POLITIK HARIAN: Dasar Letak Wakil Parti Dalam Jawatankuasa Tender Dipersoal

Thursday, November 10, 2011

Dasar Letak Wakil Parti Dalam Jawatankuasa Tender Dipersoal


Kerajaan pakatan pembangkang Selangor dipersoal kerana meletakkan anggota majlis daripada kalangan wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sambil mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri itu, Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) berkata, ini kerana tindakan tersebut dilihat menimbulkan banyak keraguan termasuklah kemungkinan wujudnya campur tangan politik terhadap keputusan PBT dalam menetapkan sebut harga atau tender sesuatu projek pembangunan dan sebagainya.

"Saya masih ingat sebelum ini kerajaan negeri mengatakan mahu mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran termasuklah di peringkat PBT.

"Akan tetapi, apa perlunya anggota majlis daripada wakil parti politik (DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas) duduk dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT,” katanya dalam soalan tambahan kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Tian Khiew mengenai wujudnya pilih kasih dalam pentadbiran PBT di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Isa berkata, dasar kerajaan negeri yang meletakkan anggota majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT itu juga dilihat seolah-olah satu bentuk ketidakpercayaan kerajaan negeri terhadap pegawai PBT dalam menjalankan tugas mereka.

Bagaimanapun, Ronnie berkata, langkah meletakkan anggota majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT adalah satu perkara biasa.

Beliau berkata, anggota majlis dalam jawatankuasa berkenaan hanyalah bertindak sebagai pemerhati selain mendakwa langkah sedemikian turut disambut baik oleh yang dipertua dan pegawai PBT. – Bernama

2 comments:

bujangsenang said...

tension pok...

pencinta negara said...

Kalau ada bukti yang nyata sebegini,ini memang terang-terangan berunsurkan politik dan pilih kasih.