POLITIK HARIAN: Lapan Pelajar Terima Biasiswa Pendidikan Pemuda BN

Thursday, August 25, 2011

Lapan Pelajar Terima Biasiswa Pendidikan Pemuda BN

Seramai lapan pelajar menerima biasiswa Tabung Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BN) yang merupakan kumpulan pertama mendapat biasiswa tersebut selepas dilancarkan pada 25 Mac lalu.

Biasiswa berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin pada satu majlis di PWTC hari ini yang turut dihadiri oleh pelajar dan keluarga penerima biasiswa berkenaan.

Berucap pada majlis tersebut, Khairy berkata lapan pelajar berkenaan adalah kumpulan pertama penerima biasiswa berkenaan dan pihaknya akan meneliti lebih ramai lagi permohonan yang diterima dalam usaha memastikan mereka yang tercicir dan sebagainya dapat meneruskan pengajian.

Menurut beliau sejak ianya mula dibuka beberapa bulan yang lalu hingga ke hari ini, lebih 500 permohonan telah diterima dan pihaknya terpaksa membuat tapisan yang ketat agar mereka yang benar-benar layak mendapat bisiswa tersebut.

"Penilaian untuk mereka diterima akan ditentukan oleh satu jawatankuasa khas dan kita letakkan syarat seperti pencapaian akademik 70 peratus, 20 peratus pula sosioekonomi dan 10 peratus pula adalah kokurikulum.

"Dan kita juga telah meletakkan syarat bahawa mereka yang telah menerima biasiswa ini perlu meneruskan pengajian dan tidak boleh menarik diri. Tujuan kita buat syarat seperti ini adalah untuk mereka benar-benar serius dan memastikan peluang yangt diterima digunakan sebaik mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bisiwa Pendidikan Pemuda BN di sini, hari ini.

Turut serta Setiausaha Pemuda, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican dan pimpinan Pemuda BN yang lain.

Khairy seterusnya menambah, sehingga ke hari ini, sebanyak RM 17.6 juta tajaan telah diterima daripada 12 Intitusi Pengajian Tinggi Swasta yang sedia memberikan tempat kepada para apelajar untuk meneruskan pengajian di bawah skim berkenaan.

"Biasiswa ini adalah  dalam bentuk yuran pengajian sahaja dan ini adalah kesinambungan daripada Tabung Pendidikan Pemuda UMNO sebelum ini. Cuma pada kali ini kita perluaskan lagi untuk memastikan lebih ramai mendapat tempat.

"Kita berharap mereka yang layak dan mendapat biasiswa ini belajar bersungguh-sungguh kerana masih ramai lagi pemohon lain yang belum berjaya. Gunalah peluang yang ada untuk terus meningkat maju," katanya.

Lapan penerima biasiswa hari ini ialah :

1.       Mohd Taufik Mohd Noor (Kolej Sunway)

2.       Muhammad Asyraf Abdul Samad (Lim Kok Wing)

3.       Nur Azlin Mohamad Fauzi ( Lim Kok Wing)

4.       Silmi Izzuan Simi ( Lim Kok Wing)

5.       Nur Farhana Hussen ( Lim Kok Wing)

6.       Michelle Chong Sook Yee ( Sunway)

7.       Lee Yue (Lim Kok Wing)

8.       Tanaraj a/l Balachandram (Segi)

-Umno-online
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: