POLITIK HARIAN: Pesta Fun Fair Cemari Kesucian Bulan Ramadhan

Thursday, July 28, 2011

Pesta Fun Fair Cemari Kesucian Bulan Ramadhan

Kerajaan Pulau Pinang DAP baru-baru ini meluluskan permit bagi pihak yang tidak bertanggungjawab mengadakan Pesta fun Fair yang bertempat bersebelahan pusat membeli-belah terkenal di Pulau Pinang QueensBay Mall.

Tanah kosong yang  dimiliki oleh pengusaha Jepun dan empunya Queensbay seluas 3 ekar itu yang menjadi rebutan dan hangat diperkatakan ketika ini kerana lokasinya yang stategik untuk pusat riadah dan sebagainya.

Guan Eng ketua menteri seratus ringgit terkenal dengan propaganda murahan dengan mengunakan nama pemimpin tersohor islam Umar Abdul Aziz memainkan peranan utama dalam melalaikan golong remaja terutama berugama Islam.

Kononnya membela nasib melayu akan tetapi agenda jahatnya kini telah terkoyak satu-persatu. Kini apa yang dipertikaikan oleh penduduk sekitar bayan-baru dan Pulau Pinang adalah kenapa apabila tiba bulan puasa baru mereka mengadakan Pesta fun fair tersebut.

Pada tiba ramadhan sepatutnya umat islam digalakan untuk mengimarahkan masjid serta surau, dengan adanya Pesta Pulau Pinang ini sudah pasti golongan muda yang kebanyakan akan pergi ke Fun Fair tersebut dan pasti bukan kemasjid.

Apa kata rakan sekutu DAP terutamanya Pas? Adakah mereka akan terus tunduk menghalalkan DAP terus merosakan aklak anak muda di Pulau Pinang?

Info: Mat Kilau Penang http://tinyurl.com/3dynda6

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

Anonymous said...

Nampaknya Guan Eng lebih layak bergelar ulama berbanding Nik Aziz yang terus-menerus mengelirukan orang-orang islam dengan dosa pahala mengikut selera politiknya

Anak Seberang said...

pembetulan bro,
pesta penang setiap disember cuti sekolah..

di sebelah qb mall,
ni funfair yg besau tu!

lain..

Anonymous said...

kami PA dari bayan baru menyokong penuh pembukaan fun fair tersebut, malahan Jelutong jugak menyokong untuk pertumbuhan ekonomi. PKR Dan PAS tiada sebarang halangan dalam usaha murni program tersebut.

Bro Jinggo said...

terima kasih diatas info