POLITIK HARIAN: JOM Ramadhan: Khairy - Jangan Ambil Mudah Pada Golongan Yang Memerlukan

Wednesday, August 24, 2011

JOM Ramadhan: Khairy - Jangan Ambil Mudah Pada Golongan Yang Memerlukan


Pemuda UMNO mesti mengambil langkah yang lebih efisyen dan efektif dalam menganjurkan program-program yang memberi khidmat kepada masyarakat.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata, program kemasyarakatan adalah salah satu inisiatif dalam mengaplikasi salah satu perjuangan sayap parti yang mesti diamalkan secara berterusan.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya bersempena Program JOM Ramadhan 2011 yang turut dianjurkan oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Taman Maluri.


Program Jelajah One Malaysia (JOM) Ramadhan 2011 Telah Dirasmikan Oleh YB Khairy Jamaluddin Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dengan Kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Dan Titiwangsa Program JOM Ini Juga Memberi Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim.

Sumber: KLpos

1 comment:

Anonymous said...

Syabas khairy.... memang anda layak terajui pemuda jika nak dibandingkan dengan anak papa