauk perancangan untuk menakluki secara military.

Baca sepenuhnya petikan dari komunikasi sepenuh SINI yang mana tersebut rancangan menyerang Sabah dan hubungan kembali dengan Awnar:

---------------------
Dreaming of Sabah...?
---------------------

¶6. (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a

MANILA 00001534 002 OF 002


strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and
as still bitter toward Malaysia for arresting and turning him
over to Philippine authorities in January 2002. Misuari once
commented to MG Dolorfino that when the timing was right,
"the MNLF could invade Sabah at 5 a.m. and control it by 7
a.m." Misuari has also reportedly claimed that he personally
was a legitimate claimant to Sabah by virtue of his "royal
blood," and has blamed "Malaysia's agents" for stirring up
trouble in Sulu.

¶7. (C) Self-proclaimed Sulu Sultan Fuad Kiram granted
Misuari the hereditary rank of "Datu" (Royal Prince) of the
Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) at Misuari's
detention house on March 14. Kiram attended the March 18
MNLF Freedom Day Anniversary Celebration at Malik's then-camp
in Bitanag as guest of honor, where Malik called him the only
"true and legitimate" Sultan of Sulu and Sabah, according to
Kiram's chief advisor, Omar Kiram.

¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only
concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where
Misuari apparently still has hundreds of followers, but also
about his recent contacts with Malaysian opposition figure
Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's.
Over the past several months, Malaysian officials have held
at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives,
according to Jainal and Dolorfino. During an April 10
meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister
Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in
Malaysia's domestic politics, Dolorfino said. According to
Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had
no intention of getting involved in Malaysia's internal
affairs.

¶9. (C) Dolorfino opined that Malaysia would likely seek
stronger assurances that Misuari would not pursue the Sabah
claim. He added that Malaysia had promised to facilitate an
eventual power sharing agreement between the MNLF and Moro
Islamic Liberation Front (MILF) after the GRP-MILF Peace
Panels reached an ancestral domain agreement.


Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’, kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari. Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.

Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam. Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’. Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.

Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara. Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.
Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.

Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.

Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan. Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.

Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya. Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang kedaulatannya.

Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu, kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden keganasan di Sabah adalah bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar dengan Misuari.

Walaupun kita tahu Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita, kita tidak dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup meletakkan nyawa rakyat Sabah di dalam bahaya demi mencapai cita-citanya. Apatah lagi jika mengambilkira bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang merupakan penyokongnya sendiri.

Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.

Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu? Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya?

Maka, sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan, apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri?

15 Pengganas Sulu Ditembak Di Kg. Tanduo 1 Mac Lalu


Lahad Datu - Pasukan keselamatan percaya 15 anggota penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo 1 Mac lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sehubungan itu polis akan memeriksa semula kawasan kubur yang ditemui di kampung itu pada 6 Mac, yang turut menyaksikan polis menemui 12 mayat penceroboh.

"Sebelum ini kami jumpa sembilan mayat di dalam sebuah kubur dan berdasarkan maklumat baru itu, kami percaya terdapat kubur lain di kawasan itu," katanya pada sidang akhbar pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak akan mengeluarkan mayat-mayat di dalam kubur itu kerana ia telah mereput.

Sementara itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mengeluarkan satu lagi mayat dari Kampung Tanjung Batu semalam, menjadikan 23 jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan setakat ini.

"Saya juga sahkan satu daripada 23 mayat itu ialah seorang jeneral dikenali sebagai Musa yang mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan dalam tempoh 24 jam lepas.

"Tumpuan Operasi Daulat yang masuk hari kelapan hari ini ialah Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar membantu pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat untuk membanteras kumpulan pengganas militan yang berkubu di Kampung Tanduo sejak 12 Feb lepas.

Sejak insiden pencerobohan pengganas itu, lima anggota polis cedera manakala lapan lagi terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac.

-Bernama

Salleh Kalbi Sanggup ‘Sponsor’ Tian Chua


Lahad Datu – Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi hari ini menawarkan tajaan perjalanan termasuk penginapan kepada Tian Chua untuk datang ke sini terutama di kawasan pencerobohan pengganas militan Sulu bagi memberi peluang kepada beliau melihat dan menilai sendiri sejauh mana situasi di tempat tersebut.

