POLITIK HARIAN: Dakwaan Pembangkang Mengenai NFC Adalah Satu Agenda Politik – Shahrizat

Thursday, November 10, 2011

Dakwaan Pembangkang Mengenai NFC Adalah Satu Agenda Politik – Shahrizat



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan anggota keluarganya merupakan satu agenda politik oleh pihak pembangkang.

Shahrizat berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek NFC melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar.

“Serangan ini merupa percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya. Saya rasa isu NFC ini telahpun dijawab dengan panjang lebar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar,” katanya.

Pembangkang bukan berminat terhadap isu NFC tetapi menggunakan isu NFC untuk menyerang dirinya selaku Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), katanya selepas merasmikan Pameran Raja’ah : Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950an-2011 di Balai Seni Visual Negara, di sini, hari ini.

“Saya ingin tegaskan, kami (keluarga Shahrizat) bukannya begitu lemah…saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya.

“Perkara pokoknya ialah Noh Omar dah jawab mengenai isu berkenaan dan saya rasa gembira kerana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau kejayaaan projek itu,” katanya

Sementara itu ketika ditanya mengenai persiapan kementeriannya dalam menghadapi banjir di seluruh negara, Menteri itu berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melipatgandakan persediaan dan perancangan dalam menghadapi situasi banjir.

JKM telah mengenal pasti pusat-pusat pemindahan banjir, merangka satu mekanisme bagi memastikan kelancaran pengagihan makanan dan bagaimana untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain dalam menghadapi banjir kelak, katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrizat menasihati rakyat Malaysia agar menjaga dan tidak mengabaikan ibu bapa walaupun mereka sibuk bekerja mencari rezeki.

“Kementerian tidak mahu warga emas diabaikan dan tidak diberi perhatian akhirnya menjadi gelandangan (kutu rayau) dan pengemis jalanan dan sekiranya mereka tidak mampu menjaga orang tua mereka akibat kemiskinan, mereka perlu merujuk dan meminta bantuan dengan JKM,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

kalau beri pada Zuraida PKR nanti ada yang tuduh Zuraida kena beli. pulak dah..

MERADONG TODAY said...

PKR tiada isu lagi dah...

p said...

DS Noh Omar sudah mencabar pakatan PR sesiapa yang berani untuk melaksanakan program nie.Tiada jawapan daripada mereka.Ironi kan