POLITIK HARIAN: PRU-13 :DS Najib Letak Calon Terbaik...Asalkan Calon Boleh Menang!

Thursday, November 10, 2011

PRU-13 :DS Najib Letak Calon Terbaik...Asalkan Calon Boleh Menang!


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang!

Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat.

Kesimpulannya, calon boleh menang.

"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana.

Sedia Gempur!!!!

6 comments:

Anonymous said...

hidup dato seri najib! hidup Umno! Tumbang PR!

MERADONG TODAY said...

siap sedia bro...

bujangsenang said...

pilihlah calon yang disukai/boleh berkhidmat utk rakyat...

Anonymous said...

PILIH CALON MELAYU DI KAWASAN MELAYU

Anonymous said...

bro jinggo pun boleh jadi calon!

pencinta negara said...

letak Anwar di Bamboo river..kukuhkan jentera DS.Semoga pemimpin yang dipilih benar2 berjiwa rakyat