Bagi Salleh, tidak ada guna pemimpin PKR itu bercakap sesuka hatinya mengenai apa yang terjadi ketika ini sedangkan Ahli Parlimen Batu itu langsung tidak pernah menjejakkan kakinya ke zon konflik yang dimaksudkan.

” Beliau (Tian Chua) mendakwa ini semua konspirasi…jadi saya cabar beliau datang ke sini dan lihat apa yang terjadi.

” Kalau beliau keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan, saya sanggup taja,” katanya ketika ditemui di Felda Sahabat di sini hari ini.


Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

Semalam polis telah merekodkan keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung kenyataannya.

Sepasukan polis dari Kontinjen Johor telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Batu itu di ibu negara.

Polis juga telah merakamkan keterangan dua Editor Keadilan Daily dan wartawan dari The New Straits Times Press.

Dalam pada itu, Salleh berkata, selepas insiden ini ditamatkan, beliau akan memohon kepada kerajaan untuk melakukan beberapa penambahbaikkan kepada penduduk yang terlibat memandangkan mereka melalui situasi yang cukup sukar sejak peristiwa pencerobohan itu berlaku.

” Kerajaan perlu membina semula penempatan bagi para penduduk termasuk menyediakan perumahan yang lebih selesa, tersusun dan terancang.

” Pada masa yang sama, kita perlu membantu mereka terutama yang terpaksa menanggung hutang dan beban kewangan, maklumkan bila insiden ini terjadi, ramai mereka tidak boleh keluar bekerja, perniagaan mereka juga jatuh merudum hingga membuatkan pendapatan masing-masing terjejas dengan teruk.

” Satu pembinaan lapangan terbang yang lebih moden juga diperlukan…bukan saja demi tuntutan komersil, tetapi juga untuk kegunaan pasukan keselamatan kita bila berlaku perkara yang tidak diingini di masa akan datang,” tegasnya.

- Mynewshub

Dendam Nurul Izzah Pada Cawangan Khas Polis


Nampaknya, semakin ramai yang menjauhi Pakatan Rakyat apabila tersebarnya video Nurul Izzah memperlekeh pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu tatkala mereka menggadai nyawa mempertahankan negara. Kenyataan tersebut dibuat oleh Nurul Izzah dalam satu ceramahnya di Lucky Garden Bangsar pada 16 Februari 2013, di mana krisis Sulu berada di puncak.

Entah dendam, entah memang bodoh si Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim ini bila bercakap mengenai pasukan-pasukan keselamatan negara. Jelas kelihatan bahawa wanita yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara ini, rupanya langsung tidak punya pengetahuan mengenai pasukan keselamatan negara.

Pertama sekali, dalam memperkatakan mengenai keselamatan negara, seorang yang bergelar pemimpin tidak boleh sama sekali memandang rendah terhadap musuh, kerana ia akan mendedahkan pasukan sendiri kepada risiko kekalahan, sekali gus membuktikan yang pemimpin itu langsung tidak menghargai nyawa pasukan keselamatan kita sendiri.

Keduanya, seorang yang bergelar pemimpin dan bermimpi untuk menerajui negara wajib membuat kerja rumah mengenai keselamatan dan pertahanan negara.

Ketiganya, sesiapa sahaja, tidak semestinya seorang pemimpin atau yang bercita-cita menjadi pemimpin, wajib mempunyai pengetahuan mengenai apa yang ingin diperkatakannya, terutamanya di pentas ceramah.

Kegagalan menepati semua syarat ini telah menyebabkan Nurul Izzah kelihatan amat bodoh serta tidak punya hati perut dalam memperkatakan tentang nyawa pasukan keselamatan.

Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan kebodohan dan keceluparan Nurul Izzah dalam video tersebut di mana beliau mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’. Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali!!?? Malah, Nurul Izzah juga menyindir Barisan Nasional kerana tidak membenarkan pengganas komunis tersohor, iaitu Chin Peng, pulang ke Malaysia.

Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah. Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’!!?? Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat!!??

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am.

Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Oleh itu, pada tahun 1989, pasukan tersebut telah dirombak fungsinya daripada menentang pengganas komunis kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah.

Sejajar dengan rombakannya, namanya turut ditukar kepada Pasukan Gerakan Am (PGA).

Justeru, apa yang berlaku di Sabah adalah menepati kesemua fungsi PGA, dan bagi Nurul Izzah untuk menyatakan penghantaran pasukan ini ke sana sebagai salah atau tidak relevan, menunjukkan yang Nurul Izzah bercakap kosong dan langsung tidak punya apa-apa pengetahuan yang melayakkan beliau untuk mengulas mengenai isu Sabah.

Kenyataan Nurul Izzah mengenai Cawangan Khas pula boleh ditafsirkan sebagai langsung merepek atau merapu dan tidak boleh dipakai. Apa Nurul Izzah sangka hanya CIA sahajakah unit perisikan yang wujud di dunia ini? Mentang-mentanglah bapanya ‘ngam’ dengan CIA.

Tidakkah Nurul Izzah tahu bahawa Cawangan Khaslah yang berjaya membongkar selera seks songsang bapanya, mendapat bukti rakaman suara serta menjejaki langkah bapanya ke pertemuan dengan agen-agen Zionis di seluruh pelusuk dunia? Mungkin benar Nurul tidak tahu, kerana cerita begini tidak mungkin diceritakan oleh bapanya sebagai ‘bedtime story’ atau ‘dinner talk’ dalam keluarga mereka.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Cawangan Khas bukanlah berfungsi untuk mencari ‘budak hilang’ kerana itu merupakan fungsi Bahagian Siasatan Jenayah dan Orang Hilang. Fungsi Cawangan Khas adalah untuk mengumpul risikan berkaitan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara, - seperti bapa Nurul Izzah dan Nurul Izzah sendiri.

Unit ini juga bertanggungjawab memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Jelas, dalam Krisis di Sabah, Unit ini amat diperlukan bagi pengumpulan maklumat dan kerja-kerja perisikan yang halus dan sulit. Justeru, jika mereka ini ‘ditukar’ untuk menjadi ‘Penyiasat’ seperti saranan Nurul Izzah, ke mana pula nak dipindahkan pegawai-pegawai penyiasat yang sedia ada di Jabatan-jabatan polis seluruh negara?

Atau, mungkinkah Nurul Izzah sebenarnya gentar dengan penghantaran unit ini ke Sabah kerana takut bukti-bukti pendalangan bapanya terbongkar dengan lebih luas lagi? Jika tidak, kenapakah Nurul Izzah inginkan Unit yang sudah terkenal dengan kehebatan risikannya dan kecekapannya ini dimansuhkan saja?

Setakat ini, kita tahu yang Nurul Izzah mahu polis dikurangkan, dan Cawangan Khas dimansuhkan, tetapi kita tidak tahu apakah yang Nurul Izzah atau Pakatan Rakyat akan lakukan dalam krisis Sabah, sekiranya mereka yang menjadi kerajaan. Setakat mengutuk tindakan kerajaan dan pasukan keselamatan memang mudah, tetapi kata orang, orang yang bijak tidak akan mengutuk jika dia sendiri tidak berupaya membentangkan cadangan penyelesaian yang baik.

Namun, telah terbukti kini yang Nurul Izzah adalah jauh dari bijak, jadi apalah yang diharapkan darinya. Kita lihat sendiri bagaiamana cadangan yang diberi Nurul Izzah bukanlah penyelesaian, tetapi bala bencana yang besar kepada negara.

Apapun, kita tahu Nurul Izzah amat berdendam dengan pihak polis kerana berjaya menangkap bapanya dan mendedahkan keburukan dan kejahatan keluarganya.

Tetapi, kalau ya pun dendam, janganlah ditunjuk bodohnya pada orang. Apatah lagi dengan Nurul Izzah merupakan nama wajib dalam kabinet PR sekiranya parti itu memenangi pilihanraya kali ini. Tak mungkin rakyat sanggup mempunyai Menteri yang bodoh macam Nurul Izzah. Mana mungkin Menteri yang tak tahu apa-apa tentang keselamatan dan pertahanan negara mampu memastikan negara ini selamat dan sejahtera?

