POLITIK HARIAN: Lembah Maksiat: Rumah Urut Dan Pusat Hiburan Berlambak Di Kedah

Saturday, July 30, 2011

Lembah Maksiat: Rumah Urut Dan Pusat Hiburan Berlambak Di Kedah


Kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam kini bertukar kepada lembah maksiat apabila rumah urut dan pusat hiburan tumbuh macam cendawan di negeri tersebut.

Kerajaan Pas Kedah mengakui kewujudan pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang semakin bertambah sejak mengambil alih pentadbiran di negeri ini.

Nak buat macammana Ahli Parlimen Pas suka pergi rumah urut dan berkaraoke, kalau tak percaya tanya Pokok Sena, YB Mahfuz Omar.


Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah kpd kerajaan Pas yg sentiasa tunduk di bawah arahan DAP

Pemuda TG said...

Well done Tok Zizan, you have done a good job....Mengekonomikan rakyat..dan membuka byk peluang pekerjaan kepada rakyat...ha ha ha