POLITIK HARIAN: Bung Mokhtar Pening.... TPM Pertahankan Shahrizat, Tidak Terlibat Dalam Projek Fitlot

Wednesday, November 16, 2011

Bung Mokhtar Pening.... TPM Pertahankan Shahrizat, Tidak Terlibat Dalam Projek Fitlot


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) - diterajui oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil , yang mengendalikan projek ternak lembu di Pusat Fidlot Nasional di Gemas mungkin perlu membuat penjelasan mengenai isu berbangkit supaya kedudukannya lebih jelas dan difahami oleh masyarkat.

Menurutnya kerajaan, menerusi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telahpun memberi penjelasan terperinci mengenai perkara itu di parlimen dan sepatutnya ia sudah dapat diterima.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Agendadaily pada sidang media mengenai amaran banjir di Putrajaya, Selasa.

Pada sidang media itu, wartawan Agendadaily meminta pandangan Muhyiddin terhadap tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin telah membuat gesaan supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, itu meletakkan jawatan berikutan pembabitan suaminya dalam isu fidlot itu.

Ini ekoran gembar gembur pembangkang mendakwa syarikat milik keluarga Shahrizat beli sebuah kondominium di Bangsar sebagai langkah pelaburan sementara guna wang pinjaman untuk projek fidlot lembu.

“Perkara ini telahpun dilaporkan dalam parlimen dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjelaskannya secara terperinci lebih daripada satu jam. Sepatutnya sudah dapat diterima baik. Tetapi seruan Datuk Bung Mokhtar itu, saya fikir, taklah perlu sangat.

“Soal-soal sebegini patut dibincang di kalangan sesama kita kerana dia tidak secara langsung mengatakan Datuk Seri Shahrizat yang terlibat. Ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tapi beliau sendiri tidak terlibat dalam itu. Jadi sama ada tindakan itu wajar atau tidak dibuat, itu saya fikir, Datuk Bung boleh fikir,” katanya.

Muhyiddin turut ditanya sama ada wajar bagi keluarga Shahrizat membuat penjelasan.

“Apapun penjelasan, mungkin di satu peringkat perlu dibuat oleh syarikat itu sendiri. Maklumat-maklumat yang telah dikeluarkan kadang-kadang menimbulkan pertanyaan.

“Jadi sekarang dah dijelaskan oleh kerajaan. Mungkin satu lagi peringkat itu terserah kepada pihak yang terlibatlah untuk memberikan penjelasan supaya kedudukan lebih jelas difahami oleh masyarakat – bagaimana isu itu timbul, bagaimana nak ditangani, bagaimana situasi industri penternakan dan dan mungkin respon daripada apa yang berlaku yang dilaporkan oleh ketua audit negara. Itu terserah kepada mereka,” katanya.

Ekoran isu berkenaan Noh baru-baru ini menyatakan bahawa tuntutan dibuat NFC berkaitan urusan ladang semata-mata dan ia tidak ada langsung mengenai pembelian kondominium.

"Jika ada (pembelian kondominium) sudah tentu tuntutan itu tidak akan dibayar kerana pengeluaran memerlukan pengesahan daripada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Veterinar dan Kementerian Kewangan," katanya.

Noh berkata, kerajaan hanya boleh mengawal pengeluaran wang dalam akaun pinjaman khas tersebut sahaja.

"Jika wang tersebut dibayar kepada NFC selepas memenuhi syarat ditetapkan, kerajaan tidak boleh mengawal apa yang hendak dilakukan oleh NFC termasuklah membeli kondominium tersebut kerana itu adalah wang syarikat," katanya.

Noh berkata, kerajaan memantau unjuran NFC menghasilkan 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun dan syarikat itu berjaya walaupun jumlah lembu disembelih hanya 5,000 ekor.

Justeru Noh menegaskan bahawa NFC membeli kondominium itu dengan wang syarikat, bukan menggunakan wang daripada akaun pinjaman khas.


Apa muslihat Datuk Bung Mokhtar Radin yang memberikan "bola tanggung" kepada pimpinan PKR... Sudah lupa kah dulu dia nyaris-nyaris hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen! Bung jangan pening lagi sudah la...

3 comments:

Anonymous said...

aku dgr Bung nak masuk PKR betul ke? klu betul cepat la berambus..

Anonymous said...

Salah ke kalau bong memperbetulkan kesilapan didalam UMNO?.Sampai bila UMNO akan berubah jika tak boleh langsung ditegur untuk kebaikan?.Apalah bengapnya org yg tak boleh terima kritikan untuk membina

Anonymous said...

NFC tu macam ada kepentingan keluarga sahaja tu....boleh percaya kah sharizat tak terlibat langsung....benda2 macam ni lah buat rakyat marah...