Kecoh Di Jempol: Penyokong PAS Bertindak Liar, Tian Chua Lari Tah Kemana!


Jempol - Sikap biadab dan provokasi keterlaluan penyokong pembangkang pada ceramah Pas yang melontarkan telur ke arah penceramah Barisan Nasional (BN) di pentas berasingan kira-kira 20 meter dari situ, mencetuskan suasana tegang dalam kejadian di Felcra Ayer Hitam di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, ketegangan itu bermula apabila lebih kurang 15 penyokong Pas bertindak membaling telur ke arah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungi Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di pentas ceramah BN.

Selain terkena lengan zainal, ia juga terkena badan Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ.

Ekoran kebiadaban dan provokasi keterlaluan penyokong-penyokong Pas itu, para penyokong BN pula membalas dengan membaling botol mineral dan objek lain.

Akibatnya, pihak polis terpaksa memanggil pasukan dari Unit Tindakan Ringan (LSF) untuk mententeramkan keadaan di lokasi tersebut.

Kira-kira 30 minit kemudian, polis telah mengarahkan ceramah di kedua-dua pentas tersebut dihentikan dan semua penyokong diminta bersurai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata:

"Saya minta kedua-dua ceramah ini dihentikan serta-merta. Penyokong Pas diminta bersurai terlebih dahulu dan tinggalkan lokasi. Saya minta semua bersurai untuk elak kekecohan berterusan," tegasnya.

Ceramah anjuran Pas di sini sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua. Bagaimanapun kelibatnya tidak kelihatan sehingga ceramah itu diarah dihentikan.

-Utusan

Orang Nombor 2 Pengganas Sulu Mati Terbunuh


Komander Musa merupakan orang nombor dua pasukan pengganas selepas Agimuddin Kiram

Lahad Datu - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

“Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.

-Bernama

Azmin Ali Kantoi Curi Bergambar Dengan Mak Tom!


Kenyataan terbaru Umi Hafilda Ali mengenai sifat munafik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dilihat begitu terdesak sehingga sanggup mengunakan ibu sendiri untuk membersihkan imejnya yang sebelum ini dilabel sebagai anak derhaka. Umi yang membuat kenyataan tersebut pada satu sidang akhbar yang diadakan di Bandar Utama, Damansara Sabtu lalu menegaskan, tindakan abangnya itu sebagai munafik terlampau.

Ia ekoran dari tindakan Azmin yang cuba menipu dan menagih simpati masyarakat dengan memaparkan gambarnya bersama Mak Tom bagi membersihkan imejnya yang tercalar. Sebelum ini ibu kandungnya, Che Tom Yahaya atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Tom tampil meluahkan kekecewaan hatinya berhubung tindakan Azmin yang langsung tidak pulang ke rumah melawatnya walaupun tinggal berdekatan.



Tidak cukup dengan itu, Mak Tom juga merasakan kenyataan balas Azmin yang mengatakan dia menerima bayaran daripada pihak tertentu bagi memburuk-burukkan anak sendiri sebagai derhaka dan biadap.

Wahai Azmin, tiada mana-mana ibu dalam dunia ini yang sanggup memburuk-burukkan anak sendiri demi politik mahu pun wang. Apakah air mata ibu tua ini juga didalangi UMNO? Adakah hancur luluhnya hati seorang ibu tua ini juga didalangi UMNO?

Ekoran kenyataan Mak Tom itu, majoriti masyarakat mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mempersoalkan kredibiliti Azmin selaku pemimpin. Masyarakat mula memandang serong terhadapnya yang dilihat terlalu mengagungkan insan bernama Anwar Ibrahim berbanding ibu kandung dan keluarganya sendiri.

Umi turut berpesan kepada Azmin agar jangan cuba mempolitikkan isu ‘Tanggang’ ini, kerana telah hampir 2 tahun dia tidak pulang ke rumah berjumpa dengan ibunya itu bermula dari bulan Ogos 2011.

