Wednesday, August 24, 2011

Pemuda Umno Berjaya Daftar 121,000 Ahlinya Sebagai Pengundi


Hasil kerja keras jentera Pemuda seluruh negara, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 121,000 daripada 180,000 anggotanyaa yang sebelum ini tidak layak mengundi setakat ini.

Pengerusi Biro Pemilih dan Keahlian Pemuda UMNO, Hisamuddin Yahya memberitahu hasil kerja keras jentera Pemuda seluruh negara, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 121,000 daripada 180,000 anggotanya yang sebelum ini tidak layak mengundi.

“Ini bermakna hanya tinggal kira-kira 59,000 orang sahaja lagi yang belum mendaftar dan kita sekarang sedang giat mengesan mereka.

“Pergerakan Pemuda yakin mereka dapat didaftarkan menjelang September ini,” katanya di sini.

Pada masa yang sama beliau turut menyatakan Pemuda UMNO mungkin menghantar pasukan khas ke Sabah bagi membantu jentera Pemuda di sana mendaftarkan anggotanya sebagai pemilih.

Jelas beliau langkah itu bagi memastikan kira-kira 21 peratus lagi anggotanya dapat didaftarkan selewat-lewatnya pada September ini bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

“Kita mungkin menghantar anggota ke sana Sabah bagi membantu jentera Pemuda mengesan dan mendaftarkan ahli. Ini penting memandangkan di sana ahli kita berselerak di kawasan pedalaman termasuk di pulau-pulau

“Ggerakan pendaftaran itu perlu dijalankan segera supaya mereka layak untuk mengundi sekali gus membantu kemenangan semua calon Barisan Nasional”, ujarnya.

Katanya Sabah merupakan negeri yang anggotanya paling ramai masih belum mendaftar sebagai pemilih iaitu sebanyak 21 peratus, manakala Perak dan Selangor masing-masing di bawah sembilan peratus.

1 comment:

Anonymous said...

hebat kj. teruskan.