Wednesday, July 27, 2011

Nik Aziz Sokong Sistem Biometrik...


Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan PAS PIS PUS menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.

Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

Beliau berkata, Pas sebaliknya, tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal.

Harap Pas akan berpendirian tetap selepas dikecam hebat oleh rakyat berhubung pendirian Pas dalam isu semasa!

3 comments:

Anonymous said...

Pas sentiasa di perlembukan oleh DAP. Tunduk lagi dengan kehendak DAP, mana berani lawannya pemimpin Pas dengan DAP

Anonymous said...

cilako cilako cilako!

Anonymous said...

umno pula bekerjasama dan menggunakan dengan mca dlm menentang hukum2 Islam di Malaysia..