Tambah menyedihkan ketika ibu sedang sakit terlantar di hospital, tindakan Azmin yang menyelinap dan mencuri masuk selepas jam 12 malam itu, bukan untuk memohon kemaafan tetapi hanya ingin mencari keuntungan politik. Lebih malang lagi, dia turut menghalau orang gaji Umi yang yang pada ketika itu sedang menjaga Mak Tom kerana telah diberikan ‘heavy sedation’ oleh doktor kerana retak di kepala.

Sandiwara Azmin seolah-olah tiada sempadan apabila langsung tidak menghormati ibu yang sedang menderita sakit semata-mata untuk memastikan jurugambarnya dapat mengambil gambar yang terbaik bagi membodohkan masyarakat. Malah dia turut mengunakan anak-anaknya yang dimasukan sekali di dalam gambar tersebut bagi menolak dakwaan yang dikemukan sebelum ini.

Tidak tahan dengan sandiwara dan drama yang cuba dipertontonkan oleh Azmin itu, Umi lantas tampil membuat kenyataan dan menyelar tindakan tersebut. Umi turut mengatakan sekiranya semua kenyataannya ini fitnah dan tidak benar, maka dia mencabar Azmin untuk membuat laporan polis atas dakwaan fitnah jenayah, mengemukakan saman terhadapnya atau membuat sumpah laknat berhubung isu yang dibangkitkan ini.

Andai diteliti gambar-gambar tersebut, semua dakwaan yang dikemukan oleh Umi itu, ada kebenaranya. Tambahan pula, Azmin gagal memuatnaik sebarang gambarnya sedang berbual mesra dengan ibunya, bagi menolak dakwaan fitnah yang dikatakan kepadanya sebelum ini.

Rationalnya, sekiranya benar semua yang dikatakan sebelum ini adalah fitnah semata-mata, gambar-gambar yang dimuatnaik sepatutnya lebih memaparkan Azmin sedang berbual mesra bersama ibu tercinta. Dan seperti kata Umi, bersamalah kita tunggu kenyataan sebenar Mak Tom berhubung peristiwa ini yang nyata begitu kecewa dengan tindakan anak kandungnya itu.

Monday, March 11, 2013

Top 20 Blog Malaysia Alexa Ranking 2013


Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga 11 March 2013.


Kerjasama menyampaikan maklumat dan berita terkini dari rakan-rakan blogger amat di hargai.... Marilah kita sama-sama gempur pembohongan puak pembangkang!  Untuk Ranking yang seterusnya KLIK SINI

Video Blogger Pembangkang Mengamuk... Marah Wartawan Cabar Bapa Saiful Sumpah Laknat

Inilah dia blogger Tulang Besi @ Rahman Talib

Nama je gempak tulang besi tapi kih kih kih... tang mana yang besinya tu? buat malu nama melayu je lah mamat ni.....

Agendadaily - Ewah...ewah..mak datuk kau... ingatkan penghulu pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim saja suka angin satu badan kalau wartawan tanya soalan panas yang rumitkannya...rupanya penyakit ini dah berjangkit sampai ke blogger pembangkang.

Hello...soalnya apa hak kau nak mengamuk macam orang hilang akal hanya kerana wartawan nak tanya soalan.



Perangai kartun ini berlaku di tingkat bawah ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petang Jaya tengahari Isnin.

Ia berlaku selepas sidang akhbar Azlan Mohd Lazim,bapa Saiful Bukhari Azlan untuk umum dia masuk nak  jadi ahli PKR.

Blogger pembangkang Tulang Besi  tu telah sergah wartawan Agendadaily  (Noor Hasilah) gara-gara geram bertanya kepada Azlan berani tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar.

Jawab soalan berkenaan,Azlan kata dia tidak mahu kerana anggap ia tidak bawa apa-apa makna.

Hairan apa salahnya tanya soalan berkenaan.Ini kerana itu antara jawapan yang semua orang nak tahu dari Azlan.

Ia adalah natural question yang patut ditanya oleh mana-mana wartawan mengenangkan Saiful sendiri dulu sudah sumpah laknat di dalam masjid Wilayah Persekutuan kerana dakwa benar Anwar liwat dia.

Apa ke halnya si Tulang Besi Urat Dawai ini nak melatah macam kucing hilang anak.


Soalan lojik pun tak boleh tanya ke?

Selain angin pada wartawan Agendadaily dia juga mencerca Utusan,TV3 dan Berita Harian.

Amukannya itu hanya terhenti bila disabarkan oleh seorang yang berada dekat situ.

Kebebasan media jenis apa yang kau orang belajar ..ekkks.

Ini macam mau perintah kerajaan....dan lawaknya dok janji bukan main nak jamin baiiikkk punyyya kepada media bebas sebebasnya.

Ringkas cakap.... peeewwweeet .- Oleh Noor Hasilah Ismail

Kakitangan Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan


Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).

Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.

Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.

-Bernama

Kampung Tanduo Kini Bersih, 97 Penceroboh Militan Ditahan

Beberapa buah trak polis yang membawa anggota tentera masuk ke dalam ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tanjung Labian, 14 kilometer dari Felda Sahabat 17.

Lahad Datu: Selepas seminggu Operasi Daulat, polis pada Isnin mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Ahad lalu, seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Beliau berkata kejadian pada Ahad yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya.

Sejak krisis pencerobohan lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac.

-Bernama

Permohonan Mahfuz Batalkan Saman Fitnah Hasan Ali Di Reject !!


Emmmm Kah kah kah kah!!! Ingatkan Mahfuz berani mempertahankan kenyataannya... rupanya dalam diam-diam Mahfuz membuat permohonan untuk membatalkan saman fitnah Dr Hasan Ali...

Inilah dia pemimpin PAS memang suka fitnah orang, sekarang jawab la kat mahkamah!

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar untuk membatalkan saman fitnah Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali terhadapnya berhubung satu kenyataan bahawa beliau menerima bantuan kerajaan.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu media bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan plaintif (Hasan) mempunyai kausa tindakan terhadap defendan (Mahfuz).

Hasnal berkata, mahkamah menolak permohonan Mahfuz dengan kos RM2,000 dan menetapkan 28 hingga 30 Oktober untuk perbicaraan kes saman itu.

Pada 12 April tahun lepas, Hasan memfailkan saman itu atas dakwaan Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun lepas yang kemudiannya diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.

Mahfuz memohon membatalkan saman itu atas alasan pertuturannya dalam sidang akhbar itu bukan satu bentuk fitnah.

-Bernama

Bapa Saiful Enggan Sumpah Laknat


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim enggan membuat sumpah laknat bagi membuktikan bahawa anaknya adalah mangsa konspirasi politik dalam isu Liwat II.

Alasan yang diberikan beliau ialah; bukannya takut tetapi ia tak memberikan apa-apa makna.


Jawapan itu agak menghairankan kerana Azlan pernah membawa anaknya untuk melakukan sumpah yang sama bagi membuktikan kebenaran Saiful diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azlan berkata demikian dalam sidang media ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadialan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya pagi tadi.

Beliau juga menafikan menerima duit daripada Anwar berhubung dakwaan terbarunya.

Sementara itu, sidang media pagi ini dipendekan oleh pihak PKR yang kurang senang dengan soalan-soalan yang ditanya oleh para pemberita.

Tidak sampai 20 minit sidang media itu berlangsung, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menamatkanya dan membawa Azlan pergi ke tingkat lain.

Ramai wartawan yang benggang kerana inikah kebebasan media yang dilaungkan PKR…kebebasan mengikut keuntungan sendiri.

Lebih menarik, seorang blogger pembangkang kemudian bangun dan memarahi wartawan kerana bertanya isu sumpah laknat.

Dia berkata; MELAYU MACAM AWAK SEMUA BODOH!

Mungkin kerana blogger yang tidak dikenali itu tahu kalau Azlan tidak mahu melakukan sumpah laknat seperti yang pernah dibuat anaknya dihadapannya sendiri, sudah tentu dia akan dilihat sebagai menipu bila mendakwa anaknya menjadi mangsa konspirasi dalam Liwat II.-Mynewshub

Berita Terdahulu: Ada Masyuk... Bapa Saiful Bukhari Kini Sertai PKR


Jumlah Pengganas Sulu Ditahan Meningkat 97 Orang


Lahad Datu - Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej. Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata, 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

“Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap,” katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

-Bernama